Kehidupan

Pertama sekali, aku buat luahan ni bukan untuk meraih simpati. Aku cuma perlukan kata2 semangat dan motivasi yg dapat kuatkan aku.

Sejak akhir2 ni, dugaan menimpa2. Baru2 ni ayah aku sakit. Tak boleh nak bekerja. Jadi mak aku terpaksa ambil alih tugas mencari rezeki. Ayah aku sebelum ni kalau sakit pun, dia tetap kerja, tapi kalau sampai dah tak gi kerja tu, aku faham yg maksudnya dia sangat sakit.

Sekarang ni pulak musim tengkujuh, setiap hari hujan. Mak kata kereta ayah rosak. Jadi mak aku kena naik motor untuk ke sini dan ke sana. Mak balik kerja dalam pukul 12mlm macam tu. Macam mana lah mak bawak motor dalam hujan tengah2 malam.

keluarga aku bukan jenis keluarga yg kuat agama. Solat tu takyah cakap la. Keluarga aku tak solat. Cuma aku je yg tahu serba sikit tentang agama. Aku dah cuba bagi nasihat semua. Tapi tak berjaya. Aku buntu aku lemah. Aku sebagai anak yg tahu tentang agama tapi aku tak mampu nak bimbing keluarga aku. Ya aku tahu, Allah tak akan menguji hambanya melebihi kemampuan manusia itu sendiri. Tapi kadang2 aku terfikir kenapa mesti aku. Semua tanggungjawab atas bahu aku. Aku tak berdaya.

Aku takde tempat nak bercerita. Kawan tu ada tapi aku tak cerita kat diorang sebab aku taknak org bersimpati dengan aku.

– SisTersungkur

CREATE A POST

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

One comment

  1. Assalamualaikum sis. Sebagai hambaNya, kita perlu mengadu kepadaNya. Allah Maha Mendengar dan Mengasihani para hamba. Namun sis juga harus ingat, psikologi dan fitrah manusia ialah memerlukan teman rapat yang diyakini boleh dipercayai untuk sis luahkan masalah. Saya doakan yang terbaik untuk sis.

    Setiap orang ada ujian masing-masing. Saya juga. Pohon kepada Allah supaya diberi ketenangan hidup dan dilapangkan dada. Sis boleh hubungi saya jika ingin meluahkan perasaan dan meminta pandangan. Cuma saya tak akan beri maklumat emel saya di laman sosial. Mungkin sis ingin memberi maklumat sis untuk dihubungi?

    May Allah bless you sis. ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *