Baca Ini Sebelum Ambil Master II

Assalamualaikum. Greetings. Aku Frankie. Above all, aku nak minta maaf sebab terpaksa request kat admin IIUMC untuk remove post aku yang sebelum ni atas sebab keselamatan. My bad. I was too specific mentioning names and places. But I promised the admins, that would not be the last post for IIUMC. Here, I am the man of my word. I have another contribution to be shared. Thank you again admins for approving this.

Kesinambungan artikel jurnal aku yang terpaksa ‘berkongsi’ dengan penyelia-penyelia dan ketua jabatan, aku sebenarnya dah mintak nasihat abang aku sendiri yang merupakan tenaga pengajar di Kuliyyah of Economics and Management Sciences (KENMS) UIAM Gombak sama ada nak patut aku proceed atau rebel untuk jadi main author. Abang aku dapat PhD 8 tahun lepas, aku tanya dia, ‘how come aku kena jadi co-author kepada artikel yang aku extract daripada tesis yang aku tulis sendiri??’ Guess abang aku jawab apa?

“Ikut je… Follow their games.. That might be unethical for others but ‘ethical’ for them.. At this point you are nothing. You are no one in the academic field. No one recognised you. So ikut je..”

Aku tanya lagi; ‘How if I pay for the conference myself? Kat Jakarta banyak je conference murah kurang RM1000 untuk present and publish satu paper. Masuk Scopus, Elsevier jugak.’

Abang aku balas, “Like I said, at this point you are NO ONE. Tak siapa kenal kau. You are not Dr. Zaharuddin, Dr. Mohd Asri (Mufti Perlis), Dr. Rozaimi (UPSI) yang bukan setakat scholars kenal, tapi satu Malaysia kenal. So your name needs to rely on whoever are seniors in your field. Tapi tadi kau cakap kena letak ketua jabatan sebagai co-author that one really amused me. Very bold. Very rare. UiTM must be ‘proud’ of themselves. Sebab kat USM, UUM, even UIA pun tak pernah jadi.”

So aku ikut jelah pesan abang aku. Aku diam. Tapi dalam hati memberontak. Bukan sebab aku tak nak jadi co-author, tapi sebab aku tau setakat mana sumbangan penyelia-penyelia aku dalam membantu aku menyiapkan tesis. Dalam post yang lepas orang kata aku manja, mintak disuap. Aku tak manja, aku tak mintak disuap. Aku cuma nak penyelia aku mengaku kalau tak reti subject matter aku, tak faham method kajian aku, mengaku awal-awal masa aku daftar. Jangan bazir masa aku. Jangan jadi ‘Grammar Police’ setiap kali aku submit writing progress. Kalau aku salah, tolong guide. Bukan setakat tunjuk mana salah dan expect Jibril bagi wahyu kat aku cara yang betul untuk buat kajian akademik. Bila aku tanya lebih-lebih jawabnya. “This is your journey. Find it. You will learn.” Hawau. Lepas tu berebut jadi authors. Kata aku punya journey, tapi kenapa banyak sangat asnaf fi sabilillah yang menumpang jadi co-author? Aku boleh declare, hampir keseluruhan Chapter 3 Methodologies yang aku tulis adalah dari hasil penat lelah aku ‘bertalaqi’ kat USM Penang.

So kat sini aku nak share counterpoints aku. Memang aku ada cakap dalam post yang lepas ‘baik buat Master by Coursework untuk jimat masa’, yes I mean it. Kawan aku buat Masters kat Queen Mary University of London pun masuk batch September 2015 sama macam aku di UiTM, tapi dah konvo pun last year. Sekarang dia dah selamat jadi pensyarah di UNIMAS, Sarawak. Dalam UiTM sendiri pun ada fast-track Master by Coursework. Setahun je bang. Kena buat kajian pun takde la seberat macam ‘full research mode’. Kalau social science, setakat buat ANOVA, MANOVA, KASANOVA (ini aku reka sendiri..kihkihkih..) dan tekan-tekan SPSS tu je. What I’m trying to say is, coursework mode in most of the time is supervised and guided in the class. Interaksi pelajar dan pensyarah sangat banyak berbanding full research mode. Choose it wisely. Dalam setandan pisang, tak semuanya busuk. Samalah macam UiTM. Ada penyelia yang OK, ada yang KO sebab ego sendiri.

Dalam post yang lepas, ada yang pertikaikan kenapa aku pilih secondary data? Aiyoo simi sai.. kao pei kao buu.. Halloww auntie arrr.. limpeh not stupid laa (Siapa dok Singapore akan faham Singlish ni.).. Dearest readers, I did mention I’m working in a Dealing Desk in a bank, so technically, in my office, in my department, in front of my desk, we have ‘Bloomberg Terminal’ and ‘Thompson Reuters Terminal’. Kesemua data kajian aku extract dari Bloomberg Terminal at the cost of my company! Bukan aku sorang yang tengah buat postgraduate dalam ofis ni. Ada colleague aku tengah buat Masters/PhD kat UiTM dan UPM pun extract data dari Bloomberg Terminal sebab cepat. But do you know how much is the annual subscription for Bloomberg Terminal? Tenth thousandth you know! Kalau beli data tu dari luar mau beribu ringgit kena keluar kos. But I got it for FREE! FREE! For the purpose of my so called academic research. That is another reason kenapa aku mengamuk pasal jadi co-author research article on which the writings I wrote myself. Lagi satu, aku dah letak kat post lepas yang aku buat ‘Time Series Research’. Now you genius tell me, cendekiawan ekonomi mana dalam dunia ni buat time series regression guna primary data? Ammaa appaa pening apa makcik..

Now come to the serious discussion. Kalau nak buat Master by Research tak salah. But set in mind, you are alone and will forever be alone. Treat your penyelia like partner, not a teacher. Dengan itu kau akan kurang berharap. Less hope less hurt. Make sense? Kau baca je artikel yang berkaitan kajian kau, kenalpasti research method kau dalam semester pertama tu jugak. Kalau tak faham cari workshop awal-awal. Mana nak cari? Google je. Cari group postgraduate dalam FB. Join the discussion. Korbankan duit sikit pergi kursus luar. Tak rugi. Ingat, di akhirat kelak Allah akan tanya di mana dibelanjakan harta korang? Haa kat situ lah korang boleh jawab dengan bangganya, “Wahai Tuhanku, aku membelanjakan hartaku dengan menuntut ilmu.” Berat la sikit wazan kau ke syurga.

Apa masa depan pemegang ijazah sarjana penyelidikan? Dalam institusi kewangan banyak je nak pakai orang yang reti buat risk modelling, boleh buat investment portfolio. Kalau buka Linkedin ramai employer dah tak cari MBA holder dah, dia cari siapa ada PhD atau sekurang-kurangnya buat Master by Research. So marketability kau kat situ. Jangan risau. Talian hayat yang terakhir boleh jadi pensyarah kat universiti swasta seperti INTI University, UTP, Segi College, Sunway University et cetera.

Last but certainly not least, not in any way, kepada siapa yang tengah stuck buat Master by Research/PhD, bittaufiq wannajah. Kurangkan kebergantungan kepada penyelia. Jadikan cerita aku sebagai pengajaran. Best of luck to you!

– Frankie

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit