berbadan besar

Assalamualaikum. Thanks kpd admin sbb approve kisah ni. Aku ada terbaca kisah perempuan perlu ada rupa. Aku seorang perempuan berumur 20-an. Seorang pelajar universiti awam. Dari kecil lagi aku jenis tonjang mcm galah plus badan besar. Now tinggi aku 170 cm n berat aku lebih dpd 90kg. Kiranya badan aku ni bukan badan ideal perempuan dkat Malaysia ni.

Dpd aku sekolah rendah lagi aku dah lain dpd kawan2 yg lain. Masa sekolah rendah, org selalu ingat aku budak sekolah menengah sbb time sekolah rendah pun tinggi aku dah 160cm n berat 50kg mcm tu lah. So, mcm2 gelaran lah aku dapt.

"Bigfoot" "anak gajah" "badak" sebut lah semua binatamg besar2 , semua nya kau pernah kena.

Naik sekolah menengah lagi seksa jiwa raga hoii… tahulah perangai budak sekolah menengah mcm mana kan? Time ni, badan aku still tak berubah. Sama je. Malah dpt panggilan baru. "Mak orang".

Sakit hati dan jiwa raga ni xdpt nak diungkap dgn kata2..

Benda ni berlanjutan sampai lah masuk universiti. Kalau org jumpa aku mesti ingat aku mak orang. Especially bila bawak anak sedara aku jalan2…

Dekat universiti, aku pernah niat dlm hati, aku nak diet. Aku nak kurus. Nak pakai cantik2 mcm org lain. Tapi setakat ni xberjaya. Mungkim niat aku nak kurus tu salah.

Niat aku nak kurus sbb aku nak pakai cantik2. Pakai baju ketat2. Sebab tu aku xkurus2 walau banyak cara alu cuba utk kurus.

Ada sekali tu aku terfikir, Allah tahu apa yg terbaik untuk kita. Mungkin dgn badan besar ni, aku dapat elak dpd pakai pakaian yg ketat dan tidak menutup aurat. Sbb bila badan besar ni, malu nak pakai pakaian yg ikut badan.

So, think positive. Maybe lebih baik berbadan besar dpd kurus, sbb mungkin bila aku kurus, aku takkan jaga aurat aku dari segi pemilihan pakaian.

– gajah yg teringin jadi semut

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *