Orang kata putus cinta itu sedih, putus tunang tu sedih, tapi aku diuji dengan perceraian.
TUJUAN aku share kisah hidup aku, untuk aku kongsikan kebaikan pada orang lain agar ini menjadi salah satu pahala yang berpanjangan untuk aku, jika aku dah mati nanti.
Aku bercerai dengan bekas suami aku dah nak dekat setahun. Kami bercerai atas sebab unsur spiritual, dan ada juga sebab keluarga dan beberapa sebab lagi lah, (taknak buka aib sape² kat sini).
Jadi, asbab perceraian ini aku jadi agak sedih, sebab ada beberapa orang tak sengaja menyalahkan aku, dan hubungan aku dan keluarga mertua makin renggang asbab ni. Lagi-lagi kami asyik bergaduh hal anak.
Nak dijadikan cerita, lepas bercerai aku makin tenang dan bahagia. Sebab apa? Sebab masa kahwin dulu asyik gaduh, amalan tak terjaga, subuh selalu lewat. Dan asyik fikir pasal dia.
Tapi, sekarang aku lebih banyak fokus menjaga solat solat sunat, baca al-Quran setiap hari, bacaan zikir tak pernah miss setiap hari, dan setiap hari aku doa pada Allah nak suami macam mana aku idamkan selama ni. Doa tu aku specific kan suami bagaimana aku nak nanti. Dan di samping tu aku perbaiki diri aku setiap hari.
Nak dijadikan cerita, takdir Allah, aku tak sengaja kenal dengan sorang lelaki ni. Nama dia F. Aku kenal dia masa hujung bulan Ramadhan.
Selepas satu malam tu, (taktaula mungkin malam lailatulqadar agaknya, Wallahua’lam), aku ada menangis kat Allah luah macam macam, nangis macam budak kecik, cite kat Allah, dan aku cakap kat Allah aku nak peneman hidup seperti ini dan ini dan aku kata pada Allah, ya Allah aku maafkan semua orang yang pernah sakiti aku termasuk bekas suami aku dan keluarga dia.
Dalam pada itu lah, mungkin Allah hantar F ni muncul dalam hidup aku. Ciri ciri yang ada pada dia, memang ciri ciri lelaki idaman yang aku doa kat Allah selama ini. Dia seorang yang hafal Quran 30 juzuk, seorang yang susah nak marah, suka ikut sunnah nabi dan banyak lagi benda lain yang tak perlu aku cite. Cuma nak bagitau memang almost 89.9% lelaki idaman aku.
Tapi sebelum dia muncul dalam hidup aku, aku ada mimpi laut cantik dan tenang. Dalam mimpi tu tiba² ada sorang lelaki aku tak kenal, muka dia tenang, tapi tak jelas mukanya, dia pakai jubah dan kopiah putih, senyum kat aku. Aku tengok dia serius tenang. Dan lepastu dia hilang.
Aku tersedar dari tidur aku tertanya tanya kenapa lelaki aku tak kenal tu boleh muncul dalam mimpi aku macamtu. Dah lah diam tak cakap apa apa pun.
Selepas beberapa minggu tu lah F hadir dalam hidup aku. Dan rupanya, pakaian harian F memang berjubah dan berkopiah. Sebab kerja dia mengajar al Quran di sekolah agama. Subhanallah.
Dan paling aku tak sangka, hampir sebulan perkenalan aku dengan dia, dia dah berani datang rumah aku bawak mak dia sebab nak risik aku. Bayangkan aku ni dah lah janda anak satu. Tapi tak sangka masih ada yang sudi nak kat aku. Semua ni Allah yang aturkan.
Dipendekkan cerita, ayah aku dan mak aku suka kat lelaki ni. Nampak baik, pemalu, dan boleh bawa diri dan pandai berdikari.
Jadi, sekarang kami dalam fasa pertunangan secara syarie. Tinggal setelkan beberapa masalah dan urusan sikit, si F dah rancang nak nikah hujung tahun ni InshaAllah. Doakan yang baik baik untuk kami ya.
Cuma, aku nak ingatkan yang kita ni boleh je bahagia, dengan syarat kita jaga hubungan dengan Allah. Sebab yang bagi bahagia pada kita ialah Allah bukan orang lain. Jaga amal, InshaAllah Allah hantarkan orang yang baik baik untuk kita.
Boleh amalkan doa ini untuk muslimah muslimah yang nak jodoh baik dan soleh.
ربنا هب لنا من لدنك زوجا صالحا طيبا تاقيا نافعا لي في ديني في الدنيا والآخرة.
Robbana hablana min ladunka zaujan solihan thoiyyiban taaqiyan naafi’an li fi deeni fid dunya wal aakhirah.
Maksudnya,
Ya Allah, berikan lah untuk kami dari sisi Mu, seorang suami yang soleh, yang baik, yang bertaqwa, yang bermanfaat untuk ku, untuk agama ku, di dunia dan di akhirat.
Doa ini aku amal sejak aku zaman bujang lagi. Bila aku kahwin, aku stop baca doa ni, mungkin Allah nak didik aku sebab aku lupa kat Dia.
Lepas aku diuji dengan bekas suami aku yang banyak buat benda aku tak suka, aku mula amalkan balik doa ni, dan aku niat jika suami aku ni baik untuk aku kekalkan, jika dia takkan berubah jadi lebih baik maka gantikan aku dengan suami yang lebih baik. Dan beberapa bulan lepastu aku selamat diceraikan dengan talak 1.
Mungkin itu petanda dia bukan yang terbaik untuk aku, mungkin F yang Allah hantar ini yang akan jadi suami terbaik untuk aku di dunia dan di akhirat nanti InshaAllah.
Apa apa pun, doakan kebaikan untuk sesama kita, malaikat akan aminkan juga untuk kita. Aku dah lalui fasa kesedihan yang melampau dalam hidup aku. Sekarang apa aku idamkan ialah aku nak bahagia bersama F ni, InshaAllah.
Doakan aku, dan amalkan lah doa aku bagi tu untuk yang masih bujang dan single. Dah kahwin pun boleh je amalkan juga. Supaya kita sentiasa doa yang terbaik untuk pasangan kita. Doa untuk pasangan dalam surah al Furqan ayat 74 pun sangat bagus dijadikan amalan setiap lepas solat.
Tanda permulaan kebahagiaan kita ialah bila mana kita sentiasa meminta pada Allah, dan menjaga hubungan kita dengan Nya.
Itu saja sharing untuk kali ni. Terima kasih sudi baca sampai habis. Semoga ada manfaatnya.
– DH (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit