Bapa Mertuaku

Assalamualaikum kepada semua pembaca. Terima kasih kerana menyiarkan luahan aku ni. Problem aku taklah besar, cuma kadang² terasa bingung dan keliru.

Aku dan isteri tinggal di rumah mentua aku sementara tunggu rumah yang kami beli tu siap. Ada juga aku mengajaknya pindah keluar tapi ayahnya menghalang, katanya simpan duit tu untuk belanja. Ada juga adik² dia yang lain tinggal sebumbung.

Kehidupan kami tidaklah kritikal dan tiada pergaduhan. Semuanya ok. Isteri aku rapat dengan ayahnya. Sebelum kahwin memang selalu bawa ayahnya kemana-mana.

Mak mertuaku lebih suka duduk di rumah. Pak mertua aku pun jenis kaki jalan, takde orang yang sanggup nak layan kecuali isteriku.

Tapi selepas berkahwin, keadaannya masih sama, bezanya tambah aku sorang lagi. Kami selalu keluar bertiga. Pak mertua aku ni layan aku baik. Cuma ada beberapa perkara yang membuatkan aku rasa tak selesa:

1. Suka ajak makan di tempat jauh. Ibarat pepatah yang aku reka sendiri, “pergi lapar balik pun lapar”. Sekali sekala memang aku ok je tapi kalau seminggu 3-4 kali?

Jauhnya tu boleh dikatakan 40 minit perjalanan tanpa jem. Kalau jem blh jadi sampai 2 jam. Biarpun jauh macam tu dia akan cakap dekat je. Banyak je kedai yang dekat, tapi dia nak yang jauh.

Paling best ada satu weekend tu dia ajak kami minum, so bila naik kereta dia cakap sedap juga kalau dapat makan mee sup kat RNR tapah. Lebih kurang 2 jam lebih perjalanan. Bingung aku.

Tambah best sampai je kat situ dia tersedar tidur, dia cakap kan tak jauh mana. Kejap je rasa.

2. Selalu berdrama. Selalunya kami akan cuba sedaya upaya untuk memenuhi hasrat dia. Tapi adakalanya kami ada hal lain.

Sekiranya terjadi macam ni dia takkan makan. Mogok lapar la kiranya. Dan dia akan duduk tengok tv sampai lewat malam atau sehingga kami sampai rumah.

Bila isteriku tanya, dia akan cakap tak boleh tidur sebab lapar dan tak makan sebab takde selera.

Sudahnya bersiaplah semula kami bawa dia pergi makan di tempat yang jauh untuk 2 keping roti bakar & teh tarik. Tercengang aku. Lapar tapi roti bakar je?

Kadang² tu pernah terjadi pukul 1 pagi kami bawa dia keluar makan. Apalah salahnya dia cakap awal², tak perlu tunggu isteriku tanya.

3. Tak pernah menolak ajakan. Kadang² kami saja nak keluar dating, jalan², tengok wayang. Jenis isteri aku ni pula mulut lembik, selalu offer “nak ikut?”. Dan setiap kali tu lah pak mertuaku ni ikut.

Semestinya plan kami terganggu. Takkan nak bawa tengok wayang. Takkan nak bawa jalan² kat mall. Paling best isteri tanya aku “nak gi mana ni?”. Tercengang aku.

Sudahnya bawa lah dia pergi makan di tempat yang jauh biarpun hanya makan roti bakar & teh tarik dan balik rumah.

Mesti ada yang cakap dah settle hantar rumah tu pergi lah jalan² berdua pula kan? Aku taknak buat macam tu sebab takut dia terasa yang dia mengganggu urusan kami. So dah balik tu lepak rumah jela.

4. Menghasut aku tukar kereta. Aku pakai myvi dah 7 tahun. Nak habis bayar dah. Semestinya ada kerosakan sini sana. Manakala isteriku guna kereta HRV. Gaji kami lebih kurang je cuma aku tak suka komitmen besar.

Kebiasaannya trip kami bertiga memang guna kereta aku sebab jimat minyak. Setiap kali tu jugalah aku dihasut untuk beli kereta lain. Di suruhnya aku beli besi jenama H juga.

Biasanya aku diam tapi satu hari tu aku jawab. Tukar kereta ni bukan saja komitmen bertambah, maintenance cost juga bertambah.

Bukan tak mampu cuma kereta bukan keutamaan saya. Selagi sihat, saya guna je. Tapi nada aku tu sopan lah. Isteriku beli kereta tu atas nasihat dia lah. Sudahnya nak tukar tayar pun terketar tangan hulur duit ke tokey.

Aku ni boros, suka beli barang collectable. So aku make sure komitmen bulanan aku rendah. So aku ada cash untuk belanja ke lain.

5. Suka melawak yang aku tak boleh gelak. Bagus sebenarnya melawak ni, boleh hilang kebosanan orang lain. Tapi kalau tak lawak macam mana pula yer?

Contohnya lawaknya, “abah dulu bawa kereta meter tak kurang 160kms, tapi satu saman pun tak dapat. Mungkin laju sangat sampai mesin speed trap tu terbakar kot”.

Aku ni dah lah jenis susah nak gelak, bila dapat lawak macam ni tercengang juga. Tak gelak kang rasa macam tak respon. Biasanya isteriku yang akan pura² gelak untuk selamatkan keadaan.

Banyak lagi sebenarnya, tapi nanti panjang pula jadinya. Macam aku cakap tadi, ni bukan masalah besar pun cuma aku nak meluah je. Aku takleh luah kat isteri sebab dia paling rapat dengan ayah dia, tersinggung pula nanti.

Mungkin ada yang kata bagus dapat bonding tapi tipu lah kalau aku cakap tak pernah rasa rimas. Perasaan bercampur baur antara kesian, rasa bersalah, rimas dan macam² lagi.

Pernah juga kami tolak permintaan dia. Selagi tak bawa selagi tu lah dia tak makan nasi. Apa² pun aku respect dia sebagai seorang ayah dan akan cuba yang terbaik untuk adapt dengan situasi ni.

– Roronoa zoro (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *