Aku fikir dua tiga kali jugak sebelum ni. aku sangat tak tahan dan tak ada sape nak jadi pendengar problem aku. aku pun rasa insecure nak story morry kat orang lain face to face, takut diorang sampaikan pulak,
.
Sejak aku masuk UIA beberapa tahun lepas, aku berubah ke arah kebaikan. aku rasa aman tenteram study kat sini. semuanya baik2 dan kurang sakitkan hati. aku ada kawan2 rapat kat sini and I love them so much. the thing is,
.
Kadang2 aku rasa tak nak kawan dengan kawan2 lama from sekolah aku sebab aku tak selesa. bila diorang ajak aku hang out kat mana2 town, konvoi majlis2, aku rasa nak tolak. tapi takkan aku selalu nak tolak pelawaan diorang dengan pelbagai alasan. tapi bila aku join, aku rasa tak selesa dan mesti ada hal2 menyakitkan hati aku akan berlaku. contoh, bila Z mencelah percakapan ok je, bila aku.. kena marah aku depan kawan2 lain. malulah aku. aku yang banyak kena, macam ajak aku seolah- olah aku tempat lepas geram. bila jalan, aku ditinggalkan ke belakang. diorang fikir perasaan diorang, perasaan aku tak fikir. Ok, bukan perasaan diorang pun!
.
Gaya hidup dan fesyen pun berbeza. Ideologi apatah lagi. bila diorang berborak, aku jadi good listener. itu belum dengar diorang maki hamun orang yang jadi bahan cerita. aku nasihat nanti, aku yang kena marah balik. atau aku ke yang polite sangat? aku nak sampuk, kadang2 macam tak dilayan. Kalau pergi majlis, fesyen aku kena kutuk. tadi sorang kawan aku ni cakap fesyen aku macam nak pergi PREP. that time aku pakai baju kurung nak pergi kenduri. so aku rasa not bad.
.
Diorang masukkan aku dalam group wassap. tapi bila aku menyampuk, diorang tak layan. aku left group nanti, diorang cakap apa pulak,
.
Bila aku reject perlawaan diorang lepak, diorang cakap aku sombong, tak ingat kawan. tapi bila aku ada, macam2 aku kena. aku tahan, aku sabar sampai habis perjumpaan.
.
So after this, apa aku kena buat bila diorang ajak aku lepak? patutkah aku lupakan kawan2 lama dan fokus pada kawan2 baru? help me, aku nak menangis dah ni.
– Bunkface