Benci Pendosa atau Dosanya?

Hi, aku tengok banyak kes r0g0l, buang anak, penderaan s3ksual, macam macam tengah berlaku dan dibincangkan dalam tempoh pkp ni.

Aku tak suka update pasal family aku kat media social. Aku bukan tak “family person”, sebenarnya i’m really a family person. And, my whole family pun semua jenis yang family person. We don’t share much about each other on social media but we’re really close with each other.‬

‪Lepastu family aku pula dari aku kecik, dorang dah ajar whatever happens in our family, just stay in our family. Dulu arwah moyang aku selalu la nasihat jangan ambik tahu hal orang lain sebab tu family dia orang, bukan family kita. Selagi tak usik family kita, buat b***h je.‬

‪Lepastu selalu juga arwah moyang pesan, kalau orang buat kita, kita buat tempe (dulu orang jual tempe = bila dia tengah buat tempe, jiran sebelah rumah suka datang sambil membawang tentang hidup orang.

Tapi moyang aku cuma dengar sambil tak peduli tentang orang lain. So means, buat b***h) sampai la sesuatu kebenaran tu terbukti sendiri.‬

‪Aku dari kecik kalau ada orang buat aku ke, fitnah aku ke, apa ke, memang family aku suruh aku buat b***h je jangan layan. Sebab tu kot aku sampai sekarang kalau marah orang, aku akan diam je. Aku buat b***h macam tak ada apa apa even kalau benda tu aku terlalu marah sekali pun.‬

Pastu aku sensitive kalau orang bercakap pasal family aku. Kau tak ada dalam family aku, kau jangan nak berlagak tahu. Gitu ler. Aku kira dibesarkan dengan cara macam tu, untuk buat hal sendiri dan tolong orang kalau orang mintak tolong.‬

‪Nenek dengan atok aku rajin la suruh aku tolong orang, tapi aku malas sikit. Kalau rasa nak tolong, tolong ah. Kalau tak, pepandai hidup. Tapi part buat b***h tu still ah, marah diam je. Dulu arwah cousin aku pernah basuh aku, katanya Rasullullah saw ajar kalau marah diam! ‬

‪aku pun okay jela. Dah terbiasa kalau marah diam, tapi dalam hati maki hamun. Tu normal la, semua orang tahu aku macam tu. Kalau aku burst teruk je boleh termaki mencarut semua keluar.

And nak dijadikan cerita, dulu one of my sepupu (or should i say dua pupu aku la), pernah pergi rumah tunang dia and the most unexpected things is tunang dia (Aiman), lelaki paling dia percaya, yang selama ni baik gila depan family sepupu aku (Fariza) tu.

Kira macam anak harapan family dalam keluarga (keluarga Aiman) dia‬ ‪tu, buat syaitan. Yeap, Aiman forced Fariza untuk s3x dengan dia.

Time tu kat rumah Aiman, Aiman kata yang family Aiman ada kat rumah, saje nak ajak makan sekali. Bila sampai rumah, kosong. Tak ada orang. Aiman paksa Fariza, syaitan rasuk ke apa tak tahu la.

Tapi Aiman paksa, kira r0g0l jugak la tu kan sebab bukan rela? Fariza melawan tapi Aiman tampar 5 kali sampai Fariza tak daya nak lawan dah. Fariza tu dah la kecik je orang nya, kurus, tinggi dia cuma 152cm.

Jadi kebetulannya lepas asar sebelum Fariza tu pergi rumah Aiman, Fariza dah call mak Aiman untuk tanya betul ke ajak makan tu? Tapi conversation nya jadi macam ni:

Fariza: ummi buat apa tu?

Mak Aiman: ummi baru nak start masak ni sayang…

Dan terus borak topic lain. Tak tertanya soalan “betul ke ummi buat makan makan?”

Padahal mak Aiman tu masak, nak bawak untuk petang tu family Aiman nak pergi lawat adik Aiman kat matriks. Fariza ni ingatkan betul la ada makan makan tu.

‪lepas jadi benda tu, Fariza pregnant. Time pregnant tu, Fariza umur 20 tahun ke 21 tahun macam tu, aku 16. Terkejut jugak tahu, sebab it’s happened dengan Aiman and tak ada sorang pun yang expect Aiman akan buat macam tu.

Paklang kecewa sangat, Paklang sikit lagi nak buat report. Tapi sebab Paklang ni ada rasa timbang rasa nak berbincang sebab Aiman tunang kan, Paklang jumpa family Aiman untuk berbincang.

‪Aiman datang rumah, admit sendiri yang dia paksa Fariza buat s3x. Fariza tolak, tu yang Aiman jadi aggressive sampai r0g0l.

Fariza pakai baju kurung waktu tu, kata nya dia teransang masa ambik Fariza kat rumah, waktu Fariza langkah kaki nak masuk kereta tu kain Fariza terselak bahagian kaki and nampak kaki Fariza sikit.

Teruk juga Aiman kena tibai dengan bapak dia kat rumah Paklang. And time tu pun aku tak ambik port sangat — sebab takut. Tapi bila family bercerita, aku dengar je.‬

‪Lepastu benda ni pun tersebar jugak la dekat area rumah Paklang, orang tahu yang Fariza pregnant. Ada this one makcik (Cik Ina), asyik nak perli makcik aku je.

Pergi kedai, nampak makcik aku je Cik Ina akan acah acah tengah sembang sambil sebut “la taqrabu zina” kuat kuat. ‬Sambil sebut astaghfirullahaladzim banyak banyak kali. Geli katanya, Fariza mengandung anak haram.

‪Rumah Cik Ina berdepan dengan rumah Paklang aku, oh by the way lupa nak bagitahu yang rumah dia kawasan perumahan kampung.

So petang petang kalau Cik Ina sapu luar rumah nampak lelaki perempuan jalan sekali ke, naik motor sama sama ke, Cik Ina akan jerit jerit la “Ya Allah anak muda zaman sekarang. Kesana sini bonceng bukan mahram, la taqrabu zina anak anak oi!!” sengaja nak bagi makcik aku terasa.‬

Aku pun pernah kena. Masa tu aku balik kampung, nak pergi kedai dengan kakak aku naik motor, Cik Ina perli kuat kuat katanya budak bandar bonceng motor dengan perempuan.

Padahal tu kakak aku, tapi sebab kakak aku study kat australia dan jarang balik kampung, dia tak cam muka kakak aku sangat. Dia ingat aku bawak balik girlfriend.

‪Ada sekali tu, paling makcik aku sentap masa pergi kenduri doa selamat jiran kawasan rumah, jiran tu nak pergi buat haji and Cik Ina tu duduk sembang dengan anak dara kat situ cakap,

“la taqrabu zina” ulang ulang bila nampak Fariza jalan bawak perut besar nak ambik makanan. ‬Dia nak makan je kot, nak perli kenapa makcik oi?

‪Orang lain tak kisah mana pun, tak ada yang judge family Paklang and Fariza. Ada yang tahu kebenaran, sebab Paklang bagitahu cerita betul dekat orang surau. Tulah susah jugak bila dah biasa diam bila orang pijak kita ni, Paklang terlalu diam bila Cik Ina kutuk Fariza. Paklang’s bad.

Paklang aku ni, baik sangat orangnya. Penyabar sangat. Dia selalu berpegang teguh dengan nasihat arwah moyang aku yang aku tulis kat atas tadi sampai sekarang.

Tapi bila cerita pasal Fariza disampai kan dekat orang lain, belum tentu orang nak percaya. Tapi apa pun Cik Ina tu sangat la beria ria. Katanya “yang budak Fariza tu b***h pergi ikut lelaki tu balik rumah kenapa? Dua dua nak la tu”.

Lepastu Paklang mintak jiran dia yang nak pergi haji tu, doakan untuk Fariza. Fariza tak salah pun, sebab Aiman tu trick Fariza nak ajak family dinner.‬

‪Family Aiman tu pun dah kenal Fariza. Yela, dah tunang kan. Tapi bila dah sampai, jadi lain pula si Aiman tu.

Paklang kata “tolong ye, kalau betul anak saya yang salah nanti Allah tunjuk la saya takpe. Biar la saya tanggung malu ni” apa semua. Pakcik haji tu pun okay kan jela.‬ Paklang aku confident, sebab memang Fariza tak salah.

‪Lepas pakcik tu sampai mekah, dia doakan la kot. Taktahu apa yang dia doakan tapi dia belikan Fariza telekung, tasbih and bawak balik air zam zam untuk Fariza. Fariza pun minum macam biasa.

Lepas dah beberapa bulan tu dengar pula cerita nya‬ anak lelaki Cik Ina yang sibuk dok la taqrabu zina la taqrabu zina kan Fariza tu, mengandungkan budak sekolah. Anak dia 6 orang. 2 orang masih sekolah, umur 15 tahun dengan 12 tahun.

Budak sekolah tu kawan anak dia yang umur 15 tahun tu, kau bayangkan dia yang berumur 24 tahun r0g0l budak umur 15 tahun? Budak sekolah weh. Lepastu lari and polis datang rumah nak cari anak Cik Ina tu. Fuh, terduduk Cik Ina tu. Disaksikan oleh family Paklang aku, hehehe‬.

‪lepas Fariza selamat lahirkan baby, Aiman datang semula lepas dah larikan diri beberapa bulan. Waktu Fariza kat hospital nak lahirkan baby pun, Aiman langsung tak datang.

Family Aiman datang, sebab serba salah agaknya dengan family Paklang. Tapi Aiman memang tak ada datang langsung.

Lepas Fariza dah habis pantang semua, Aiman datang balik tu sebab Aiman nak ajak kawin, nak bertanggungjawab. Fariza memang dah tak nak Aiman, sebab tah la aku pun tak tahu kenapa.

Last last sekarang, Fariza tu dah kawin and alhamdulillah suami dia baik sangat.‬

‪Aiman tu ada bagi je nafkah macam biasa kat anak tu. Tugas seorang ayah tak lari la walaupun tak kawin. Sekarang, Cik Ina tu dah lama tak nampak batang hidung keluar rumah. Malu sangat kot.

Tu la orang pesan, bila nampak orang buat dosa jangan kecam, kita ada family yang nak kena jaga. Takut berbalik kena dekat diri sendiri.‬

Jangan terlalu menghukum, sampai apa yang didengar terasa macam sahih padahal tu cuma fitnah. Cukup lah kita bencikan dosa tu, jangan bencikan pendosa tu. Sesungguhnya, setiap manusia layak bertaubat.

– Mir (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

error: Alert: Content is protected !!