Bercakap, Berbual, dan Ketawa di Musolla/Surau/Masjid

Assalamualaikum. Admin, hopefully you'll approve my post. Terima kasih atas kerjasama.

Kepada para pelajar IIUM Gombak, Kuantan, KL, dan Gambang yang dihormati, saya kira saya bertanggungjawab untuk memperingatkan anda berkenaan isu 'bercakap-cakap' di dalam rumah Allah. Saya pohon jasa baik anda untuk kita bersama-sama SENYAP dan MENGHORMATI individu lain yang sedang beribadat di dalam musolla, surau, atau masjid. Bukankah kita semua ini terpelajar dan mengamalkan? IIUM ini bi'ah solehah, namun kita juga harus ambil ibrah bahawa kita inilah ejen kepada pembentukan bi'ah solehah. Kadang-kala saya perhatikan, ada pelajar yang berbual dan ketawa (umpama langsuir?) di dalam musolla dengan suara yang tinggi. MENGGANGGU. Ada juga yang membincangkan subjek kursus atau tugasan yang penting. DISCUSSING YOUR SO-CALLED CRUCIAL ASSIGNMENT OR COURSE SUBJECTS DOESN'T MAKE YOU ANY SMARTER OR PRETTIER. GOT IT? Bukankah perbuatan tersebut boleh mengganggu rakan-rakan kita yang lain untuk khusyuk dalam solat?

Ya Allah, tolonglah. Belajar ilmu dalam-dalam tinggi tinggi sebenarnya tidak menjadikan kita mulia atau lebih mulia pun. Ingatlah, amalkan apa yang telah kita pelajari ya rakan-rakan IIUM yang mulia. Hormati rumah Allah. Sekian, pohon terasa. :)

– Servant of Allah

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *