Bacalah Sebagai Pedoman

Assalamualaikum. Cerita yang aku nak tulis nie adalah pengalaman hidup aku selama 8 tahun. So, maaflah kalau cerita nie terlalu panjang. Aku mulakan dengan masa aku mula-mula ambil degree dulu. Masa tue aku dapat biasiswa, hasil daripada pertolongan akak sedara yang tolong isikan borang-borang online semua tue bagai. Maklumlah, aku orang luar bandar, dan merupakan anak sulung yang baru-baru nak masuk universiti. Manalah tahu sangat pasal biasiswa nie semua. Lepas dapat biasiswa tue, akak sedara tue bagi sikit nasihat kat aku.

"Kita dapat biasiswa nie, kalau ada kawan-kawan yang susah, kita tolong-tolong lah yerk"

So, sepanjang aku ambil degree, adalah 3,4 orang yang minta pinjam duit 1,2 ratus. Dan diorang pun tak bayar balik. Biasalah kan. Aku pula jenis malas nak minta, so aku halalkan je lah.

Habis saja degree, aku pun kerja sebagai seorang akauntan kat satu syarikat kecil. Masa mula-mula kerja tue, ada 2 orang kawan yang masih lagi belajar, minta pinjam 1,2 ratus. Sebab masa tue diorang sangat-sangat perlukan duit. Aku pun bagilah pinjam. Seriously, diorang memang kawan yang sangat baik. Selalu kalau aku ada masalah, diorang lah tempat aku minta nasihat. Tapi, dah lepas 3 tahun, baru-baru nie je diorang bayar balik. Tue pun sebab aku baru minta. Maybe diorang lupa sangat-sangat lah kot. Pesan aku,

"Kita kenalah ingat kawan yang tolong kita masa susah. Bukannya sekadar ingat kawan yang ketawa dengan kita je"

Lepas 2 orang tue, ada sorang pakcik kat tempat kerja aku pula yang minta pinjam. Mula-mula dia cakap nak guna duit, 7 ratus untuk urusan pejabat. So, aku pon bagi lah pinjam. Biasalah kan, konsep akaun, bila kita bagi pinjam duit kat orang, dia akan jadi aset kita (penghutang). Masa tue tak terfikir pula pasal konsep hutang lapuk. Hahaha naya betul. Bila masa dia buat claim, dia jumpa aku untuk minta approval luluskan claim dia. Sambil tue boleh pula dia cakap, hutang aku tue lain kali baru dia bayar. Dah lah bulan tue juga aku nampak dia baru pasang boxes kat Versys dia.

Beberapa bulan lepas tue, ada sorang lagi kawan aku nak pinjam duit untuk nak kahwin. Aku pun bagi lah pinjam. Sebab 4 tahun aku duduk sekali dengan dia masa belajar dulu nie. Memang dulu lagi dia pernah cerita yang dia nak kahwin awal, dan aku pun masa tue, ada juga offer kat dia kalau ada apa-apa yang boleh aku bantu. Alhamdulillah, dia sorang yang tepati janji. Lepas dah sebulan berkahwin, dia dah start bayar ansur-ansur duit tue. Siap bagi jadual pembayaran bagai. Kalau ada masa dia tak mampu, dia cakap awal-awal yang dia tak boleh bayar. Kalau ada duit lebih, dia pun bayar lebih. Walaupun amount yang agak banyak, dia mampu juga habis bayar kurang daripada 2 tahun. Memang terbaik. Moga-moga dia jadi seorang suami dan ayah yang baik kelak.

Beberapa bulan lepas aku bagi pinjam kat kawan yang nak kahwin tadi, ada pula sorang lagi abang tempat kerja aku pula nak pinjam duit 1 ribu setengah. Nak bayar sewa rumah katanya. Dia ada ramai anak, sebab kesian, aku pun bagi lah pinjam. Hahaha.

Dah dekat 2 tahun aku berhenti kerja kat situ dan aku tengah sambung belajar master pula sekarang nie. Sebab aku hanya guna duit sendiri, aku pon kena berjimat lah. Sehari makan sekali je. Kadang-kadang makan nasi dengan telur gorang. Mee segera tue tak payah cerita lah. Masa degree, tak pernah makan pon. Tapi sekarang, dah jadi makanan ruji dah. Hahaha. Bila dah terdesak macam nie, barulah aku bersungguh sikit nak tuntut hutang-hutang tue semua.

Macam yang aku cakap tadi, Alhamdulillah 2 orang kawan aku yang mula-mula tadi dah bayar. Sekarang tinggal 2 orang tua tue je yang masih tak bayar-bayar lagi duit aku. Walaupun banyak kali aku minta. Yang pak cik tue memang aku dah give up dah kot untuk minta. Sebab Allah pun dia lupa, nie kan kita, sama manusia. Tapi kalau aku tahu dia meninggal, maybe aku akan tuntut dengan waris-waris dia lah kot. Takkan lah sebab aku, nanti roh dia tergantung lak. Tak gamak aku. So, sekarang nie aku tengah tuntut hutang kat abang sorang nie. Aku percaya dia orang yang baik. Moga-moga dia bayar lah hutang dia tue.

Terima kasih lah kepada admin yang approve dan siapa-siapa yang baca cerita nie. Rasa lega sikit, bila dah cerita semua nie. Nak cerita kat facebook, tak boleh. Sebab ada family, nanti lagi lah diorang risau. Aku cerita nie bukan apa, ssekadar berkongsi agar orang lain tak jadi macam aku je nanti. Minta kalian doa-doakan lah, 2 orang tue dapat bayar hutang aku nanti nie.

– Cucur Udang

Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->

Click Here

4 Comments

  1. Nasihat aku,kurangkan la bagi hutang.kadang2 kesian,aku paham but sebab duit ni,adik beradik pun boleh gaduh,ni kan pulak orang takdak hubungan darah ngan kita.nak bagi pinjam duit,aku consider benda2 ni.

    -berapa lama dah kenai.makin lama,makin boleh caya la nak bagi pinjam.

    -penah pinjam ngan aku ke tak.kalau pinjam dah bayaq ke belum.kalau belum,jangan harap aku nak bagi.

    -tengok cara hidup dia.betul2 susah or spisis suka menyusahkan diri.sembang susah tapi beli rokok boleh pulak tu memang babai la ngan aku.

    -berapa dia nak pinjam and bila nak bayaq.

    Nak tolong tu elok but jangan la sampai nyusahkan diri.

  2. Aku pun penah gak pinjamkan duit kt org. Dia kata masa tu duit x cukup nk byr duit sewa rumah sbb bini dia baru besalin. so mintak la tlg aku bankin kn kt tuan rumah tu. Kesian oa kan sbb aku bayangkn tu mcm abg aku je. Tp Lepas bulan2 xbyr lg, yela aku pon xde duit gak kan , student. Pastu mintak baik2 ngn bini dia, bini dia ckp tu hal aku n laki dia. N xnk masuk campur. Hmm.. ok. Aku mintak baik2 lg kt laki dia tu. Last2 nye blok aku kt fb sbb hr tu aku g komen mintak hutang kt post fb dia. Ye lah dah berzaman duit ak xbyr2 lg. Aku pon nk pakai duit gak. So aku mcm sentap la. Aku punya la kesian kn dia dulu masa susah. Tp last2 buat aku cmtu lak laki bini. So last2 aku niatkn aku xkan halal kan duit aku tu. Last msj aku ckp ‘celakalah kamu dan keluarga kamu’ . Geram gila. Fikir2 balik mcm kejam kalau aku x halal kan. Tp geram la org dah tlg dia , bole lak buat kita gitu. Tp tgk la kalau aku baik, aku halal kan. Tp mcm xnak halal kan je. Hmmm..

    • Cuba mintak kat dia buat kali terakhir dengan ayat macam ni,

      Kalau saya tak dapat duit hutang saya kat dunia, saya akan tuntut kat akhirat. Jangan halalkan hutang tu okey

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *