Cur4ng Sekali, Cur4ng Selamanya

Assalamualaikum. Saya Puan Ann, seorang ibu tunggal warga emas yang masih berkerja untuk memenuhi masa lapang dan juga seorang pesara. Telah kem4tian ibu bapa, cuma menumpang kasih dari anak anak, cucu, abang, kakak dan adik adik.

Rumah tangga saya runtuh setelah saya bina selama 35 tahun. Saya dicur4ngi seawal 4 tahun perkahwinan. Kecur4ngan pertama bekas su4mi saya disaksikan anak sulung saya yang ketika itu berumur 3 tahun.

Waktu itu saya sarat mengandung anak yang kedua. Su4mi masa tu macam biasalah semestinya tidak mengaku dan mengatakan itu adalah imaginasi anak sahaja.

Selang beberapa munggu per3mpuan yang juga jiran sebelah rumah datang kepada saya memohon maaf atas keterlanjuranya bersama su4mi saya.

Sehingga sanggup bersumpah bahawa dia beberapa kali berhubung s3x dengan su4mi saya sehinggakan tidak pasti anak yang dikandungnya ketika itu adalah anak su4minya atau anak su4mi saya.

Akhirnya su4mi saya mengaku dan berkata dengan saya sebab sebab kenapa dia berbuat begitu ialah kerana tidak puas ketika bersama saya, saya dah tak cantik, dah gemok dan macam macam lagi..

Saya kemudian berpindah ke rumah yang lebih dekat dengan tempat kerja saya. Saya memberikan kata dua kepadanya. Nak ikut saya, dia kena tinggalkan perangai buruknya atau berpisah sahaja.

Dia memilih untuk bersama saya dengan alasan sayangkan anak.. Ia, dia berubah tapi cuma beberapa tahun.

Saya tangkap dia, kali ni depan mata saya sendiri, dia di dalam rumah jiran lagi, tapi jiran yang lain lah. Dengan mata kepala saya sendiri, saya saksikan su4mi lentok di bahu per3mpuan itu yang su4minya adalah rakan sekerja saya.

Dia buat bodoh dan ugut saya seandainya berita itu tersebar tahulah apa dia nak lakukan pada saya. Saya turut, takut anak membesar tanpa ayah.

Tidak lama kemudian, dia ditukarkan ke pantai timur. Alangkan depan mata pun boleh cur4ng, apa lagi jauh disana.

Dia scandal lagi, dengan janda sehingga hampir bernikah. Hubungan mereka putus setelah su4mi saya tamat perkhidmatan dan kembali tinggal sepenuhnya dengan saya dan anak anak.

Pepatah ada menyatakan, anjing kalau dah biasa makan taik, kalau tak makan akan dicium juga.

Dia terus dengan sesi berskandalnya sehinggalah dia ditahan di balai polis atas tuduhan merogol. Saya lupakan kesengsaraan saya dipukul disepak terajang, saya sedaya upaya untuk melepaskannya dari tuduhan itu.

Satu perbuatan paling bodoh yang saya buat di dalam hidup saya. Tanpa pengetahuan sesiapa, saya menjaminnya dan dia dibebaskan kerana per3mpuan itu telah berumur 27 tahun. Bukan kategori rogol lagi.

Tidak pernah serik, dia terus cur4ng entah yang keberapa kalinya sehinggalah kemuncaknya diusia dia 55 tahun, apabila dia membuat pengeluaran EPF nya. Dia berkahwin dengan janda anak 3. Menikah secara sindiket melalui pejabat agama.

Sengsaranya saya ketika itu Allah saja yang tau. Saya mengalami major depresion. Dibawah pengawasan dari PSY sehingga ke hari ini.

Tambah memilukan dapat mertua puaka yang bersifat talam dua muka. Menebar fitnah ke atas saya dan berpihak kepada anak mereka. Maklumlah anak mereka baru dapat duit banyak. Gelap lah mata. Saya dilarang ke rumah mereka.

Ya Allah, sedihnya… memang wujud sebenarnya mertua puaka.

Pada ketika dia beristeri muda ini lah saya berpisah secara langgar taklik. Tak tau lah nak sedih ke nak suka ke. Anggap saja semua ni telah ditentukan oleh Nya.

Dia juga bercerai juga dengan isteri mudanya juga sebab kecur4ngannya. Sekarang berkahwin lagi untuk kali ketiga dengan per3mpuan sebaya saya.

Saya cuma menulis tentang kecur4ngannya. Bukan hal hal lain berkaitan nafkah dan tanggungjawab. Terlalu panjang untuk ditulis sepanjang 35 tahun hidup bersamanya.

Anak anak, mak hanya berdoa agar kita sentiasa bersama walau dalam apa jua keadaan. Buat anak per3mpuan mak, darah yang mengalir di dalam badan awak adalah asalnya dari mak awak ini. Sayangilah mak awak ni sementara mak masih ada.

Jangan satu hari nanti awak menangis di atas kubur mak, menyesal atas apa yg awak buat ke atas mak. Walau mak tak berpelajaran tinggi, tetapi Allah gerakkan, Allah tunjuk tak sampai beberapa jam pun.

Buat bekas su4mi ku, walau awak menafikan semua kecur4ngan yang awak telah lakukan, percayalah, balasan Tuhan itu benar.

Terima kasih sudi membaca dan ambillah ikhtibar dari cerita benar yang saya tempuhi ini. Berpada pada lah mencurah kasih dan sayang.

– Puan Ann (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *