Assalamualaikum w.b.t.
Hutang ni bunyinya agak cliché dalam kalangan masyarakat sekarang. Yelah, hampir semua orang berhutang. Tak kira lah atas urusan apa pun, kalau dah namanya hutang, wajib lah dibayar. Benda ni nampak ringan je sebab tu ramai yang ambil mudah. Bak kata Jarjit, “Panda tempang pergi belayar, pandai hutang tak pandai bayar”.
Aku nak cerita pasal sorang pakcik ni. Pakcik Sham (bukan nama sebenar), kawan ayah aku. Mereka pernah menjadi kawan baik berikutan sama-sama jadi ahli jawatankuasa satu organisasi ni. Sekarang beliau dah berhenti pun, atau dalam bahasa kasarnya diberhentikan atas isu hutang jugak. Pakcik Sham merupakan penjawat awam dan secara luarannya nampak kemas dan berpelajaran. Beliau mempunyai 4 orang anak dan anak kedua beliau kawan aku, Alia (bukan nama sebenar).
Dulu, keakraban ayah aku dengan Pakcik Sham boleh diibarat seperti belangkas. Apa sahaja urusan berkenaan organisasi yang mereka handle, pasti berdua. Di rumah pun hampir setiap hari nama Pakcik Sham lah yang disebut-sebut ayah. Dalam telefon pulak, gelak Pakcik Sham jelas kedengaran tanpa loud speaker walaupun lawak ayah agak hambar. Ayah sendiri ketawa terbahak-bahak dengan lawaknya sendiri. Begitu lah gembiranya mereka sebelum ni.
Dalam pada beliau baik dengan ayah, Pakcik Sham pernah membuat pinjaman wang dengan ayah (ayah bukan along walaupun anak sulung). Aku tak pasti jumlahnya, tapi RM10k tu lebih lah. Masa pun berlalu. Pakcik Sham seakan lupa dengan hutangnya bila kami dapati beliau kerap membeli dan menukar kereta. Pakcik Sham siap belikan Alia kereta. Pemberi pinjam hutang Pakcik Sham sendiri pun tak belikan anak dia kereta, huh. Dalam facebook, Alia siap membaby-babykan keretanya. Bawak pergi tukar tayar lah, mandi buih lah, spa lah. Persis manusia saja kereta Alia. Aku istighfar saja. Gittew.
Semasa Pakcik Sham buat pinjaman dengan ayah, beliau telah memberi geran kereta beliau pada ayah sebagai pegangan jika beliau tidak dapat melunaskan hutang beliau pada ayah. Bukan saja ayah, tetapi Pakcik Sham juga pandai membuat lawak hambar apabila kereta tersebut telah dijual (beliau buat geran baru). Jadi geran kereta yang diberi pada ayah tiada gunanya lagi. Sehingga hari ini, geran kereta tu masih ada lagi dalam simpanan ayah untuk ditunjukkan pada Pakcik Sham kalau-kalau beliau buat lawak lagi.
Sudah kisahnya begitu, ayah saja try luck untuk minta Pakcik Sham bayar hutangnya sebab ketika itu, ayah memang perlukan duit. Sekali try, beliau kata tak boleh bayar lagi, Alia nak bertunang. Bertunang pun dah grand macam kenduri kahwin. Makan pun mewah. Dua kali try, beliau macam nak marah pulak ayah kita, kau rasa? Tiga kali try, beliau memang marah sehingga tidak bertegur sapa jadinya. Ayah aku macam pengemis pulak beliau buat sedangkan beliau yang berhutang.
Setelah sekian lama, baru lah hutang beliau pada ayah selesai. Beliau pun sudah berhenti daripada organisasi. Ayah dan Pakcik Sham tidak baik seperti dulu lagi. Selepas berbelas purnama, Pakcik Sham telefon ayah bertanya khabar. Ayah berlagak rilek sedangkan dia menggelupur kerana terlalu curious apa kejadahnya Pakcik Sham tetiba muncul.
Ayah fikir beliau hendak berbaik-baik semula dengan ayah. Rupanya beliau nak pinjam duit lagi. Kali ni RM12k. Siap nak bagi ayah geran lori beliau pulak. Ayah tak dapat tolong sebab ayah sendiri pun tengah nak guna duit bagi menempuh hari-hari mendatang. Tambahan pula, kawan baiknya juga Pakcik Kamal (bukan nama sebenar), tetiba hilang dalam radar selepas meminjam RM30k dengan ayah. Ayah tak dapat tolong Pakcik Sham lagi. Walaupun dapat tolong sekali pun, ayah tak hingin. Pakcik Sham minta ayah recommendkan nama-nama yang beliau mungkin dapat buat pinjaman. Tetapi tiada.
Dalam geram-geram aku pada Pakcik Sham (bukan kerana comel), geram jugak aku pada anaknya, Alia. Setiap kali update statusnya mesti panjang lebar mengalahkan Fynn Jamal. Sembangnya soal kehidupan begitu kencang. Bisnes Alia dan husbandnya sekarang pula makin masyuk. Tapi aku yakin, Alia tak pernah tahu tentang susahnya Pakcik Sham. Dekat situ nampak lah Pakcik Sham ni ayah yang baik sebab tak nak menyusahkan anak beliau walaupun patutnya takde istilah ‘menyusahkan’ kalau mak bapak dengan anak-anak ni. Jika Alia tahu tentang semua ni, pasti sembang dalam bilik dengan husbandnya saja. Pillow talk kate ko.
Berbalik kepada cerita Pakcik Sham tadi. Lepas ayah kata ayah tak dapat tolong dalam telefon tadi, beliau whatsapp ayah pulak. Jumlah pinjaman yang nak dibuat semakin berkurang iaitu RM2k setengah dengan harapan dapat lah daripada takde. Tapi ayah hanya mampu meminta maaf kerana tak dapat menolong kawan baiknya itu. Beliau terus tak balas dah. Watdehek, ayah kata. Ayah benar-benar tak gemar lawak Pakcik Sham sebab lawak Pakcik Sham lagi hambar daripada lawak ayah. Setakat ini, itu sahaja lah kisah ayah dan Pakcik Sham.
Kesimpulannya, ukur lah baju di badan sendiri. Tak perlu mewah-mewahkan anak-anak sampai perlu berhutang. Ajarlah bersederhana. Anak-anak pun, ambil tahu lah pasal mak bapak jugak. Mereka diam tak bermakna mereka tiada masalah.
Ps: Ayah pesan kalau nak bagi pinjam duit pada orang yang sama untuk kali kedua, pastikan orang yang pinjam tu dah langsaikan pinjaman yang sebelumnya. Atau tak kerek macam Pakcik Sham.
– Anak Ayah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit