Beban seorang kawan
Assalam, aku ada kawan yang sangat suka buka topik pasal family dan boyfriend dia. mula, aku dengarkan shj apa yang dia ceritakan. segala masalah yang dia alami, semua aku relakan shj telinga mendengar. dan kalau aku mampu nasihat, aku nasihat lah mengikut pengalaman aku. al maklumlah aku ni sangat suka menjadi pendengar drpd pencerita sebabnya aku tak suka share hal peribadi aku dengan org lain. bagai membuka bekung di dada kalau aku share segalanya pada orang. even dengan family pun, aku kurang bercerita masalah2 yg remeh yg aku boleh fikir sendiri cara nak selesaikan. kalau dah bertambah besar masalah tu baru aku bagitau parents.
ok enough with that, sebenarnya kawan aku ni ada cerita bahawa family dia ada masalah. sedih apa yg menimpa keluarganya. yang si kawan aku ni pula mungkin kurang kasih sayang lalu dia pun depend totally on her boyfriend. sebab apa? sebab bf dia ni lah punca kegembiraan dia. aku dari dulu mmg tak suka bila dia dgn boyfriend dia, sbb diorang buat perkara terkutuk. dating, dan macam2 lagi beyond your imagination, ha paham2 lah. aku bukan main reka dlm imaginasi, dia yang cerita kat aku baru2 ni. aku dah cuba nasihatkan dia supaya break off je sebab lelaki gitu bukan boleh percaya. lepastu dia ada je alasan nak counter back. katanya, lelaki tu sayang dia, sayang dia lebih dari keluarga dia. lelaki tu takkan tinggalkan dia dan blablabla. one day, lelaki tu putuskan hubungan mereka. aku pun dalam hati gembira lah. and of course, bukan dia. dia menangis meroyan kat katil sambil tenung phone. risau gak aku sampai dia tak lalu makan, taknak pergi kelas. aku pun cuba lah cakap, 'maybe ada kebaikannya kau break' pastu mulalah dia cerita, 'aku takleh hidup tanpa dia, aku sayang dia, dia tak mungkin cari perempuan lain, dia je yang aku ada, hanya mati yang boleh pisahkan kami, kalau dia nak juga putuskan hubungan, sama ada aku atau dia yang kena mati' well, aku serious rasa nak baling je cawan kat muka dia. wth she was thinking, aku pun nasihatkan lah dia. ada orang yang lebih kronik dr dia tapi mampu move on. tapi dia dgr ala kadar je. hari2 dia msg, call laki tu utk get back. tapi laki tu block dia. dia nekad nk jumpa laki tu nak bincang. aku merayu dalam hati supaya laki tu tak makan kata2 dia, block je dia terus sampai bila2. tapi malangnya, laki tu datang balik. aduh, aku blank dah sekarang. mcm2 dah aku buat supaya dia lupakan laki tu, aku ajak dia keluar dgn aku instead of dgn laki tu. aku cuba teman dia sebanyak yang mungkin supaya dia tak rasa lonely. setiap kali aku makan, aku akan tanya dia, dah makan ke belum, dah solat ke belum (apa yg selalu couple duk merepek sesama sendiri, aku cuba tnjuk keprihatinan aku kat dia). aku dah nasihatkan dia, lelaki tu tak worth it, sbb dah sah laki tu gunakan dia bila susah, bila senang laki tu tinggal je dia. apa aku buat, semua tak jalan. betul lah apa orang kata cinta itu buta. kawan aku dah buta sebab cinta. aku pun dah berbuih mulut nasihat even sampai satu tahap, aku suruh je dia kahwin dgn laki tu utk elak zina. biarlah kalau gila S sgt buat jelah time kahwin, tapi semua benda aku nasihat ni sia2 beb, sia2 je. dia still dgn perangai dia setiap minggu dating, pergi rumah bf dia, setiap hari msg, call bf dia, tergelak terkinja sorang2 dlm phone. omg, aku kawan dia, aku kena tarik dia keluar dari dosa ni. tapi.. aku dah tak tahan. aku dah malas nak layan, aku dah penat. sekarang ni, dah panas telinga aku dgr dia cerita pasal bf dia. aku rasa nak bagitahu je parents dia ttg hubungan diorg ni. tapi, nnt timbul masalah besar pula. aku nak je lepaskan tangan. lantaklah apa jadi kat dia. tapi, nnt aku tak tenang kat sana cane? sekarang time hidup pun aku dah tak tenang, apatah lagi kalau aku mati esok?
– tesco
Kongsi luahan anda disini –> https://iiumc.com/share-your-stories/