Bantu Saya (Kewangan)

Hi semua, Selamat Hari Raya. Aku 30 tahun, single, berkerja dan tinggal di ibu kota KL bersama ibubapa. Gaji aku RM2400, kerja 6 hari seminggu.

Bulanan: Bayar kereta RM600 (Myvi), bil api bil air RM200, minyak kereta RM100, kutu RM400 (buat bayar roadtax + insurans hampir RM2k + travel sendiri), parents RM400, PTPTN RM200, barang dapur RM200.

Mampu masukkan ke tabung MAE RM100 dan kalau ada bulan tak cukup duit, tabung tu habis terguna dan terpaksa start balik dari kosong.

Dulu masa belajar gila travel 3 kali setahun (sanggup tak makan simpan duit). Kebanyakkannya dalam negeri, luar negeri 3 tahun sekali.

Sejak beli kereta dah kurangkan jadi 2 kali setahun dan sekarang nak cuba lagi jadikan sekali setahun.

Aku jenis yang kalau tak travel, aku akan rasa serabut dan bila bekerja rasa tak semangat sebab “there’s nothing to look forward to”.

Bunyinya macam berlagak, tapi tu la, nanti aku jadi zombie pergi kerja. Entahla, susah nak cakap.

Keluarga aku bukan senang, kecik kecik dulu aku tak pernah berjalan. Aku ada cita cita, nak bawa keluarga pergi travel juga (ayah, mak, adik).

Aku berjaya bawa sekali, dalam negeri. Pakai duit bonus tahun 2019 (spend almost 3k all in termasuk flight ticket). Itu la satu satunya masanya family aku naik flight seumur hidup diorang.

Aku nak bawa lagi, tapi dah asyik tunda dari tahun 2022 sampai sekarang (almost 2 years) sebab kumpul je habis aku guna dulu. Nak travel satu kepala dengan nak kumpul bajet 4 kepala sangatlah susah.

Kadang kadang rasa bersalah, aku mampu pergi, family aku tak. Family aku suka makan seafood, rasa macam nak bawa pergi sabah. Banyak pakai duit tu.

Kesimpulannya, aku tiada saving pada umur macam ni. Ada harta pun kereta dimana bukan jaminan hidup. Tiada insurans ke medical card atau apa apa.

Bila fikir balik, habisla kalau apa apa jadi, aku akan jatuh ke lubang paling dalam tanpa backup.

Boleh aku minta cadangan? Macam mana untuk aku saving untuk masa depan aku, untuk masa masa emergency aku, dan untuk aku bawa family travel untuk kali ke dua juga?

Aku ada baca baca pasal ASNB/TH semua tu tapi aku taktahu nak mula dari mana.

Dengan umur aku sekarang, sekarang baru aku nak gelabah.

Boleh nak kutuk aku tapi tolong bagi cadangan juga disamping mengutuk atleast kau membantu. Please help me.

– Orang KL (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Kna cari2 dh bisnes2 something cth jual kuih ke jual buah ke.. atau krja part time mcm grab or jual insurans.. tu je cara.. atau cari laki kayo rayo.. hahaha

  2. Hi sis.

    Bagi pendapat sis la kan, u main kutu tu RM 400/months ke?

    Kalau i simpan duit untuk roadtax + insurance = RM100/months start dari bulan u dah bayar untuk tahun 2023. Example roadtax u mati bulan May’2023, then start saving RM100 on June’2023 until May’2024. Then, u ambil la insurance yg murah. I pon Myvi user but i punya tak smpai pi. 2K per year. So kena bijak pilih agent yg bagus+murah.

    Then untuk parents cuba kurangkan for me as u duduk bersama. Seems like everything dkt rumah u bayar. So RM300 @ RM 250/ months should be enough. For me la. Nk lebih pon up to u. 😅

    Then instead u saving dekat MAE without any benefit pon, why dont u invest. Sekurangnya dpt pulangan. MAE ada provide untuk tabung kan. So create tabung RM 50 or Even RM 20 per months should be okay till u reach ur target. Since u suka travel, create tabung berapa u nak saving until target u fulfill.

    Ni cara i berjimat + saving. Tak tau membantu.or not. Pape pon ukur baju di badan sendiri. Beli brg yg perlu sahaja. Bukan belanja ikut nafsu. See ya.

  3. duit kutu rm400, road tax bila expired? buat macam saya, walaupon sikit, tapi tetap dapat dividen..
    400 tu.. masukkan dalam tabung haji atau asb… macam saya, road tax expired bulan ogos..
    so, menabung je dalam tabung haji dan asb… settle problem.. at least duit tu kita yang urus sendiri , lebih lagi nak guna time emergency, boleh withdraw.. tapi kena disiplinkan diri .

    lepastu, ni benda paling penting.. jangan terjebak dengan MLM dan personal loan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *