Susah Turun Berat Badan Dan Insulin Resistance

Seperti tajuk, anda semua tahu mungkin saya nak menulis berkenaan gemuk/obesiti.

Selalunya bila kita gemuk, semakin gemuk ramai yang akan cakap kita malas bersenam, makan banyak, tak jaga makan.

Tapi sebaliknya berlaku kepada saya.

Untuk pengenalan, saya sudah 4 kali menjadi gemuk semula, 3 kali berjaya menurunkan berat badan.

Penurunan bukan angka yang sedikit. Pernah turun 30kg, 40kg dan 20kg.

Saya sendiri tak suka jadi gemuk.

Masa kecil dan di universiti, saya akui tak jaga makan. Makan banyak. Jadi saya boleh terima kenapa saya jadi gemuk sehingga 100kg+.

Selepas itu, saya berjaya menurunkan berat badan 40kg dengan senaman dan jaga makan (Kalori defisit, jaga portion).

Kali ke-3 saya gemuk kerana saya tertekan bercerai. Tak bersenam, makan agak tak jaga. Jadi saya boleh terima. Tapi naik pun tidaklah terlalu banyak seperti yang sekarang.

Saya berjaya maintain berat dan saiz selama beberapa tahun. Walaupun ketika mengandung saya masih jaga makan dan bersenam. Berat pun tak naik banyak dan tak kena gdm. Selepas bersalin masih jaga makan dan bersenam. Berat saya maintain.

Berat saya naik mendadak selepas wean-off menyusu anak. Naik dengan mendadak. Contohnya minggu ni saya masih boleh pakai seluar tu, minggu depan dah tak boleh pakai langsung.

Bila saya perasan perkara ni, saya semakin jaga makan. Kira semula kalori, saya semakin strict jaga portion makanan, jenis makanan dan semakin banyak senaman.

Senaman pula, bukan setakat home workout. Selepas tamat pkp saya mulakan semula larian jarak jauh. Setiap hari saya running 5km dan hujung minggu saya akan berlari jarak jauh 10-12km.

Saya juga berlari half-marathon 21km. Saya hiking bukit. Pada masa yang sama saya tetap jaga makan seperti biasa. Ambil air manis pun jika berlari. Hari biasa yang tiada larian, saya hanya ambil nescafe (sekadar manis buah bancuh sendiri) 1/2 cawan.

Kuantiti nasi saya suku pinggan. Saya amalkan suku-suku separuh.

Makanan tinggi kalori dan makanan viral saya tak makan. Saya bukan sejenis food hunter dan tak suka aktiviti makan-makan.

Selepas 3 tahun, berat saya naik 20kg. Dari 70kg kepada 90kg. Dan saya masih berlari jarak jauh.

Bagi saya, keadaan ini sangat tidak sihat. Saya buntu. Saya tak tahu kenapa jadi begini? Sakit apakah ini?

Tengok runners lain makin lama makin kurus. Tak jaga makan pun. Tengok group diet lain tak bersenam pun berat turun. Tapi saya pula naik 20kg.

Ramai yang tidak percaya apa yang saya lalui. Orang yang tak kenal akan tuduh saya tak jaga makan dan makan banyak. Ada juga orang cakap kena buat weight training.

Saya cuba masuk gym buat latihan bebanan. Juga tidak berhasil.

Kemuncaknya apabila saya melihat gambar sendiri melalui kamera orang lain. Badan saya terlalu besar dan hodoh sekali. Saya rasa, saya perlu buat sesuatu.

Saya buat full blood test. Result HBA1C saya normal, kolestrol, triglucerides normal, LDL rendah, HDL tinggi, semuanya normal. Jadi apa masalahnya?. Sihat kan?

Saya pergi ke Klinik Kesihatan pula nak minta buat investigation kenapa berat naik. Saya minta buat thyroid test. Tapi pengalaman di KK ni lah buatkan saya rasa semakin putus asa. Penat saya bergaduh dengan doktor.

Saya tunjuk semua bukti yang saya bersenam lebih 150minit seminggu. Doktor tak percaya. Saya juga beritahu cara makan saya tapi doktor tuduh saya diet salah.

Saya sampai cakap kat dokto,r “Doktor nak suruh saya makan nasi sebutir sahaja ke?.. Doktor nak suruh saya bersenam 24jam setiap hari ke?”.

Disebabkan terlalu tertekan dengan pergaduhan dengan doktor kk, saya pergi buat test thyroid di klinik swasta. Sebab saya suspect mungkin saya masalah hypothyriod. Dan sekali lagi result saya normal.

Doktor klinik swasta ada cakap kemungkinan kes saya ni masalah hormon. Tapi tak tahu hormon apa. Dia cadangkan ambil ubat cucuk Saxenda.

Memang berkesan tapi masalahnya sangat mahal. RM250 untuk 1 dose. Perlu suntik 2 minggu sekali selama beberapa bulan. Saya tak mampu.

Kes saya bergaduh dengan doktor kk tu, saya ada update di fb sebab saya terlalu marah, kecewa dan sedih.

Entahlah asal gemuk je ingat makan banyak. Asal gemuk je cakap tak cukup bersenam. Doktor pun tak percaya. Kat mana lagi yang saya boleh minta bantuan? Ingat boleh la dapatkan servis klinik kerajaan.

Beberapa bulan selepas itu, saya ingat lagi awal Januari.. Tiba-tiba seorang doktor wasap saya. Saya dan doktor ni friendlist di fb.

Doktor tersebut juga rajin wasap saya sebelum ini semasa anak saya warded. Katanya kawan dia dah jadi pakar dan specialist in healthy lifestyle. Ramai patients berjaya turunkan berat badan.

Masalah saya ni mungkin ada makanan yang tak sesuai dimakan dan bila makan boleh sebabkan saya jadi gemuk.

Doktor dah berbincang dengan kawannya dan mereka setuju bantu saya secara percuma kerana dia lihat saya sejenis bermotivasi.

Mereka ini doktor kerajaan juga. Tetapi bukan KKM. Mereka doktor ATM.

Alhamdulillah doktor pakar tersebut juga sudi bantu saya.

Pada mulanya doktor minta saya hantar gambar makanan setiap kali saya makan.

Keesokkan harinya doktor call saya dan buat history taking (call sebab saya di utara, doktor di KL).

Doktor cakap saya makan terlalu sedikit. Bukan banyak yer. Dah la berat 90kg, bersenam lagi. Makanan sedikit. Tak cukup pun keperluan kalori saya.

Doktor suspect saya mempunyai masalah hormon insulin dan masalah ini dah lama dari zaman belia remaja tetapi tidak dirawat.

Jadi sekarang semakin teruk sehingga berat badan naik tak turun langsung.

Doktor juga cakap berat saya mudah sangat naik dan sekali naik mesti cepat dan banyak. Orang normal tidak begitu. Saya ni seperti “ambil bau makanan je pun dah gemuk”.. Gituuu

Doktor minta saya buat ujian darah Serum Fasting Insulin dan Vitamin D.

Hasilnya, tepat sekali. Bacaan insulin saya 12.85. Bacaan insulin yang normal adalah 6.

Jadi sekarang doktor tukar diet dan rutin senaman saya.

Saya kena buang terus gula dari kehidupan saya. Tak boleh langsung air manis, apa sahaja makanan yang ada gula. Makanan berasaskan tepung tak boleh. Roti tak boleh. Nasi jika mahu sedikit sahaja mungkin sesudu dua.

Yang penting makan lauk protien dan sayur banyak² sehingga kenyang betul. Kekerapan makan sehari hanya 1-3 kali sahaja. Jangan makan kerap² sebab setiap kali makan akan buatkan hormon insulin keluar.

Selain itu saya perlu jaga kualiti tidur dan stress. Perlu tidur melebihi 7 jam setiap hari/malam. Elakkan stress termasuklah elakkan senaman yang teruk.

Doktor tak izinkan masuk gym dan tak boleh lagi larian jarak jauh. Berhenti daftar event larian. Jika nak bersenam, cukup briskwalk atau sekadar 3km sahaja. Bila bersenam teruk, badan jadi stress, hormon cortisol meningkat dan menyebabkan lemak lebih susah nak burn.

Saya perlu hantar gambar makanan setiap hari kepada doktor selama 2 bulan. Doktor juga ada consult saya beberapa supplement untuk masalah kekurangan Vitamin D dan magnesium. Ni semua hasil dari blood test juga.

Saya buat semua yang dinasihatkan doktor. Saya dah buang terus gula dari hidup. Stevia dan pemanis tiruan tak digalakkan. Jadi saya minum teh tawar, kopi pahit. Asalkan jangan ada gula.

Permulaan diet ni memang agak sengsara. Seminggu saya lembik lemau macam sasau pun ada. Hahaha. Tapi hari² doktor wasap dan pantau. Saya pun rasa lebih selamat dan yakin.

Hari ini sudah 3 bulab lebih saya hidup tanpa gula dan sangat limit carbo. Alhamdulillah masih hidup dan sihat.

Selepas 2 bulan, doktor suruh saya guna alat Glucose Continuous Monitor (GCM) selama 2 minggu. Kali ni diet berubah sedikit. Apa sahaja makanan yang naikkan bacaan guna lebih 2 unit, 1 jam selepas makan.. Maksudnya saya tak boleh makan makanan tu.

Kalau sebelum ni minum susu low-fat, fresh milik pun tak boleh. Tapi sekarang dah boleh sebab saya minum susu tak naik bacaan gula. Alat ni agak mahal. Tetapi doktor bantu beli dengan harga separuh dari harga asal.

Berat saya dah turun lebih 10kg. Doktor pun teruja kerana dalam keadaan hormon insulin tinggi pun saya mampu turun sebanyak itu.

Diet yang doktor ajar ini bukan sekadar untuk turunkan berat sahaja, tetapi ini juga cara merawat hormon insulin tinggi.

Jika tak rawat masalah ni, saya masuk gym buatlah macam mana pun takkan berjaya bina otot.

Doktor pun cakap pada saya, “Selalunya orang rajin bersenam akan ada muscle, tapi awak sebaliknya”. Nak tak nak, saya terpaksa juga ikut diet yang ketat ni.

Mungkin ada cara rawatan lain juga. Tetapi untuk saya memandangkan seorang yang bermotivasi dan berdisiplin, cara merawat dengan diet lebih sesuai.

Harapnya saya berjaya capai BMI normal semula.

Penat sangat dah 4 kali gemuk. Gemuk yang saya sendiri tak tahu lemak tu mai kot mana.haha

Diharap masyarakat hentikan body shamming. Bukan semua orang gemuk disebabkan makan banyak dan malas bersenam.

Saya sendiri sangat tertekan dengan keadaan ini. Rasa malu sangat. Hari-hari berlari tapi makin gemuk.

Mak dan adik saya pun perasan akan kenaikan berat badan saya.

Orang luar seperti biasa menuduh tak jaga makan, tak cukup bersenam walaupun mereka pun tengok kat aktiviti saya setiap hari di media sosial.

Syukur sangat ada juga doktor yang memahami apa yang saya lalui selama ini. Sangat berterima kasih kepada 2 orang doktor ini. Jika tidak, sampai sekarang saya tak tahu kenapa saya mudah gemuk dan sampai bila-bilalah saya akan obes. Mungkin obes sehingga ke akhir hayat.

Untuk pejuang-pejuang menentang obesiti, teruskan usaha anda.

– Puan Gemuk (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Sy nk tanya sy pengamal stevia tp knp doktor2 awk x sarankn stevia utk diet ye.. bukankah stevia 0 kalori, mohon penjelasan..

    • Sy pernah join sejenid diet dulu, coach tu ckp pemanis tiruan still akan buat badan craving rasa manis tu, kita ada risiko untuk kembali kepada tabiat asal dan ada side2 effect yang lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *