Ayah Aku dan PKP

Assalamualaikum, coretan aku kali ni hanya sekadar peringatan untuk semua, apatah lagi manusia yang dah tahu sekarang ada covid tapi masih pilih untuk balik kampung, pergi bercuti dan lain-lain.

Aku berumur tengah 20an, masih mempunyai ayah yang sekarang berumur 70an.

Apa kaitan covid dengan ayah?

Ayah aku bukan pesakit covid, tapi ayah aku suffer kesan dari PKP tahun lepas.

Tahun lepas, mula PKP, tiada pergerakkan langsung dibenarkan. Dari sini, kesihatan ayah mula merosot.

Dia tak boleh jumpa kawan-kawan dia, dia tak boleh pergi kedai, dia tak boleh drive, dia tak boleh pergi kedai makan yang dia selalu pergi.

Hari demi hari, kesihatan ayah terus merosot, keluar masuk hospital. Dan masa PKPP, ayah dah tak macam dulu, he can no longer uruskan diri sendiri. He need help from my mother.

Dan harini, bila kerajaan announce PKP, the first thing in my head, how about my dad? Can he survive another lockdown? Can he handle another lockdown?

Sebelum PKP, aku tengok banyak orang pergi bercuti macam ayam baru terlepas reban, it makes me even sadder when most of us dont want to send our kids to school but bring them for a vacation???

Yes, PKP kali ni buat aku marah. Aku yang bekerja di sektor swasta, my company barely survived during last year MCO, no income at all during the first 2 months.

My boss paid our salary using his own money, almost 30k per month and yes I knew about this because I’m the account person in the company. Subsidi upah from kerajaan not helping much pun.

This time, even many sector are open to operates, but bukan ini yang kita mahu. I just want to have a normal live back. Dan aku nak ayah aku macam dulu.

Kau bayangkan, in just 6 months only, ayah dari sihat, terus sampai tahap nak basuh kencing pun tak boleh. Penangan PKP punya pasal.

Dan kau bayangkan bila bos dah bagi hint, he cannot handle another loss of income. He might need to shutdown the company if PKP continue lagi.

Dua benda ini asyik bermain dalam fikiran aku since gov announce nak buat PKP.

1. Ayah sakit.

2. My job.

Lagi sedih bila tengok dekat facebook today, highway jammed teruk last night (12/1/2021). Semua nak balik kampung.

Why cant you guys just stay at home? Kenapa kena bawa virus balik kampung? Then kes teruk meningkat, then what?

Another weeks of MCO?

Orang macam aku ni akan hilang kerja. Orang macam ayah aku tak kan boleh bertahan dah.

Please,

Jangan selfish.

– Puan N (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit