Belum ada baby lagi?

Belum ada baby lagi?

Salam. Sis nak share satu kisah. Thanks admin sebab post.

Memandangkan sis dah kawin hampir dua tahun dan belum dikurniakan cahaya mata, jadi ramai la umat manusia duk bertanyakan hal kami. Dah berisi? Belum ada anak lg? hai..takkan nak hidup berdua je kot? eshh mandul ke? Nauzubillah.
.

Meh sini tanya, rezeki ni kerja sape? ditangan kita ke nak2 terus dapat. Rezeki kan kerja Allah. Boleh pulak tanya. Sis nak mati bila, tak nak tanya pulak. Dah tahu kan soalan tu, tak kan sape boleh jawab.
.
Sis kadang-kadang tak fikir pun soal anak, sis sibuk dengan assignments, kelas-kelas, usrah, projek dan macam-macam lagi sampai lupa..tp, soalan-soalan bertubi dari org sekeliling buat sis jadi lemah sekejap. Allah… Alhamdulillah dikurniakan suami yg sgt baik dan kuat bg dorongan. Kami bahagia ber-dating, honeymoon setiap hari, beribadat sama2 dan buat pelbagai aktiviti sama-sama. Moga Allah pelihara kebahagiaan kami dari dicuri oleh manusia-manusia negatif yg suka bertanya soalan negatif dan caring tidak bertempat.
.

Sis pulak ada kawan-kawan yang dah kawin dan Alhamdulillah dah menimang cahaya mata. Sis bahagia tengok kawan-kawan yg bahagia dapat baby. ada juga sahabat-sahabat yang lagi lama kawin belum2 lagi ada anak. Ada juga kawan-kawan yang meluah rasa kecewa dan sedih dgn nasib belum ada anak.
.

Sis amat bersimpati dgn kawan-kawan sis yang kecewa macam ni. Sampai menangis setiap malam. Korang nak tahu, orang macam ni sensitif tahu? sape yg kawin tak mahu anak? Sesaat soalan korang pasal anak terhadap org macam ni boleh melukakan hati dia berbulan-bulan tahu? dan korang, lepas tanya.. boleh bersuka ria tanpa fikir apa perasaan dia. dia pulak, balik dgn hati yg sedih dan kecewa.
.
.

Sis nak nasihat utk diri sendiri dan kawan-kawan sis yang belum menimang cahaya mata.. Jgn stress2.. Jgn biar soalan2 negatif tu mempengaruhi emosi dan curi kebahagian korang. Kita kena fikir ape yang tak kena dengan diri sendiri yang duk sedih sangat dengan kata-kata orang ni? Allah ni bg sesuatu ikut kesesuaian diri kita. Kdg2 kita duk mintak nak anak, nak anak tp kita tak sedar yang kondisi badan kita belum sihat utk kandungkan bayi. mungkin kalau mengandung juga akan jadi byk risiko lain yang kita tak tahu. Mungkin kondisi life kita skrg belum sesuai utk kita bercahaya mata. Allah maha tahu yang terbaik utk kita.. ok.. Drpd duk sedih2 memanjang, baik kita buat ni…

1. Dah check doktor pakar? kalau belum, ha.. pegi check cepat2. jangan bazir masa duk pegi checkup doktor bukan pakar. Kalau checkup dgn doktor pakar ni, InshaAllah, prosedur rawatan nya lebih detail dan boleh tahu terus apa masalah korang.
.
2. Bmi. bmi korang kena ideal tau. kena makan makanan sihat contohnya makanan sunnah dan perbanyakkan sayur hijau. Makanan sunnah tu macam kurma, kismis, susu kambing, jus delima, minyak zaitun dan madu. Doktor pakar amat tak sarankan kita ambik supplement/jamu yang hangat dipasaran tu sbb tu semua rubbish food! byk bahan kimia yg akan bg kesan buruk d kemudian hari. makanan mamak dan fast food pun rubbish. ayam pulak kena kurangkan kecuali ayam kampung. ayam skrg byk cucuk so not good utk hormon kita org perempuan ni. boleh kacau period kita jadi tak teratur dan berat badan naik mendadak. no.no.no. Pastu, minum air masak byk2.. air perahan lemon pun bagus. guna stevia utk kurangkan kalori.
.
3. Exercise! ha..Sis tgh gigih diet sihat skrg. minimum, stgh jam sehari mesti exercise tau. Kena rajin. usaha tgga kejayaan hehe
.
4. Jaga Suami! :) Jaga penampilan diri, muka, kulit, luaran dan dalaman utk suami. Jgn serabai, busuk dan buat suami tak selesa nak dekat. Berkhidmat dan memberi utk suami sebaik mungkin.
.

5. Jgn lupa amal doa-doa zuriat. boleh google byk doa2 yang para ustazah share. Rajin2kan diri bgn malam solat tahajud mintak dgn Allah sendiri. Minta sungguh-sungguh. byk bersedekah..dan jaga hati org sekeliling.
.
Kita hidup ni nak bahagia dan dpt redha Allah dunia akhirat. Tak nak juga bahagia sekadar dimata org dan di laman sosial.
Bahagia ni luas..
Kita sihat..suami baik, dapat beribadat tanpa gangguan pun satu kebahagiaan dan Nikmat Allah bagi untuk kita.
Orang lain, Allah uji dengan benda lain yang kita tak nampak.. Allah tu maha adil.
.
.
Akhir sekali, sis doakan semua para wanita yang dah lama menunggu zuriat akan dipermudahkan zuriat oleh Allah utk korang. Doakan sis juga :)

– Lampu liplap

Kongsi luahan anda disini –> https://iiumc.com/share-your-stories/

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *