Belajar Memandu

Aku mahu bercerita tentang pengalamanku belajar memandu kereta. Kisah aku mungkin tidak sama dengan kisah orang lain, tapi mungkin juga kisah ini biasa-biasa saja, tidak ada apa-apa yang menarik.

Aku mula belajar memandu pada usia 21 tahun. Masa itu aku berada di universiti.

Maklumlah kawan-kawan sekuliah ramai yang bermotosikal. Timbul juga rasa cemburu pada aku yang hanya berjalan kaki ke kelas dan menggunakan kemudahan pengangkutan awam apabila ke bandar.

Lepas daftar kelas, aku perlu menduduki ujian teori. Buku yang dibekalkan oleh sekolah memandu aku hafal dari depan sampai ke belakang.

Yang sebenarnya aku berusaha memahami konsep dan prinsip pemanduan. Hari ujian teori pun sampai, dan aku dapat markah penuh 50.

Aku seorang sahaja yang lulus markah penuh. Punyalah bangga.

Bila masuk kelas praktikal, aku mula menggelabah. Baru nak kenal gear, clutch, brake dan accelerator untuk pemanduan manual.

Berkali-kali aku kena marah dengan driving instructor, yang paling aku geram bila dia kata.

“Lu tara pernah bawa keretakah? Hah, lu tau kah ini kereta ada gear, clutch, brake dan accelerator?”.

Aku diamkan aja. Dalam hati aku cakap, “Kalau aku tahu memandu, buat apa aku datang belajar? Bukan orang datang sekolah untuk belajar? Sekolah memandu kau ni untuk apa?”.

Seminggu aja aku tahan dengan instructor itu, selepas itu aku puan tuang kelas. Rugi sebab dah bayar ansuran dan padan dengan muka aku.

Bukan padan dengan muka driving instructor tionghua tukah? Memang budak-budak punya perangai aku masa itu. Langsung tak matang

Kali kedua aku belajar memandu masa aku berumur 27 tahun. Masa itu memang aku dah rasa penat sangat dan susah nak pergi kerja sebab tiada bas yang lalu depan rumah sewa aku.

Aku bekerja di jabatan kerajaan di utara semenanjung. Aku selalu balik lewat malam, maka bas pun dah tak ada. Sama ada aku menapak berjalan kaki ataupun naik kereta sewa bila nak balik rumah.

Macam kes yang dulu juga. Aku dapat markah penuh untuk kelas teori. Kelas praktikal? Hancur! Driving instructor kali ini orang Melayu.

Mulut manis, senyum sahaja walau aku buat kesalahan. Sedikit-sedikit dia ada bagi nasihat. Tapi kata kelas 1 jam, pegang stereng tak sampai 15 minit.

Manakan tidak, instructor kena mengajar 5 orang anak murid dalam masa yang sama. Akhirnya aku cuma lulus ujian pemanduan jalan raya.

Ujian pemanduan bukit dan parkir aku gagal, bahkan sebenarnya aku gagal masa atas bukit itu.

Masa belajar dah hafal steps, bila ujian aku gelabah dan cepat-cepat turunkan clutch walhal accelerator belum pun tekan lagi.

Berbulan-bulan jugalah aku frust menonggeng. Duit simpanan dah banyak, lebih 10% daripada duit muka untuk beli kereta buatan Malaysia. Badi apalah kena kat aku.

Lepas dah banyak bulan, aku sekali lagi ambil ujian pemanduan bukit dan parkir selepas ujian yang pertama, barulah aku dapat lesen kelas D.

Gembira aku bukan kepalang. Dapatlah aku membeli sebuah kereta kecil untuk membawaku ke tempat kerja. Itu yang pentingnya.

Tapi kalau perlu melakukan perjalanan jauh seperti balik kampung, aku biasanya memilih bas dan sesekali kereta api.

Sekarang aku seronok memandu walaupun jalan-jalan di Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Shah Alam ini sering sesak sama ada waktu puncak ataupun tidak.

Setakat ini kalau travel jauh-jauh, bini aku pun suka aku memandu sebab dia nak lelapkan mata.

Amboi, sedap ya kau tidur. Dan sekarang akupun sudah mampu memiliki sebuah SUV yang boleh meluncur dengan laju. Vroooooommmm.

Dan anak sulong aku belum berumur 18 tahun tetapi sudah ada lesen memandu, D manual. Aku yang suruh.

Kebetulan aku ada kereta Myvi manual yang aku niatkan untuk beri kepada dia tidak lama lagi. Aku tak mahu dia jadi macam aku.

Dah bekerja baru nak memandu. Anak aku ambil pakej gerenti lulus dengan Metro Driving Academy di Puchong. Tapi jangan salah faham, aku bukan nak promote kat sini sekolah memandu itu.

Begitu juga dengan anak-anak aku yang lain. Seorang umurnya 16 tahun dan adiknya 14 tahun. Lepas SPM nanti memang korang kena paksa masuk kelas memandu.

Akhir sekali, jika Malaysia ini pengangkutan awamnya sangat efisien, aku berpendapat tidak ada lesen memandu ataupun tidak beli kereta pun tak apa.

Simpan duit untuk perkara lain, contohnya mengerjakan umrah dan melancong ke Korea!

– Pakcik Toyota Biru (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit