Ayam Topup

Nama saya Nor, nama suami saya Noh. Kami bernikah hampir 11 tahun. Kini kami mempunyai 3 orang anak.

6 tahun yang lalu, suami ditimba bencana, sakit berlanjutan hingga lebih 4 tahun.

Namun bencana itu memberi rezeki besar kepada keluarga kami, tuntutan saman kami berhasil dan mendapat pampasan yang agak besar.

Sepanjang suami sakit, saya mula bekerja, bantu sara keluarga.

Suami beransur sembuh, poket suami semakin tebal dengan duit pampasan dan perniagaan nya.

Suami makin tak lekat dirumah, tak pasti kemana hala tuju, semua dirahsiakan. Tak pernah nak menanam rasa curiga, saya yakin suami syang saya.

September 2020, saya tak boleh tido… sengaja saya scroll hp suami.

Oh ade michat, apps tersorok dalam folder. Saya bukak michat chat, alangkah terkejut saya.. macam2 ayam ade dalam tu. Ayam siam, ayam cina, ayam melayu, ayam topup, ayam indon.

Chat nya berkisar…? Hotel mana? Berapa jam? Berapa harga? Nak jumpa kat mana? Topup yang mana? Macam2 ada.

Ya Allah… Hancur hati saya.

Saya rakam chat tersebut melalui hp saya, kemudian saya confront, katanya untuk kawan. Sumpah bukan untuk diri nya.

Bermula episod trust issue dalam marriage saya. Saya pegang kata2 dia, langgan untuk kawan.

Namun benar kata orang, isteri punya 6th sense, saya mula curiga, saya mula mengambil tahu, jadi pegawai penyiasat untuk suami sendiri, how pity!

Saya mula copy whatsapp di desktop, perhatikan perbualan sehari2. Ada la perempuan sana sini, perbualan biasa bergurau senda. Nama mereka di save sebagai customer.

Setelah berbulan saya stalker, pemerhatian saya sehari2, rupanya suami kerap main jud1, jud1 online. Transfer duit kepada member, cari segala no die jumpa.

Saya catit perbelanjaan jud1 suami, sehari2 tak kurang RM100-200 dibelanjakan.

Ok tak pe saya diam kan. Saya mintak duit, kedekut berkire2. Ok tak pe saya perhatikan. Saya tak nak complain panjang2, saya pon bukan isteri muslimah.

Bulan puasa, lepas hantar saya ke tempat kerja, suami sambung breakfast dengan kwan2 nya… wah depan aku dan anak macam puasa sangat! Allahu.. Aku dah salah pilih imam…

Kemuncak pergaduhan pada may 2021, sedang di pejabat selepas waktu lunch, saya agak free, saya buka whatsapp desktop suami melalui laptop saya.

Saya dapati dia sedang berhubung dengan no tak di save.

Voicenote suami. Mana boss? Amoi ada?

Boss : ada2.. sini pintu sebelah kwsp kepong. Ade gantung merah. U mari masuk.

Suami : sudah sampai boss.

5 min saya biarkan berlalu.

Lalu saya cuba video call suami… 3 kali, tak berangkat.

Saya call biase, 3x… tak berjawap.

Jiwa saya hati saya dah terbayang2 perbuatan2 terkutuk die dekat sana. Keseronokan die dengan pelacur di luar.

Saya biarkan, hati saya hancur.

Kecewa, malu.. tak terkata. Terpadam hormat dan cinta saya.

Jam 6 petang, usai habis kerja. Memang rutin suami datang pickup saya. Lagaknya seperti biase… macam tiada dosa.

Saya naik kereta, berdiam diri sampai dirumah. Saya hilang kata2.

Lepas maghrib, suami keluar untuk tapau makan malam untuk kami sekeluarga.

Saya capai kain baju saya dan anak2, saya tinggalkan rumah. Saya check in hotel menenangkan emosi saya.

Tak tahu nak mengadu dengan siapa, tak mungkin saya adu pada ibu bapa saya, mana saya nak letak muka saya, muka dia andai kami masih terus bersama… saya mati akal, mati hati….

Anak2 yang tak berdosa, tak faham apa2. Masa tu anak 2, sorang 7 tahun sorang lagi 6 tahun. Asyik tanya kenapa pergi hotel tak ajak ayah…. Koyak hati saya masa tu tak mampu nak jawap soalan anak2.

Esok nya, saya ke pejabat peguam, buka fail, mahu tuntut cerai. Saya ada segala bukti tragedi Sep 2020 dan May 2021. Bukti aktiviti jud1.

Lawyer yakin kes saya kuat, saya boleh tinggalkan die walaupon tanpa persetujuan die kerna akhlak dia.

Masa tu PKP, ambil masa untuk dapatkan tarikh mahkamah. Saya kesuntukan duit untuk terus tinggal dihotel.

Saya tak tahu nak menumpang di mana, bukan tiada keluarga… tapi tak mampu nak terangkan aib suami pada mereka.

Hati saya masih sayang, tak kuat rasa nya kaki nak melangkah tanpa suami. Kerna die suami yang baik. Cuma kalah dengan nipis nya iman.

Seminggu saya di hotel, suami dapat jejak saya.

Melutut pujuk rayu saya kembali ke pangkuan nya, saya minta dilepaskan, suami tak mahu, suami berjanji, bersumpah akan berubah..

Jiwa keibuan aku kalah, bila tengok muka anak2.. aku mengalah.

Aku letakkan syarat cerai taklik, aku minta die lafaz taklik ke atas aku.

Andai berjud1 dan bersetubuh di luar ikatan perkahwinan, jatuh talak ke atas aku.

Dia buat.

Kami meneruskan hidup. July 2021 aku dapati aku mengandung, anak no 3.

Hari ini.. aku masih bersama die, berpegang pada janji sumpah dan taklik nya..

Dia dah berubah? Entah lah, aku takut nak siasat lagi… aku takut taklik yang aku minta memakan diri aku.

Kini, aku ada sikap yang sangat buruk pada suami ku sendiri, aku sedar dan aku akui.

Aku tak hormat die, aku boleh bergaduh dan tinggi suara dengan nya. Sering aku cabar die tinggalkan aku sebab aku boleh hidup sendiri.

1 sen duit gaji ku, aku tak kan berikan untuk Urusan keluarga, aku jadi kedekut dan peras kewangan dia habis habisan.

Aku beli rumah, aku simpan duit. Semua atas nama aku. Aku tak toleransi langsung bab kewangan.

Lepas kelahiran anak ke 3, klinik Kesihatan ade kan ujian HPV, sah aku positif. Sah aku yakin hasil dari aktiviti s3ks bebas suami di luar.

Dia nafi, salahkan life aku sebelum menikah dengan nya. Aku malas nak panjangkan cerita. Aku diam lagi. Semua aku pendam.

Entah lah sampai bila, tapi memang aku tak boleh lupakan kesakitan yang dia dah bagi. Maafkan aku, aku tak mampu jadi seperti aku yang dulu lagi.

Sampai hari ini, tak seorang pon tahu hal kami suami isteri, aku simpan erat2 aib suami aku agar orang sekeliling kami tetap hormat pada suami ku.

Dan aku, masih bergelar isteri kepada lelaki yang sama. Meneruskan pelayaran bahtera rumah tangga.

Tiap malam doa aku pada Nya, kau dekat aku pada sesuatu yang baik untuk ku, jauhkan aku dari perkara yang memudaratkan ku.

Aku yakin Allah dengar doa ku, aku yakin asbab dari Nya aku masih kekal die sini, sebagai isteri yang terluka.

– Nor (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *