Bakal suami tidak dijumpai

Masa sekolah dulu, tak pernah bercinta. Sebab ayah kata kalau dapat tahu saya bercinta, ayah nak berhentikan sekolah. Segan nanti orang tanya 'kenapa ayah kau suruh kau berhenti sekolah', takkan nak cakap 'sebab aku bercinta'. Sudahnya, sampai tingkatan 5 tak pernah bercinta.

Tak apa. Nanti cari jodoh masa kat universiti. Pujuk hati sendiri. Waktu kat universiti pulak, tengok kawan sendiri bila mula bercinta je dah jadi orang lain atau buat perkara terlarang. Jadi trauma pula nak bercinta. Takut-takut nanti jadi orang lain. Takut nanti buat perkara yang selama ni kita tak suka tengok orang bercintan-cintun buat. Takut nanti kita langgar prinsip yang kita pegang. Akhirnya, selepas belajar 6 tahun kat universiti pun masih tak jumpa jodoh.

Tak apa, nanti waktu kerja boleh cari bakal suami. Bila dah kerja pula, semua kat tempat kerja dah berpunya pula.

Kawan bagi idea, sertai portal cari jodoh. Bila dah sertai, mungkin lelaki tengok kerja sebagai jurutera, tak ada orang nak kenal. Betul ke lelaki tengok pekerjaan untuk dijadikan isteri?

Saya merancang untuk berkahwin dan bercinta selepas nikah pada tahun hadapan, tapi bakal suami masih tak dijumpai. Jadi, bagaimana ya saya nak menjumpai bakal suami saya?

– -hannah

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *