Assalamualaikum semua. Harap confession saya diapprove. Salah silap doa diampunkan. Terima kasih admin..
aku anak kpd seorg pemandu teksi. Abah aku membawa teksi di ibu kota. Hidup kami sekeluarga alhamdulillah lengkap walau tak mewah. Kekadang bila gawat, kami terpaksa berjimat cermat. Abah aku suka kerja sendiri atas sbb² tertentu. Lebih kurang 40 tahun abah aku kerja sebagai pemandu teksi.
Fyi, cerita ni abah aku yg cerita kembali pada kami sekeluarga. Ceritanya mula bila abah aku tanpa senjaga terjumpa dgn kwn sekolah dia (smk aminuddin baki kl). Alhamdulillah menurut cerita abah aku kwnnya kini telah berjaya. Berjawatan besar and ofcoz gaji pun besar. Abah aku mulanya agak segan kerana standard berbeza. Tapi demi rezeki dan bagi mengeratkan kembali persahabatan, abah aku berkawan seperti dulu.
So dorg pun deal utk menggunakan servis abah utk hantar ke KLIA setiap minggu or bila diperlukan ( urusan kerja ) . Padahal dia ada je kereta or wife utk hantar tapi dia lebih memilih abah aku. Katanya nak bagi business kat abah. Dipendekkan cerita pada satu haritu, sdg mereka otw ke KLIA, abah aku tetiba terckp " Uishh untunglah kau asyik terbang je sekejap sana sekejap sini, dptlah kau merasa ddk negara org, berurusan dgn org besar² "
Lantas kwn abah aku pun tergelak, dia pelik kenapa abah aku ckp mcm tu. Apa yg dia jwb.. "Aku rasa kau lagi untung man sbb apa sbb kau kerja sendiri takada pressure, aku kehulu hilir sbb kerja itu tak lagi kalau kena marah dgn org atas. Kedua, kau ada selalu dgn family kau, aku masa nak jumpa dorg pun takada sabtu ahad itu pun belum tentu boleh jumpa. Ketiga, kau untung tau kerja driver teksi, bila masuk waktu solat kau boleh terus singgah mana² masjid berjemaah, aku…. Kadang solat pun tinggal sbb bnyk sgt kerja. Kalaulah aku diberi peluang, aku rasa nak jadi mcm kau man " .
Allah….. tersentak abah aku. Apa yg kwn abah ckp semua betul. Istighar bnyk bnyk. Rupanya dlm diam banyak nikmat yg Allah berikan tanpa kita sedar. Bila abah ceritakan kat kami hampir jatuh airmata aku sbb aku terharu dia diberi abah seperti abah aku. Biar hidup kami tak mewah mcm org lain Tapi kami mewah dgn kasih syg, abah kerja sendiri pun sbb abah rela utk hantar dan jemput aku dan adik beradik aku ke kolej dan sklh. Bagi aku cukuplah teksi buruk ni utk kami sekeluarga. Thanks abah mama
– nsa
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
jangan malu klu kita miskin,tpi malulah bila berlagak seperti org kaya
Saya suker cerita awuck..
Saya tak suka cara awak mengeja. Maafkan saya
Awuck. Hahahha.
Hahaha…
‘W’ kau manewww
Kerja apapun tapi kalau kita bjya mengadap Tuhan dlm urusan seharian itulah kerjaya tbaik. Jadi tukang sapu smpah pun kita tak bleh pndang rendah. Di sisi Tuhan boleh jadi dia lagi dipandang.
Setuju sgt. Kerja hebat mn, klu berjaya ontime utk bersujud. Itu baru namanya kejayaan.
Terbaikkkk
always be thankful for what we have
Laki tu pun bagus jgkk. Lgsg tak belagakk. Respect!
Naseb baek bila kwn abah dia ckp cmtu, abah dia x trpusing stereng, haha gurau ja….
Allah bagi rezeki semua sama adil.duit tak mewah tapi mewah dengan masa dengan keluarga….duit mewah..tapi xde masa dgn family.bersyukurlah
Roslini Che Ismail
Iya….kejayaan bukan semata-mata pangkat dan derejat di dunia. Tetapi yang lebih penting iman dan taqwa kerana ia lambang kejayaan dunia dan akhirat.
Tips: Kalau orang kaya banyak duit untuk disedekahkan kepada orang miskin, bagaimana dengan orang miskin dan sederhana yg tidak mempunyai duit untuk disedekahkan? Bacalah Subhanallah (33x), Alhamdulillah (33x), Allahuakbar (33x) selepas solat. Maka itu lebih baik.
Faezah Zaid :-)
Huhuhuhu..sgt betul nad…pinjam bahu sat???
Saluteee
Zaidi Abdul Ghani