Bahana Kerja Dengan Ipar

Salam semua, terima kasih admin siarkan pos saya. Saya Fia umur awal 30an. Saya nak cerita tanpa perlu mukadimah apa-apa. Tapi lebih nak meluahkan apa yang terpendam.

Jujur saya tahu akan ramai kata saya ni tak bijak padahal boleh keluar dari situasi ni. Tapi saya pun dilemma sebenarnya.

Saya kerja di bahagian professional. Jawatan dirahsiakan sebab senang sangat nanti orang tahu. Hahaha.

Selama ni saya kerja di bahagian kerajaan. Kemudian saya berhenti kerana PJJ dengan suami dan masuk ke sektor swasta.

Kerja di company pertama okay. Boss baik, rakan kerja semua baik. Cuma bahagian management atasan yang tak best.

Tak nak dengar luahan orang bawahan. Asyik kita je kena bergadai masa dan tenaga tanpa fikirkan kita ada tanggungjawab lain. Lama lama saya pun tawar hati nak kerja.

Nak dijadikan cerita.. Kakak ipar ada company dan ada kekosongan bidang pekerjaan saya. Company kakak ipar takdelah besar. Tapi bagi saya okay.

Saya dah dengar cerita mengenai company dia sejak awal perkahwinan. Suami pun tolong kakak ipar manage company. Jadi saya tahu serba sedikit sahaja.

Pada awalnya mak saya memang tak setuju sebab cuti dan benefit company kecil ni kurang,

Tapi sebab jarak tempat kerja lebih dekat sebab sebelum ni saya ke tempat kerja 1 jam 1/2 satu hala. Sekarang 15 mins je sampai office dan saya pujuk mak saya. Akhirnya mak saya akur.

Disini bermulalah satu persatu keburukan kerja dengan dia terbongkar. KEBAJIKAN PEKERJA TAK DIENDAHKAN.

Saya sudah bekerja nak masuk 5 bulan, tiada sebarang hitam putih/offer letter diberikan. Sangat redflag ya. Even keluarga, kalau apa apa jadi saya tiada bukti untuk defense diri sendiri.

Pernah tanya suami, dia pun tak tahu nak bagi offer letter macam mana. Apa benefit saya dapat semua.

Saya ni jenis lurus la senang cerita, kat situ boleh tahu cuti, kwsp, benefits apa semua kan. Hitam putih semua. Tapi saya tak dapat sehingga ke hari ini. Cuti tahunan asalnya dia nak beri 8 hari sahaja.

Lepas saya kata tak logik ya 8 hari. Dia ingat kita ni hamba ke dengan gaji yang tak setanding dengan company lain, kemudian dia jadikan 12 hari.

Dulu company lama bagi 18 hari dan setiap public holiday cuti. Tapi kakak ipar ada 11 hari public holiday saja cuti. Christmas, wesak etc saya perlu kerja.

KWSP TAK DIBAYAR. Ya, dia tak bayar kwsp saya.

Pada awalnya dia kata lepas probation. Masalahnya offer letter takde, tetiba ada probation. Laka laka je laa perempuan ni. Saya sabar dan akur. Walhal masa probation saya rasa kwsp masih perlu dibayar.

Kemudian dah nak habis probation saya bagi acc kwsp details. Tapi masih dia tak bayar ye.

Saya jadi emo lagi sebab saya nak buat loan kereta. Sis takde kereta wak dari awal kerja. Pakai kereta suami. Suami kerja naik motor je.

Jadi saya rasa saya perlu ada kereta. Kang kena tinggal ke apa, saya ni takde pape tinggal.

Hahaha pastu semua bank reject loan application sebab offer letter takde, slip gaji pun macam takde pape. Ye la macam umpama saya ni takde simpanan la kan.

Selepas beberapa kali saya mengadu dan menangis dengan suami saya. Akhirnya baru kakak ipar saya bayar.

Dah bayaran tak sama dengan gaji saya. Gaji saya 4500 tapi kwsp dibayar mengikut gaji 3500 atas alasan nak elak cukai company.

Ni memang penindasan level firaun weh saya rasa. Fuhhh kesabaran memang dah senipis rambut. Takde maaf or nak bayar balik yaa amaun yang dia tak bayar selama ni juga. Adoii nape laa ek ada manusia macam ini.

Kemudian, selalu push thru husband suruh saya kejar sales. Okay maybe ni salah saya, tapi saya dah tak semangat dah nak kerja.

Lepastu, push push saya buat tiktok video nak clients nampak. Kita dah tua wak nak buat tiktok video ni. Alahai, aku emo.

Kakak ipar sendiri tak nak buat video pulak. Atas alasan malu, pekerja lain pun tak disuruh. Boleh je kan saya ignore bila dia suruh buat video sebab offer letter ke apa takde. Dan ini bukan jobscope saya pun.

SOCSO TAK PERNAH BUAT. Company dah nak 8 tahun. Masih tak buat account socso. Atas alasan remeh dan tak tahu.

Sebaiklah pekerja sebelum sebelum ni tak mengadu. Takde ke eh pekerja dia yang lain bijak sikit. Saya cakap kat suami saya sikit lagi je nak pergi pejabat buruh. Suami suruh saya sabar.

Saya memang banyak dah mengadu kat suami. Saya tahu suami pun tersepit. Saya kerja dengan kakak ipar sebab saya dapat kerja weekdays sahaja. Company lain maybe saya terpaksa kerja masa weekends juga.

Itu je lah nak cerita. Saya pun dah stress dengan saya ada anak baby lagi. Susu badan saya drop. Saya rasa takde org faham situasi saya.

Sekarang saya start buat side income dengan menjual sikit sikit. Doakan rezeki saya luas dengan benda lain. Saya tak tahan dan nak berhenti kerja je sekarang. Tapi hutang loan belajar banyak lagi nak kena bayar.

Terima kasih semua..

– Fia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *