Parents Bukan Maid

Assalamualaikum dan hi. Saya seorang ibu bekerjaya dan alhamdulillah dikurniakan 2 orang anak.

First of all, tujuan penulisan saya ini bukanlah untuk memberi kecaman, sekadar memberi peringatan, mungkin ada yang belum sedar.

Banyak kes-kes yang kita lihat, pasangan suami isteri yang menghantar anak-anak untuk dijaga oleh atuk dan nenek.

Ada yang hantar kerana ingin jimat, yelah kebanyakkan pusat asuhan caj agak mahal. Ada juga yang hantar bila mereka nak bercuti/ travel berduaan saja.

Huhu, kesian atuk nenek, dah lah tak diajak travel sekali, kena pulak jaga cucu-cucu.

Kalau travel atas urusan kerja ataupun urusan yang kurang sesuai untuk bawa kanak-kanak, misalnya umrah/ haji tu lain lah. Ni travel ke cameron pun tinggalkan anak kat atuk nenek..

Huhu.. Nak honeymoon sekali lagi tu boleh, tapi janganlah sampai menyusahkan parents kita.

Apabila parents kita dah pencen, berilah peluang kepada mereka untuk habiskan masa bersama dengan travel, menghadiri majlis-majlis ilmu dan mendekatkan diri kepada Allah dengan beribadah.

Sedih bila saya lihat ada anak-anak yang menghantar cucu untuk dijaga oleh atuk dan nenek. Ada yang hantar masa cuti sekolah, ada yang hantar lama sampailah si cucu tu besar.

Bukannya tak boleh, tapi rasa-rasanya, ada masa tak untuk atuk nenek tu pergi ke masjid kalau dah kena jaga cucu-cucu yang masih kecil tu? Atuk tu dah seakan jadi maid kepada anak sendiri.

Kalau ada sekalipun orang tua-tua yang rindu nak jaga cucu, si anak hantar 2-3 hari cukup lah. Jangan sampai membebankan orang tua kita.

Berdosa tau kalau kita biarkan orang tua berasa letih bila jaga budak-budak ni.. Huhu.. Lagipun bila jaga cucu yang masih aktif ni, mostly kanak-kanak akan buat sepah dengan segala mainan yang ada.

Kesian kat atuk dan nenek nak kena menyimpan pulak mainan tu.

Cuba bayangkan, masa nenek yang rabun tu tengah menyimpan mainan tu, tiba-tiba si nenek terpijak lego yang kecil. Adoi, sakitnya tu boleh mengalir air mata bagi siapa yang pernah rasa.

Kalau kita merancang untuk ada anak, kita sepatutnya merancang terlebih dahulu ekonomi rumah tangga kita.

Ada yang melahirkan anak selang setahun, tapi akhirnya dihantar ke rumah atuk nenek untuk dijaga sebab tak mampu nak bayar kos taska atau pengasuh bila anak dah 4-5 orang.

Huhu sekali lagi, jangan jadikan parents kita maid. Tak salah nak ada anak ramai, tapi biarlah kita mampu nak jaga anak tu dari segi tenaga dan kewangan.

Dari kita lahir sampailah kita bekerja, parents kita menjaga kita. Berilah peluang untuk mereka berehat, bukannya ringan beban menjaga kanak-kanak ni.

Ada atuk nenek yang terpaksa bangun malam bancuh susu untuk cucu. Kesian, dah lah tidur pun tak nyenyak, pagi keesokannya letih nak jaga cucu lagi..

Ada atuk nenek terpaksa rela jaga cucu sebab kesian kat anak, tapi dalam hati rasa terbeban. Fikir-fikirkan lah.

Kalau ada kecemasan misalnya cuti kita dibekukan, dan anak pula tak sihat untuk dihantar ke pengasuh, masa ni boleh lah nak minta tolong parents kita jagakan kejap, tapi janganlah hantar lama sangat.

Seeloknya minta maaflah banyak-banyak dengan parents kita sebab terpaksa hantar anak masa kecemasan ni dan mengganggu waktu rehat mereka.

Ok cukuplah peringatan setakat ni. Moga Allah mudahkan urusan kita menjaga anak dan menjadi anak yang soleh, insyaAllah.

– Kak Rose (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *