Ayah

Salam semua. Sebenarnya aku tak boleh tidur even sekarang dah pukul 4 pagi, mata aku dok klik pok klik pok pejam celik tapi tak ngantuk. Jadi aku rasa baik aku kongsi benda berfaedah sikit.

Ceritanya parents aku dah cerai. Jadi mak dan nenek aku yang jaga kami adik beradik. Sedara mara lain ada jugak yang tolong mana yang patut. Abah aku pulak memang lepas tangan. Kalau mintak duit belanja, mesti dia kata dia nak pakai duit buat rolling modal niaga.

Jadi bila kami makin membesar, pakat masuk IPTA, nenek dan sedara mara aku rajin jugak brainwash kami..dah kerja nanti, tak payah bagi duit kat abah korang. Kalau dia mintak, jawab balik apa dia cakap sekarang..korang nak rolling modal untuk niaga jugak. Ah sudah..aku speechless.

Semarah-marah aku pada apa yang abah aku dah buat kat kami anak beranak, tak pernah aku rasa nak balas dendam. Aku kesiankan dia. Hidup dia memang tak ketahuan sekarang ni. Macam tak terurus. Then bila aku bagitau mak aku pasal ni, mak aku balas dengan sempoi..buat je baik dengan abah korang, tak rugi pun. Hah, betul jugak. Tak pernah ada orang buat baik tapi lepas tu dia rugi. Dan tak semestinya kita buat baik kat si A, si A jugak akan balas kebaikan. Mana tau nanti datang kebaikan dari si B? Alah, lagipun kan tu kerja Tuhan.

Jadi point dia kat sini, jahat mana pun parents korang, janganlah tak hormat dan abaikan diorang. Korang tetap anak dan anak tanggungjawabnya hormat mak abah. Tapi aku tak kata laa nenek dan sedara mara aku tu jahat. Faham, diorang yang tengok keadaan kami masa susah, jadi mesti geram punya.

Lagi satu aku nak pesan, bertanggungjawablah atas apa yang diamanahkan. Hutang, bayar. Janji, tepati. Kalau dah ada family, sedar peranan masing-masing. Lunaskan tanggungjawab supaya nanti tak jadi macam keluarga aku. Sebabnya, dari keluarga la nak bina masyarakat bertamadun. Kan?

Akhir kata, aku bersyukur walaupun dari broken family, mak aku tak pernah ajar kami bencikan abah sendiri. Abah aku pun tak pernah nak pisahkan kami dari mak. Thanks mak & abah. Semoga abah aku dan kita semua dapat hidayah. Amin.

Maaf kalau panjang, teacher BI suruh praktis buat opinion writing 2000 patah perkataan bhai. Kehkeh.

Wassalam.

– Kay

CREATE A POST