ayah tinggalkan aku seorang suami

tq admin, hari ni genap 7 bulan arwah ayah aku pergi.aku orang miskin, bukan bermaksud aku rendahkan usaha titik peluh ibubapa aku, cuma adik beradik aku ramai, pendapatan mencukupi yg perlu sahaja ,xlebih. adik beradik aku kawin semua simple, walimah pun makan laksa je, aku seorang yg nak belajar sampai phd, life aku mmg dgn buku je. tapi bila sampai tahun akhir aku di kampus, ayah terima lamaran lelaki utk aku, lamaran yg sebelum ni ayah semua tolak. aku ikut kata mak ayah, sebab aku yakin, xde mak ayah nak anak gadis dia hidup dgn lelaki durjana, pilihan mak ayah mesti terbaik utk jaga puteri mereka. ayah pilih tarikh nikah kami. Tpi aku berjanji dgn diri aku, klu aku kawin aku nak buat besar2, mewah sebab mak ayah aku selalu happy tgk anak org lain kawin dgn besar2. sbb mak ayah aku org susah dari kecik (mak crita) jadi aku berjanji aku nk bg mak ayah rasa mewah wlpn sehari di hari perkahwinan aku. ayah minta aku supaya nnt ada pelamin, (segala benda yg family aku xpernah rasa) btw, belanja perkahwinan aku tanggung sendirian wlpn bakal suami aku org kaya, aku xminta sen pun, aku bukan jenis yg suka bergantung dgn duit org.aku jual laptop, handphone aku utk preparation perkahwinan, aku buat handwritting note then aku jual,duit aku kumpul utk buat mak ayah aku dpt rasa lebih dr biasa bkn sbb aku nk kwen dgn mewah. alhamdulillah, aku xtahu dari mana datangnya duit, majlis berlangsung dgn mewah, ayah aku orang paling happy, dapat duduk atas pelamin gn mak.ayah xsuke bergambar, tapi di hari perkahwinan aku, semua gambar ada gambar ayah mak. aku nangis tgk adik beradik gn mak ayah dpt rasa semua tu, mkn mewah sikit dr biasa. seminggu lps aku kawen ayah aku pergi mengadap Ilahi, ayah tinggalkn aku pada suami yg sgt memahami dan bertanggungjawab mcm ayah. tapi atleast, aku puas sempat penuhi ape yg ayah aku nak rasa, merasa pelamin dan sedikit hidup senang sblm beliau pergi selamanya. kini, setiap kali aku tgk gambar kawin, aku tgk ayah. setiap kali tdr, ayah selalu dtg usap kepala aku, kalau aku demam, ayah selalu dtg bawa senyuman dlm mimpi aku. kini, aku di sem terakhir, langkah aku lesu tanpa semangat dan dorongan dr ayah, wlpn kami miskin, kami xpernah miskin dr kasih syg dan dorongan dr mak ayah. kini, anak2 ayah sudah berjaya, kakak2 aku sudah di phd,abg aku kerja senang, tinggal mak sorang kami tatang bagai raja hingga kahir hayat.

pengajaran, korang jangan fikir org kawin mewah tu semata2 nak menunjuk, mungkin ada tujuan lain seperti aku utk bahagiakn family rasa lebih sikit dari biasa wlpn diri sendiri derita utk cari duit. lebih dari biasa je, jgn sampai melebih, membazir. moga usaha aku ikhlas utk bahagiakan mak ayah dpt ganjaran di sisi Allah. aku rindu ayah.

– mai

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *