Kisah Silam Aku Siapa Nak Kisah

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama saya tak perlu lah saya beritahu. Hanya sekadar mengetahui kisah aku ini sudah memadai.

Alkisahnya kenapa aku nak bercerita di sini kerana pada waktu ini aku alami kegelisahan yang teruk sehingga aku dah tak mampu nak tengok mesej-mesej wasap yang masuk dalam notifikasi aku.

Lagipun banyak juga kerja aku banyak tinggal sewaktu aku praktikum ini. Aku nak mula membuat kerja tapi bermacam-macam pikiran yang datang kat kepala aku.

Ya, aku dalam sektor pendidikan ia lebih banyak membawa aku untuk mengimbau kembali zaman-zaman sewaktu aku bersekolah dulu. Zaman sekolah aku dahulu adalah zaman gelap aku yang boleh buat aku gila lagi-lagi aku yang ambil pendidikan.

Dahulu aku bersekolah rendah yang agak jauh sedikit dari tempat tinggal rumah aku sekeluarga dek kerana ibu bapa juga kerja jauh dari situ. Aku dahulu bersekolah di sekolah yang terletak di kampung ayah aku.

Setiap kali habis persekolahan waktu pagi, rumah tok nenek aku adalah transit sementara untuk aku bersiap ke sekolah agama pula.

Jadi aku hanya banyak berkawan yang berada di kampung tok nenek aku berbanding kawan-kawan di sekitar rumah aku. Kejiranan rumah aku pula tak banyak aku terserempak budak-budak yang sebaya aku.

Nak dijadikan cerita dahulu aku pernah trauma dengan satu kejadian. Masa tu aku tak ingat aku darjah berapa.

Suatu hari pernah ada rakan sekelas aku mintaku temankan dia ke tandas. Aku hanya ikut sahaja dan kami pun ke tandas. Tandas sekolah tu biasanya selak pintu bahagian dalam tak berfungsi jadi selak belah luar sahaja yang berguna.

Jadi kawan aku pun minta la aku kuncikan selak bahagian luar dan menunggu di depan pintu sementara tunggu dia habis selesaikan hajat.

Sedang aku menunggu dia aku pun mahu menunaikan hajat juga. Dah selesaikan hajat aku, akupun keluar dari tandas ke kelas aku semula tanpa aku ingat ada kawan kelas aku yang terkunci dari luar.

Tanpa aku sedari apa-apa, tiba-tiba semua orang jadi cemas dan mahu lihat apa yang berlaku di luar. Rupanya kawan aku terperangkap di dalam tandas dek kerana sifat pelupa aku.

Aku sungguh la cemas dan takut untuk dikecam. Kawan sekelas aku yang terperangkap di dalam tandas pula ada kakak dan ada juga aku dengar juga kakaknya marahkan aku sangat-sangat dan aku sungguhla takut masatu.

Sejak tu aku tak berapa nak mahu berkawan sesiapa kerana aku dah anggap diri aku ni sungguh jahat. Selepas kejadian itu, di rumah aku tak berhenti menangis di dalam bilik air semasa mahu mandi petang. Sejak itu macam-macam suara negatif yang singgah dalam pikiran aku.

Macam-macam suara dan perkataan yang aku pernah dengar dan tak pernah aku dengar. Suara itu makin lama makin hingar, penuh dengan cacian makian yang dibuat-buat oleh minda aku sendiri.

Dan lama jugala aku di dalam bilik air, berapa kali aku asyik buka paip shower untuk basuh muka aku.

Dari kejadian itula aku dah tak ada konfiden nak berkawan sesiapa atau nak bersosial. Kalau cikgu mahu minta buat kerja berpasangan, aku tak tahu nak pilih siapa sebab aku takut aku akan buat hal dengan dia.

Jadi aku biarkan saja sesiap yang memilih pasangan kerja mereka di dalam kelas dan biarlah aku yang terakhir untuk dipilih.

Tak lebih dari itu, aku pernah sakan mengamuk dengan sepupu aku. Aku tak ingat apa jadi cuma hingga kini sepupu aku sudah jadi cucu kesayangan nenek aku.

Nenek aku sering bandingkan aku dengan cucu kesayangan dia kerana lebih dari aku. Sepupu aku tu tinggal di bandar, lawa, boleh dikatakan tinggaldi rumah yang agak besar, pandai, dan macam-macam lagi.

Kalau aku bersembang dengan nenek aku banyak nenek aku bercerita tentang sepupu aku. Kalau hari jadi sepupu aku atau khatam alquran, nenek la yang paling bersemangat nak siapkan macam2. Ibu aku pula terasa hati hati dengan sikap ibu mertuanya.

Kejadian yang aku rasa aku menyampah sekali kalau aku bersama dengan nenek aku sewaktu menghadiri kenduri kahwin di kampung ayah aku. Masa itu ada juga cucu kesayangan dia.

Semasa nak masuk ke pintu gerbang masuk kenduri, mestila ada yang membantu pelawa dan beri berkat kenduri.

Dan nak dijadikan cerita ada sorang makcik tanya kat nenek aku siapa aku sebb makcik tu hanya kenal makcik sedara aku dengan sepupu sahaja. Yela time tu yang datang hanya nenek aku, sepupu aku dan aku sahaja yang datang kenduri tu.

Dan selambanya la nenek aku jawab sambil jawab “oo yang ni bukan anak ____. Anak _____ lagi lawa” memang kecik hati aku, terus aku rasa low confident nak bergaul dengan sesiapa. Mak aku juga sering meluahkan apa yang dia tak puas hati dengan nenek aku.

Kalau nenek aku tanya apa keputusan periksa ke apa2, memang ayah aku tak akan sebut berapa A sebaliknya hanya jawab alhamdulillah lulus. Tapi apakan daya aku makin lama makin rasa dah tak de sapa sayang aku. Aku lahir-lahir penih dengan suasana toksik bagi aku.

Lama-lama aku takde keyakinan nak tempuh hidup kanak-kanak. Aku dulu selalu sahaja termenung kenapa kanak-kanak lain rasa gembira dan mudah diterima dalam masyarakat sedangkan diri aku yang wujud tak ada orang sedar. Aku rasa macam tak boleh terima diri ini.

Memang dari kecik aku selalu ada su1c1dal thoughts banyak. Kalau aku kena marah, tampar, pukul dengan mak ayah aku, aku akan diam dan menunjukkan wajah geram aku sahaja pada mak ayah aku lalu aku kurungkan diri aku di dalam bilik.

Aku banyak kali juga nangis seorang diri. Aku ni dahla anak sulung perempuan.

Cucu sulung pula. Dan aku selalu tanya diri aku kenapa Tuhan nak ciptakan aku dengan takdirkan aku dengan sekeliling yang begini, dengan personaliti aku yang begini. Kenapa yang lain dapat rasa bahagia dengan kawan-kawan dan ada macam2 memori manis waktu sekolah.

Dan perkara itu berlarutan sampailah sekarang. Dan aku juga pernah terfikir kenapa aku tidak seperti orang lain. Aku ni lah kanak-kanak paling pelik yang pernah hidup dalam dunia ni.

Kalau di sekolah menengah pula aku, aku bukan seperti kawan-kawan aku yang lain. Aku tak tahula apa aku expect time sekolah menengah ni.

Masa sekolah rendah dulu, penat dengan macam-macam dugaan, aku expect nanti bila masuk sekolah menengah aku boleh punya kawan-kawan yang baik dan boleh cipta memori di sana.

Tapi sebaliknya, semuanya angan-angan. Aku langsung takde konfiden nak berkawan-kawan sesiapa. Dan aku adalah lone ranger. Itulah gerangan yang popular time sekolah dulu. Bila aku lone ranger ni, kalau aku sedih, aku geram, aku pendam sorang-sorang.

Aku ingat dulu kena bash malam-malam dengan senior dalam dorm aku sebab basuh tilam aku yang ada darah tak bersih. Time tu aku bru nak belajar cara cuci tilam tu. Dan aku juga pernah la bertanya-tanya dahulu dengan senior bagaimana nak buat sebelum tu.

Tapi tanpa disangka, aku ingat lepas alu cuci tilam aku tu bersih sangat, rupa-rupanya makin teruk. Masa tu katil aku atas katil senior.

Bila senior tu perasan katil aku tu, dia pun mula-mula jaja cerita tentang aku, masa tu aku dengar juga dari kawan aku. Kawan aku pun cerita senior-senior banyak membawang pasal tilam aku tu.

Macam la aku tak bertanggungjawab sangat masa tu. Aku masa tu geram juga dengan senior, jenis tak nak tutup aib orang kadang-kadang.

Kenapa la senior tu tak talk slow talk ke apa dulu tahu-tahu aku dah kena marah-marah dengan akak dorm malam tu. Betapa peritnya la hati aku, aku ni dah la lone ranger, tak berkawan dengan orang kat sekolah, tahu-tahu kena marah depan-depan ahli dorm.

Betapa aku sedih masa tu, aku cuba nak tahan nangis memang tak tahan la. Last-last kena bash tu ada sorang akak jela yang aku rasa memahami, pelawa diri dia untuk tenangkan aku..

Ye, aku sungguh malu masatu, sumpah malu, marah-marah pulak depan junior-junior, batch aku sendiri tapi mujur dalam dorm. Esok pagi aku tak tahu la apa aku rasa sebenarnya.

Aku juga terima kecaman teruk dek kerana ada orang perasan aku mengutuk sesorang dalam artblock aku.

Biasanya orang akan lihat aku yang aku ni sering bawa artblock mana-mana sahaja untuk aku lukis atau conteng. Tapi kadang-kadang aku sering luahkan perasaan aku yang negatif dalam tu, dan aku jarang sekali kongsi artblock aku tu.

Aku pernah kutuk seseorang tu sebab aku tak suka perangainya. Dan ada satu hari ada orang curi2 tengok artblock aku. Mula lah aku kena kecam.

Sejak itu, aku dah tak bergaul dengan kawan-kawan sekolah aku. Apa aktiviti pun aku tak masuk sebab tak tahu nak bergaul mcam mana dek kerana diri aku juga.

Aku juga terima surat layang. surat layang bukan nak ugut aku, tapi surat itu seperti dia mahu aku jadi adik angkat dia. Dan aku agak takut masa tu sebab kenapa harus aku terima surat layang ni?

Aku mula lah berpikir mesti ada agenda kenapa nak bagi surat begitu. Aku buat tak endah surat pada masa yang sama aku sangsi dengan orang sekeliling aku.

Dan aku nak cerita banyak lagi. Makin banyak aku cerita ni buat aku anxi3ty. Anxi3ty aku, aku tak pernah rujuk mana-mana pakar. Setakat ni aku berjaya juga rujuk unit kaunseling, tapi unit kauseling nasihatkan aku untuk tidak pergi ke klinik pakar sakit jiwa dahulu.

Tapi pernah untuk kali terakhir aku jumpa kaunselor di pusat pengajian aku kerana aku makin kerap menangis, resah, murung. Dan aku sebenarnya penat dengan semua ini.

Aku sebenarnya sudah ada surat kebenaran untuk jumpa doktor pakar sakit jiwa oleh unit kaunseling tapi malangnya ayah aku dah jumpa dahulu surat itu dan tak taahu mana pergi.

Aku sedih sangat lagi mngenangkan surat tu sebab aku nak rawatan. Aku rasa seperti aku korbankan diri aku untuk benda yang aku tak pernah rela.

Tapi pada masa yang sama aku rasa amat berdosa untuk rasa seperti ini. Seperti aku mahu menentang takdir hidup aku yang Tuhan aturkan. Tapi aku amat tertekan dengan diri aku, apatah lagi hidup aku. Makin lama aku susah kawal emosi aku.

Dan aku rasa penat. Aku nak rehat dari segala perasaan ini. Aku nak mahu jadi normal,

– Tak perlu tahu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit