Jam pukul 8:30 pagi, aku tergerak hati nak kongsi apa yang aku sedang alami.
Aku sebenarnya sedang dilanda konflik nak berhenti kerja atau tak, ada banyak faktor kenapa aku nak berhenti dan disebabkan inilah aku cuba mencari kerja yang halal melalui internet.
Dan aku berjaya jumpa pekerjaan lain tapi kena rajin lah.
Pertama sekali aku bukan nak promote produk aku tapi nak buka minda korang betapa luasnya rezeki Allah yang penting kena rajin, ada laptop dan internet.
1) Tulis Novel.
Siapa sangka tulis novel boleh buat duit, sebenarnya pekerjaan ini aku jumpa semasa aku sibuk baca novel secara online.
Mula mula aku minat membaca, lama kelamaan aku rasa kenapa aku tak tulis novel sendiri. Lagipun aku tengah sakit hati dengan plotline novel yang sikit-sikit menindas anak yatim dan kaum wanita.
Sebelum ini aku pernah buat confession di dalam IIUM Confession kesan baca novel China dan menceritakan sedikit sebanyak tentang budaya china melalui novel mereka.
Jadi aku tergerak nak buat novel yang ending dia berjaya lawan kekejaman villain/orang jahat.
Siapa sangka niat nak tulis novel ni akhirnya berjaya menjana pendapatan RM1,496.43 , padahal aku tulis gitu gitu je.
Cara aku jana pendapatan, kena ada akaun patreon atau mana-mana platform contoh buymeacoffee yang mudah untuk orang support kita. Sebab yang akan support adalah orang yang minat keluarkan duit untuk baca novel.
Aku pernah nampak satu akaun patreon dia tulis fanfiction je.
Tapi pendapatan dia lebih kurang 600-700 USD, giler babeng banyak. Kalau convert lebih kurang RM2700− RM3150.
Aku belum mampu nak tulis novel macam hilal asyraf dan dapat jual dengan sangat banyak, tapi kalau korang berminat nak tulis novel boleh ambil cerita berkaitan Bob dan Nita.
Tak tahu plot boleh tengok luahan isteri orang dalam IIUMC ni, boleh jadikan plot line novel korang.
2) Affiliate.
Wei affiliate ni aku buat beberapa hari je, share link dah dapat dalam RM 200. Tapi aku tak buat sangat sebab aku ada bisnes online, nanti impak daripada share affiliate orang tak percaya bisnes online aku.
Affiliate ni kau share link produk je, lepas itu platform tersebut akan kongsikan sedikit keuntungan mereka kepada anda, jika customer klik dan beli melalui link anda.
3) Bisnes Online.
Ni aku nak cerita aku buat bisnes online dan ini adalah penyebab kenapa aku kurang share affiliate.
Untuk berlaku adil aku tak ceritalah company apa aku sertai, cuma company ini dari 2010 sampai sekarang tak pernah gagal bayar komisen ahli.
Nak join bisnes yang berdasarkan komisen ini kena tengok produk apa mereka jual (produk keperluan ke), nak masuk perlukan loan tak (kalau kena loan bermaksud menipu je, mereka nak scam). Tak perlu buat loan ribu riban untuk sertai.
Kekuatan syarikat, contoh company aku sertai ini dah masuk tahun ke 14 dan setiap bulan tak pernah gagal bayar komisen ahli. Ok itu dalam bidang bisnes online based on komisen.
4) Jadi famous.
Maksudnya jadi youtuber atau tiktoker famous, ini bukan bidang aku tapi aku tengok ramai orang berjaya ubah diri selepas jadi tiktok famous, ramai orang nak bayar untuk buat iklan.
Paling susah nak naik adalah youtuber, aku tengok dalam berapa kerat je yang famous. Yang cepat naik adalah tiktoker.
Kesimpulan, nak berniaga, nak tulis novel pastikan semuanya dalam keredaan Allah, aku pernah tengok orang tulis novel tapi penuh dengan adult content. Ini haram namanya, kalau anda penulis hebat, tak perlu letak adult content pun orang akan beli.
Begitu juga dengan tiktok, jangan sebab nak jadi famous terus tanggal tudung, buat content bodoh tinggal solat, tinggal puasa.
Sebaiknya nak jadi famous, biar famous kita membawa kebaikan pada orang lain.
– Razak (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit