Bahagia Melalui Cara Yang Salah

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca.

Nama aku Haikal, of course bukan nama sebenar. Hehe. Aku berumur 32 tahun, sudah beristeri dan punyai anak seorang. Usia perkahwinan dah 7 tahun.

7 tahun. Ya bukan dalam masa yang singkat. Aku bekerja, isteri aku tak bagi bekerja duduk rumah uruskan anak dan rumahtangga.

Alhamdulillah cukup pendapatan untuk aku sara. Malah rasanya cukup dari orang lain. Serba serbi nak, insyaAllah dapat. Tapi seringkali aku makan hati.

Makan hati dengan layanan isteri, sering tinggikan suara pada aku, rasa seolah tiada hormat pada aku yang bergelar suami.

Bab masak, boleh kira dengan jari. Tiap kali balik kerja, makanan aku akan beli. Hari aku cuti, dapur pun turut bercuti.

Namun aku tak pernah kisah. Sebab aku percaya, rezeki itu ada dan melalui mereka jugak aku diberikan rezeki yang tak putus.

Cuma bab makan hati, aku pendam dalam-dalam. Aku cuba positif, aku cuba bersangka baik, aku telan, aku hadam.

Tiap kali adanya selisih faham, aku yang beralah. Aku yang minta maaf, aku yang pujuk. Segalanya aku sampaikan ada masanya aku rasa dah tawar hati. Rasa dah penat.

Sehingga lah aku kenal sorang perempuan ini. Kenal atas urusan kerja, tak pernah bersua muka. Dan status dia, ISTERI orang.

Entah macam mana, perkenalan itu berlanjutan sampai bukan lagi atas dasar kerja. Dah jadi peribadi. Aku namakan dia Elisa.

Elisa berumur 30 tahun. Dah berkahwin. Masih tiada anak walau dah hampir 5 tahun kahwin. Suami bekerja selalu diluar kawasan, jadi dia sering ditinggalkan sendirian.

Mungkin atas faktor ‘kesunyian’ itu, perkenalan kami itu atas dasar kerja dah jadi lebih dari itu. Timbul rasa sayang, rasa cinta, rasa rindu dan segala rasa yang ada dijiwa.

Kami pernah bertemu berdepan bersua muka. Kira cam dating lah. Share burger sebijik berdua. Atas faktor jarak kami yang jauh, hanya 2 kali kami bertemu.

Dengan dia, aku rasa bahagia. Rasa hati berbunga-bunga. Walaupun aku tahu hubungan tu salah. Bila aku tanya dia tentang apa yang dia rasa, ternyata sama seperti yang aku rasa.

Sehingga kan aku pernah terfikir, kalau dia single, mungkin dia dah aku jadikan isteri yang sah.

Kami pernah cuba berpisah, namun tak lama lepas tu kembali berhubung. Rasa macam tak boleh dah terpisah.

Sehingga kini, hubungan tu dah berlanjutan 7-8 bulan rasanya.

Aku sayang dia, walau aku tahu benda ni salah. Mungkin sebab godaan aku tewas, atau sebab dah tawar hati atas apa yang aku pendam, aku jadi begini.

Tak tahu sampai bila akan begini. sebab aku tahu benda ni takkan jadi seperti apa yang aku impikan sebab dia MILIK ORANG…

Nak kecam aku, aku sedia terima. Nak nasihat aku, aku cuba terima… Sekian.

– Haikal (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit