( Back to Allah )

Rentetan hidup seorang perempuan yang banyak duka, banyak suka, banyak bahagia, banyak kecewa. One person thousand feelings.

Malam aku tak seperti dulu.
Hidup aku tidak seperti dulu ,kini linangan air mata sering menyapa ku ketika tidur dan bersendirian.
Aku jauh ,jauh dari Tuhan.

Jauh kerna hati aku sedang sakit.

" Kau okay?"

" Aku okay. "

" kenapa menangis? "

" Mana ada "

Dia memandang aku sepi. Terus mengalihkan mata ke luar tingkap.

" Dunia kadang tak adil kan. "

sepi…..

" Aku tengah baiki hati yang rapuh dan remuk kerana manusia.
Pernah kau rasa someone yang hadir dalam hidup kau dan berlalu tanpa pesan ?

Aku masih juga diam. Ada getar pada suaranya.

Minit berganti minit, Aku mula bicara.

"Aku faham perasaan kau, Dah terlalu Adil Allah aturkan life kau. Tak nama manusia kalau kita tak ditimpakan ujian. Husnudzon dengan Allah. Mana kekuatan bahagia kau dulu, mana sahabat yang aku kenal, jgn cakap sebab manusia kau futur ?"

Esakan bertalu.
Aku diam memerhati raut wajah itu.

" Aku Futur ,aku lemah longlai badan aku makin terasa. Aku penat.
Sakit berganti sakit ,hanya Allah saja tahu. Makin cuba pulih ,makin aku sakit."

" Kau kuat. Aku kenal kau. Aku kenal sahabat aku "

Erat aku pegang bahunya, Airmatanya jatuh , laju.

Aku mengesat air mata yang ingin mengalir ditubir mata.

" Aku ambil langkah panjang untuk move on . Aku pergi ke majlis ilmu ,Aku beruzlah untuk sembuhkan hati dan jiwa aku yang kehausan iman. Aku dah cuba tapi……."

Aku menyeka air mata yang menitis di balik kain hitam , lantas aku berkata padanya.

"Bangkit ! ramai lagi yang sayang kan kau! Aku ada, family kau ada. Aku nak kau yang dulu. Allah sentiasa ada dengan kau.. hadiah special, Allah Taala akan bagi pada masa yang special. In sha Allah, mana yang ada silap, perbaikilah. perbaiki solat, baca quran walaupun satu ayat. In sha Allah, akan hadir juga yang betul betul terbaik untuk kita, yang betul betul terima kau walaupun macam mana keadaan sekali pun. In sha Allah, yang penting, apa yang jadi ni, cari hikmahnya. "

Aku diam. lantas menyambung lagi.

" Its okay to feel down beb . to feel upset. but never lose hope to Allah "

Setiap rasa kecewa itu, Allah nak hambaNya kembali padaNya. Beralih lah kepada kasih sayang Allah dan perhatian Allah. Cinta itu indah, cinta itu tidak menyakitkan sekiranya perasaan cinta itu disandarkn kepada yang selayaknya dicintai.

Pura pura kuat walau sebenarnya kau tak kuat, walau hati dah serabak, dah luka berdarah, dah remuk berkecai, tapi selalu pesan pada hati,

" Aku ada Allah "

" Allah tak akan bebankan aku kalau aku tak mampu "

" better pendam dr luah, Luah pada Allah"

kita punya feeling berbeza. Kadang ada yg lbh suka luah pada kawan , kadang ada yg lebih suka pendam. No wonder lah, ramai yg ubat hati sendiri dengan mcm cara.

***************

" tapi aku tak kuat beb "

" kau tak akan kuat kalau kau bergantung pada manusia , Kita ini kecil .Macam sebutir pasir dipesisiran pantai .

Dipijak manusia , dipukul ombak .

Macamtu juga kita .
Dipijak perasaan , dikoyak mental .

Tapi ,
Takkan kau nak mengalah ?

Kau masih kuat bukan ?"

" Aku cuba "

" Aku harap, aku dapatkan kembali sahabat aku yg dulu, yang ceria, yang kuat, yang selalu motivate orang, aku nk kau yang dulu "

" Wallahi , In sha Allah aku cuba pulihkan nya even ia mengambil masa yang lama untuk aku kembali seperti dahulu :')

" Ambiklah berapa lama masa yang kau nak. Cuma, tolong jangan jauh dengan Allah. Jangan buat diri kau macam orang takde Iman."

" In sha Allah, Terima kasih sudi ada untuk aku. Janji dengan aku.. "

" Apa dia "

" Selalu ada dengan aku. Ingatkan aku pasal Tuhan bila aku leka, Tegur aku jika Aku lalai. Bimbing aku. "

" Aku akn selalu Ada, dengan izin Allah, Aku cuba ada dengan kau, melainkan maut yang memisahkan kita "

" senyum. Please back to Normal "

"Uhibhuki fillah ya habibti "

********

Mohon kuat pada Allah. Doa.

Allah tak bebankan kita kalau kita tak mampu. Terus kuat.

Tak selamanya kita kecewa.

Salam bahagia.
Move on.

– Dian

Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->

Click Here

5 Comments

  1. Mulut cakap “aku ada Allah” tapi sebenarnya nak pasangan je. Tu yang keluar ayat “ada yg nak terima kamu dengan sepenuhnya” whatsoever. Manusia ni kan. Kalau betul2 sunyi dgn manusia, betul2 nak tempat yg boleh terima kita, sisi Allah je ada. You know.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *