bagaimana nak memulakan bisnes?

Assalamualaikum.Terima kasih kerana sudi terima confession saya.
Pertama sekali, saya seorang pelajar lelaki berumur 20 tahun, belajar di sebuah universiti swasta dalam bidang kejuruteraan.
Apa yang saya ingin sampaikan bukanlah confession cuma saya nak tanya macamana nak memulakan bisnes sendiri ataupun nak buat side income? Ye saya tahu byk cara nak buat side income. Tapi…. ok dengar cerita saya dulu..Saya punya kawan sebaya sudah memiliki perniagaan sendiri (jual jubah) di samping belajar. Dan perniagaan dia maju. Saya bukanlah nak cemburu dengan perniagaan dia. Tetapi apa yang saya resahkan adalah tentang diri saya yang masih meminta wang poket dari ibu bapa.Duit pinjaman yang saya dapat ni pun cukup untuk bayar yuran. Belajar dekat universiti swasta ni bukannya murah. Mungkin ada suara2 sumbang yang cakap "kalau tak mampu janganlah masuk swasta". Tapi rezeki saya belajar dekat sini, jadi saya tak boleh nak menolak.
Saya pernah nak buat bisnes sendiri dulu, tapi tak menjadi. Bila pikir balik modal lagi besar dari duit untung huhu. Lepastu saya pernah terpikir nak bekerja di tesco or kedai2 tapi nk bekerja sambil belajar ni memang rumit. Kelas saya pon tak menentu, pagi petang malam. Takkan nak ponteng dah bayar yuran mahal2. Okay lagi, saya pernah jual barang online, (barang kecantikan dan kesihatan) tapi masalahnya kawan saya ramai lelaki dan saya kurang bergaul sangat dengan perempuan. So macam takdak customer. Saya pernah je post produk2 tu ke dalam group2 online bisnes, dan seperti biasa kurang mendapat sambutan :'(. So dulu saya rasa macam nak putus asa. Tapi bila pikir balik zaman sekarang semua perlukan duit. Jadi saya nak mulakan balik bisnes ni tak kira lah bisnes apa pun. Mungkin dari "0".Almaklumlah saya ni bukan ada background bisnes. Saya harap ada orang yang sudi mengajar saya tentang selok belok bisnes dan cara marketing yang berkesan mungkin :') Sebab saya rasa saya kurang arif dalam benda ni.Tak kisah lah tentang bisnes apa sekalipun jual baju, tudung, etc. (ASALKAN BUKAN MULTI LEVEL MARKETING (MLM)). Tujuan utamanya adalah sebab saya dah tak mahu menyusahkan parent dan mahu berdikari sendiri untuk hidup.Boleh juga jadi simpanan masa depan :)

Peace~

– Hamba Allah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

12 Comments

  1. Saya jual skincare. And tengah cari dropship ni. Tak perlu modal. Tips2 marketing saya sediakan. Tak salah lelaki jual product perempuan. Yg penting TARGET customer kita tu betul.

    Stalk la wall sy takpun whatsapp 013 942 5323

  2. Buat dropship. Cara dia macam mana? Search kat insta #dropshipagentneeded. Lepas tu kau stalk2 dulu produk dia search la sampai puas hati. Tengok harga bla bla bla… kau letak kau dlm keadaan pembeli. Lepas tu tengok komen yada2.. ATAU kalau kau dah tahu produk apa nak jual kau kecikkan skop kau. Lepas dah berkenan dengan supplier, approach la tanya available lagi tak nak jd agent dia. Lepas tu tanya syarat, bayaran (setengah org ambik bayaran setengah free) lepas tu dah boleh start promote. Jangan expect hari ni promote hari ni dpt customer. Tu je la tips untuk sekarang pengalaman setahun jagung. Huhuhuhu. Harap membantu

  3. Buat dropship, zero modal.untung tu insyallah pd usaha. Kalau jual brg dkat ig, blh masuk market seller lain. Bukan curi cust tp add potential cust (followers seller tu / user yg komen bertanya pasal product). Kalau dlm fb, rajin add org at least 10org setiap hari ke, and keep posting pasal product kita. Tak semestinya pos pasal nk jual product, just sharing pasal product, cthnye harini nk pergi pos brg cust ke etc. Rezeki Allah tu luas, cuba lah. sy cadangkan utk follow puan diana (dian pixy) juga for free tips marketing.
    Sy buat dropship paperbag di ig kahwinonline. utk events spt kenduri kawin/tunang/aqiqah.blh contact sy utk best price :-)

  4. Start dgn dropship untuk kumpul modal. Tapi kena rajin promote. Gunakan free marketing sebaiknya. Awal2 tu memang susah nak cari customer. Tapi bila dah berapa bulan insyaAllah ada rezeki masuk. Ramai je supplier yang buat system dropship. Goodluck ok. Btw saya dropshipper jgk. Bukan supplier

  5. feel free to wassap me… kita jumpa… borak2 kosong… saya bagi awak idea2 untuk dipertimbangkan…
    0169109894

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *