Azan di televisyen hanya untuk KL & kawasan yang sama waktu dengannya

Beberapa hari yang lepas, aku berbuka puasa di kedai makan yang terletak berdekatan dengan Bazar Ramadan di Jalan Taiping, Klang, Selangor. Waktu maghrib di Klang adalah 2 minit lebih lewat dari waktu maghrib di KL. Kawasan keseluruhan kedai makan ini sangat besar sehingga dapat menempatkan ratusan pengunjung pada satu-satu masa. Macam biasa, kedai makan di situ mempunyai televisyen seperti kebanyakan restoran yang lain.

Apabila azan berkumandang di televisyen pada 7:28 pm, sudah ramai pengunjung di situ yang berbuka puasa dan makan, sedangkan waktu maghrib di Klang adalah 7:30 pm. Masjid yang berdekatan pun masih belum azan maghrib lagi masa tu. Adakah puasa mereka ini sah kerana mereka berbuka puasa 2 minit lebih awal dari waktu yang sepatutnya? Sudah tentu tidak. Tu belum lagi orang yang berbuka puasa di rumah dan juga berpandukan azan di televisyen. Agak tak logik kalau nak kata mereka tak tahu waktu maghrib di Klang. Sebagai contoh, seorang penduduk KL ingin berbuka puasa di Perak. Sudah tentu orang tu kena ambil tahu waktu maghrib di Perak dan bukannya berpandukan azan di televisyen semata-mata.

Perkara ni buatkan aku terfikir. Memang ramai ke rakyat Malaysia (khususnya semenanjung) yang menjadikan azan di televisyen sebagai panduan masuknya waktu solat, sedangkan azan tersebut hanya untuk KL & kawasan yang sama waktu dengannya?

– Nazri

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

30 Comments

  1. Ramai tak sedar benda ni or maybe tak ada rasa nak amik tau. Aku duduk kat kawasan sempadan KL Selangor pun kadang-kadang confuse tak tau nak ikut mana, KL ke Selangor. Aku confuse tempat aku dok melepak tu ikut kawasan mana satu. Tapi lebih selamat tunggu azan dari surau berhampiran.

    • Ramai tak amik tau pun. Nak share pengalaman saya. Kat Aeon Metroprima, biasa ada buat announcement kalau dah masuk waktu. Tapi satu hari ni, langsung takde announcement. Kawasan ni under KL. So saya yang pakai phone biasa takde whatsapp etc pun bukak Twitter akaun waktu solat KL. Yang lain yang pakai smartphone dok terpinga-pinga dah boleh buka ke belum. Kita yang dah tahu ni pun bagitau kat diorang. Kalau tak, entah pukul berapa diorang buka hari tu.

  2. Ko kalau belajar ilmu falak takdela jadi bodoh gini… Waktu2 berbuka di seluruh malaysia kalau ikut yg dijadualkan sebenarnye dah ditambah 3-4 minit.. Sebabnye supaya bila azan tu mmg dah confirm masuk waktu… Jadi kalau kes diorg tu ikut ilmu yg betul, sah la sgt berbuka puase…

  3. kak duk kedah. guna apps ja. siap ku download mp3 azan lagi. lagipun takwim hijrah ada. boleh tgk la telly ka dak. so far telly. hari ni 7.38 kat takwim pun 7.38. kalau nak ikut azan di masjid selalunya lambat seminit dua pasai org azan bukak posa dulu baru azan.

    sekian.

  4. Install apps azan. Tukar location bila di tempat baru. Lg sonang..ni x,bila nk berbuka,duk pandang kiri kanan. Pakai nset mahal2.. Lahai..-bkn perli na..dr pengalaman

  5. Itula sesetengah kita, ambil mudah saja.Mungkin tk ada ilmu atau sikap. Kan dah ada peringatan. Nak dunia dgn ilmu. Akhirat dgn ilmu dan kedua2nya dgn ilmu.

  6. Samalah situasi sy. Mse tu naik bas dri melaka nk blik jb. Driver tu buka radio johor. Azan kat radio berkumandang utk kawasan jb dan sama waktu dgnya tapi mse tu kteorg ada kat muar . So semua org dlm bas dah brbuka puasa. Sdgkn sptutnya waktu maghrib kat muar lewat 2 ke 3 minit dri waktu maghrib jb. Jdi sy yakin ngn diri sndri dan tnggu azan dri phone sy yg mmg sy dah set utk kawasan muar. Sptutnya kita kena lebih alert di kawasan mana kita berada. Nsib baik sy ada blja skit tntng ilmu falak dn sedikit sbnyk mmbantu sy dlm hal ni.

  7. Kepada confessor, mungkin ramai diantara masyarakat kita yang berbuat demikian disebabkan mereka tak tahu yang sebenarnya azan di TV & radio akan dimainkan mengikut sesebuat kawasan yang ditetapkan. Contohnya, di TV, azan dimainkan mengikut waktu Wilayah Persekutuan (Kawasan Selangor Zon 1 which is Shah Alam, PJ and etc, sama waktu dengan KL) dan di radio, tertakluk kepada stesen radio mana. Walau begitu, kalau di radio, biasa nya DJ radio tu akan beritahu azan di radio itu menandakan masuk waktu di kawasan mana. So, sebagai jalan penyelesaiannya, boleh install Apps waktu solat Malaysia kerana di apps tersebut terdapat notifikasi waktu solat untuk banyak lokasi di Malaysia. Selain itu, kena rajin2 buat research kawasan kita berada tu di zon mana. Di surat khabar pun hari2 dinyatakan waktu berbuka puasa. Sekadar pendapat. Terima Kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *