Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
First sekali, aku nak cakap terima kasih kepada admin sebab approve confession aku. Panjang gaklah cerita aku kalau korang sudi nak baca.
Aku nak share sikitlah memandangkan maybe ada ramai orang yang ingat belajar kat oversea tu heaven. First sekali, aku mengaku, memang heaven. That is, kalau korang pandai pilih kawan and ada kawan yang sanggup share susah senang dengan korang. Tapi, aku rasa part yang heaven tu taklah banyak mana pun. Susahlah jugak sebenarnya. Terutamanya bila kes macam aku yang fly sorang-sorang masuk uni, tak kenal sapa pun sebelum tu, baru nak buat kawan. Dahlah kos aku tak ada Malaysian selain aku, menangis aku sebulan sebab aku ni mana pernah cakap English. Nama je dapat IELTS 6.5 bagai, SPM A+ BI, good score in GSCE, tapi communication kelaut. Dahlah lecturer aku punya slang, masya-ALLAH…. memang blur teruk, tak tau dia cakap apa dalam kelas.
Cerita yang paling aku tak boleh lupa sekali pasal nama akulah. Nama aku ada banyak huruf ‘A’. Tapi bila kita sebut ‘A’, orang putih ni sebut jadi huruf ‘E’. Tak pasal-pasal nama aku Adra jadi Edre.
Lepas tu, kes sos tomato. Aku pergi beli ayam goreng kat satu kedai halal ni, lepas tu waiter tu pun tanyalah aku, ‘Do you want some ketchup?’ Punyalah tolol aku ni, ingatkan ketchup tu kicap sebab dia ada cakap ‘Selamat Datang’ dgn ‘Apa Khabar’ kat aku time aku cakap aku Malaysian. Padahal, ketchup tu sos tomato. Aku pun peliklah nak buat apa dengan kicap kalau dah makan ayam goreng? Bila aku cerita kat kawan aku time aku pergi lepak dengan dia minggu depan tu baru aku tu ketchup tu sos tomato.
And then, kalau korang nak tahu, orang putih ni takdeklah baik and polite sangat macam yang korang selalu bayangkan tu. Diorang banyak je yang racist. Daripada pemerhatian aku, diorang memang welcoming, tapi diorang tak buat sahabat tau. Strictly for business je. Mungkin uni aku jelah kot macam tu, kan. Tapi serius weh. Yang biasa tegur aku balik and duduk dekat-dekat aku time kelas biasanya memang Asian atau orang-orang yang kulit gelap tu, and kalau orang tu orang putih, mostly Muslimslah sebab aku pakai tudung and selalu jugak pakai baju kurung pergi kelas.
And then, kat uni aku, kehadiran tak penting. Tak adanya nak bar exam kalau tak datang kelas. Ramainya mamat-mamat and minah-minah blonde and brunette yang aku tak pernah tengok sekali pun dalam tutorial tiba-tiba muncul dalam kelas time mid term exam atau kuiz.
Tapi, biasanya aku jarang skip kelas. And kalau aku skip kelas, lecturer selalu akan tya kenapa aku tak datang lepas tu. Most of lecturers aku emmang ingat aku sebab in most classes, aku je satu-satunya manusia yang pakai tudung dalam tu. So, diorang be like ‘Adra, you didn’t come to class last Monday, right?’ And aku pun sengih je. Takkan nak cakap yang aku malas nak bangun sebab kelas tu awal sangat and aku tak paham sepatah apa pun, kan? Hahahaha. Biasanya aku akan jawab ‘Sorry, I have matters to attend’. And diorang pun paham-paham jelah.
Lagi satu, kat sana high marks tu agak pelik tau. Diorang aim boleh grad je. So, bila aku grad with first class, aku yang awkward sorang-sorang. Dahlah takde apa-apa award, dean list semua takde. So, aku pun xdelah study sebab nak dapat dean list pun. Dah memang rezeki aku sebab au belajar and jarag onteng kelas, Alhamdulillah.
Habis cite bab study, aku cite pulak bab flatmates. Aku dapat flatmate senior weh. Yang tak bestnya flatmate senior ni, diorang ingat, diorang tu dah postgrad, diorang bapak besar. Nasib baiklah aku duduk dalam uni. Bayar asing-asing. Dapur je share sekali. Ada kawan aku, duduk rumah sewa dengan so-called senior, bapak berkira. Heater takleh bukak, takleh balik lewat malam, makan bercatu, fridge penuh barang dia je. Samalah flatmate aku pun. Lepas tu kena pulak kawan aku ni spesis yang baik, pijak semut pun tak mati, dia diam aje. housemate dia ni pulak suka nau ambil kesempatan. Kawan aku in-charge bayar sewa, bil semua, lepas tu diorang selalu mengelat nak bayar. Kadang-kadang dia terpaksa pinjam duit kat aku dulu sebab diorang tak bayar lagi duit dia. Padahal housemate dia tu duit bulanan dekat dua kali ganda pada dia. Aku pun tak fahamlah apa masalah diorang. Kalau aku, aku dah baling katil, biar sedar diri sikit.
Habis bab tu, citer pasal bab gi jalan-jalan pulak. Kalau kat Malaysia, kaya dengan peragut, kat sana kaya dengan pickpocketers. Kat Malaysia dia xhandal mcm kat oversea. Kalau kat Malaysia, kau kena ragut, cedera. Kat sana, kau kena ragut, lepas tu kalau kau tak sedar, memang kau akan end-up dalam jail sebagai PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin). Bukan setakat duit, passport, phone, student card, semua benda kau dia samun sekali. Kau jngan main-main. Dahlah jauh dari family, dok negara lain pulak tu. Beribu habis nak buat balik segala passport, visa semua tu. Bukan free tau. Kawan aku pernah kena. Semu leasap, dengan laptop dia sekali. Ada beg dengan baju je tinggal. Menangis dia time tu. Dahlah time tu duit Malaysia tengah jatuh, tak pasal-pasal bergolok gadai mak ayah dia kat Malaysia nak hantar duit nak ganti balik semua benda tu. Dahlah sebelum fly dah bergolok gadai dah.
So, nasihat aku pada korang, kalau korang atau parents korang tak ada dalam RM10,000 dalam akaun, susahlah kot korang nak aim pergi belajar kat oversea, walaupun korang dapat biasiswa sekali pun. Sebabnya, dulu time aku, duit visa dengan medical semua tu kena bayar duit sendiri dulu. Lepas tu baru boleh claim. Tu kalau korang dok kl. Kalau dok johor ke, perlis ke, sabah ke, sarawak ke, nak kena travel pergi balik ke kl tu, duit jugak, just nak settlekan semua tu. Memang kena tabah. Tak senang nak fly ke oversea ni.
Lepas tu bila kau dah balik, kau tak kerja, macam aku, aku sambung belajar, orang persoalkan pulak, apasal tak kerja? Kata belajar oversea? Apasal kau buat kos tu? Apasal kau tak pergi uni ni, uni tu, asal kau tak sambung belajar dekat sana je? Aku dah rasa semua tu, so aku rasa better aku belajar je kat Malaysia. Duit pun aku tak payah fikir nak jatuh ke, nak bangun ke. And then , dengan scholar lagi, dok fikir kalau ekonomi meleset, nak kena panggil balik, nak bayar duit tiket dulu, nak kumpul duit kalau nak pergi konvo lagi.
Aku kerja a whole year kumpul duit sebab nak bawak family aku pergi aku punya konvo. Ayah aku bayar flight, yang lain-lain pusing-pusing naik train, naik bus, sewa hotel tu semua aku bayar sendiri. Terasa penat lelah kerja tu berbaloi-baloilah jugak. Tupun aku buat tiga kerja sekaligus, kerja babysit and kerja kat restoran Malaysian and ajar BM dengan Pendidikan Islam kat anak-anak orang Malaysia kat sana.
Ada jugak time-time yang aku ada RM6 je dalam bank sementara nak tunggu duit scholar masuk lagi seminggu. Nasib baiklah time tu Chinese New Year, so mcm byk event buat makan-makan. So, aku buat muka tak malu je pergi makan and tapau bawak balik makanan kat event-event tu. Bertahanlah selama seminggu sementara nak tunggu scholar masuk. Sakit jugaklah.
Kesimpulannya yang aku nak buat kat sini, belajar kat oversea tu taklah heaven all the time macam yang korang tengok kat Facebook and Insta kawan-kawan korang tu. Ada je kawan aku yang tiba-tiba jatuh sakit, rasa nak bunuh diri sebab stress yang melampau, yang duduk lelaki perempuan dalam satu rumah selama setahun sebab tak ada rumah kosong padahal boleh je cari, dan macam-macam lagilah. Panjang lagi kalau nak cerita. Takat ni jelah aku boleh cerita for now. Aku ni kaki tulis, so kalau aku tulis, memang susah nak berhenti and jadi panjaaaang berjela. Hahaha.
Okay, bye!
– Adra
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit