Bagaimana Hilangkan Trauma Perkahwinan Terdahulu?

Salam semua, nama saya Wawa. Saya berumur 31 tahun dan mempunyai sepasang anak.

Saya sudah bercerai hampir 3 tahun. Selepas bercerai saya memang tak fikir pasal nak kahwin lagi ke apa sebab saya pun memang yang jenis tak pandai berkawan sangat.

Selama ni pun saya tak pernah bercinta, hanya bersama bekas suami dan terus kahwin. So saya tak expect yang saya akan bertemu jodoh lagi akan datang.

Selepas bercerai saya memang happy sangat sebab bagi saya perkahwinan saya penuh derita, jadi waktu dah sah cerai di mahkamah tu saya rasa lega sangat seolah bebanan di bahu selama ni semua telah hilang.

Saya mulakan hidup baru, saya mula buat aktiviti yang saya suka. Pergi hiking, berlari pagi2 sebelum pergi kerja. Hujung minggu bawa anak2 keluar jika ada rezeki lebih.

Saya ringkaskan apa yang saya sudah lalui di perkahwinan dahulu. Bekas suami bagi saya mungkin ada ciri2 narsistik. Dia saja yang betul, semua orang salah dimata dia. Dia tak bekerja pun disalahkan bini atau orang lain punca dia tak boleh pergi kerja.

Saya dapat rasa bahagia tu tahun pertama perkahwinan je. Selepas itu terus derita yang saya tak sabar untuk tamatkan. Dia tukar2 tempat kerja ikut suka dia, saya yang tanggung semuanya. Dia baran, suka menengking, suka maki guna perkataan kesat.

Dan paling teruk dia siap tuduh saya berzina la dan panggil saya pelacur walaupun waktu tu saya hanya pergi keluar cari rezeki.

Setiap kali dia marah dan saya tak ikut cakap dia, dia akan ugut ambil anak. Bayangkan anak2 kami masa tu baru 2 tahun dan setahun dah kena lalui semua tu. Memang macam2 yang saya pernah lalui dengan kegilaan dia.

Pernah saya lompat keluar dari kereta yang bergerak sewaktu saya dan keluarga saya bercuti di pulau pinang, malah pernah saya melompat keluar ketika kereta bergerak bersama anak2 sewaktu pagi raya pertama.

Banyak lagi kejadian dahsyat lain yang saya dah lalui. Tapi yang paling terkesan ialah bila dia suka babitkan anak tiap kali kami bergaduh. Dia akan gunakan anak untuk saya ikutkan kemahuan dia.

Perangai buruk dia yang lain juga ialah, dia hisap ganja (yang ni memang terang2 dia hisap di rumah kami) dan ais (yang ni saya dapat info dari orang2 sekeliling dia) serta menghabiskan duit di judi online.

Yang paling saya tak boleh terima ialah, saya masuk kedalam perkahwinan dengan ada duit simpanan, walaupun sedikit sekitar 1 bulan gaji tapi saya jenis memang dah biasa menyimpan sebelum kahwin. Tapi saya keluar perkahwinan dengan hutang yang banyak.

Kini saya rasa bahagia besarkan anak2 sendiri dibantu keluarga saya. Rasa bersyukur sangat saya ada keluarga yang sangat baik dan tidak berkira.

Walaupun sampai sekarang bekas suami masih cari pasal dan ada je tak kena. Tak angkat call sikit dah tuduh kita berzina, lepastu terus takn ak bagi kita duit anak2. Siap tuduh saya makan duit anak2 padahal dia bagi untuk 2 orang tu sekitar RM200-RM450 je pun paling banyak.

Itu pun dia dah rasa banyak sangat duit yang dia bagi pada anak. Padahal banyak kali juga yang dia skip bagi dan saya yang kena tanggung anak2 sendiri.

Maaf, terpanjang pulak cerita pasal bekas suami. Padahal tujuan utama saya nak cerita dan minta pendapat pasal hal lain.

Bulan 8 tahun lepas, saya ada berkenalan dengan seseorang di muka buka. Awalnya berkawan biasa je, sebab dia part time pomen. So awal2 kami deal pasal hal moto je. Tapi lama2 terjatuh hati pulak.

Dia bagitahu yang dia serius nak berkawan dengan saya. Tapi saya ada cakap saya takut, masih belum bersedia tapi dia yakinkan saya.

Kami pun teruskan lah perkenalan kami, pernah sekali dua keluar bersama anak2 juga. Tapi ada 1 hari tu, ada benda yang dia buat dan mengingatkan saya dengan kenangan silam saya tu. Saya terus jauhkan diri dari dia.

Tapi dia tanya baik2 apa salah dia, kenapa buat dia macam tu. Lepas saya luahkan semua, dia terangkan dari side dia pula. Dan dia kata lepasni akan cuba berubah ikut kemahuan saya.

Tapi dalam masa yang sama saya still rasa berbelah bahagi.

Satu hati saya berkata “untuk apa aku teruskan hubungan ni, belum tentu aku akan bahagia. Silap2 dah kahwin nanti perangai dia sama dengan bekas suami tu.

Sekarang ni hidup sendiri dengan anak2 dah bahagia kan tanpa perlu fikir kan orang lain, nanti kalau dah kahwin belum tentu akan bahagia”

Dan satu hati saya lagi berkata yang “dia ok, dia tak macam bekas suami. Teruskan je hubungan dengan dia, aku dah sayang dia dah dia dah sayang aku”

Saya jadi tak tau nak fikir macam mana. Tak berani nak ambil risiko yang kita tak tau akan bahagia atau derita. Sampai saya terfikir nak tanya siapa2 yang dah bercerai dan bernikah semulam, tapi segan pula, hehe.

Macam mana ya diorang yakin dengan bakal pasangan diorang tu untuk teruskan pernikahan tu. Ke saya seorang yang rasa macam ni.

Siapa2 yang ada pengalaman sama ada diri sendiri, atau dari orang terdekat ke, boleh bagi pandangan tak. Semestinya saya akan memohon petunjuk dari Allah juga.

Cuma kadang kita ni jenis suka dengar pendapat dan pengalaman orang lain hehe terima kasih semua.

– Wawa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Hai tt. Bagi saya jgn teruskan. Sbb tt bagi tahu dia ada buat something yg sama dgn bekas suami kan? Lps tu dia janji akan berubah? Jgn percaya. Teruskan je hidup dgn anak anak sehingga tt jumpa yg betul2 tt rasa yakin nak kembali berumah tangga. Ssh kan nak keluar dr perkhawinan dulu? So jgn ulangi lagi…selagi tak betul betul yakin dan sedia.

  2. Ala kesiannya laki tu.. Baru sekali tak sefahaman, terus nak reject.. Pendapat sy, sis taaruf lama sikit.. sambil tu uji dia, 2-3 perkara sama mcm ex-husband sis. Kalau sama je perangai, boleh la dump je beliau. I say, give it another chance.. Anda layak disayangi.

  3. xpyh la cari masalah, dh elok2 senang nk cari masalah.. kalau aku, mmg hidup aku cukup dh dgn anak2 n family.. sbb aku sendiri anak yatim, aku bersyukur gila mak aku x merenyam cari jantan.. dia bela aku dgn abg sempurna sampai lah skrg ni.. mind set mak aku “xde sape syg sgt anak aku, karang habis anak2 jd mangsa”.. mak aku janda umur 37.. anak dua masa tu, sorg 17 sorg baby (me).. xsure psl cinta to our late dad, tp mak aku mmg fikir hidup utk anak2 je lpstu.. dh la bapak aku xtinggal harta, mmg mak aku survive sendiri.. dh tua2 ni abang dgn aku manjakan balik mak aku.. nk jalan2 pun mudah, sbb mak sorg.. senang nk bawak, senang nk belanja.. klu ada ayah tiri, ke adik2 ke, fuhhhhhhhh.. pening ale..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *