Bercinta
Assalamualaikum. Ini topik agak hot la. Kalau ada yang terasa hati dengan apa yang aku katakan ni, aku minta maaf. Tapi aku harap kita sama2 dapat muhasabah.
Aku selalu terbaca KRT (kisah rumah tangga) punya status. Bukan tu je, majoriti orang2 sekeliling aku ada masalah family. Aku sendiri pun datang dari broken family. Macam2 bentuk masalah yang ramai orang alami.
Dan pada pemerhatian aku, masalah ni berlaku sebabnya kurangnya pengamatan manusia pada kewujudan Allah. Dan mungkin juga kerana Allah dah tarik keberkatan perkahwinan disebabkan sikap kita terhadap perkahwinan.
Aku perhati, majoriti antaranya, awal2 lagi da bercinta. Bercinta sebelum kahwin, bercinta yang sampai dating2, mesej2, dan sebagainya. Ada yang family restu, ada yang tak. Tapi sebab dah buta dengan cinta, lupa nak letak Allah sebagai keutamaan, sanggup bermaksiat even kadang atas namaNya. Dan kemudian lebih suka bertindak mementingkan diri sendiri demi 'kebahagiaan' dari memikirkan tentang orang lain. Nauzubillahi min zalik. Dan pulak tu, kita ni memandang perkara ni perkara yang biasa. Tak merasakan pun yang perbuatannya tu dosa.
Kemudian, bila dah kahwin, macam2 masalah timbul, baru lah menyesal dan merungut tentang rumah tangganya. Ada yang balik pada Allah. Mula membina dan memperkukuhkan hubungan dengan Allah dan memperbaiki hubungan sesama manusia. Tapi majoriti suka salah menyalahkan. Ambil jalan mudah, cerai. Hmmmmmmmm……..
Bagi yang dah bertaubat, alhamdulillah! Moga Allah terus tetapkan hati kita padaNya. Aamiinn.. tapi bagi yang belum, mungkin kita patut muhasabah.
Ada pulak tu, alhamdulillah selepas mereka berkahwin, rumahtangga mereka baik2 sahaja. Ada antaranya bersyukur pada Allah. Tapi ada juga manusia kerana hidupnya baik2 sahaja, mereka pun merasakan yang perbuatan mereka bercinta dulu itu bukanlah dosa kerana tidak ada bentuk balasan Allah dalam rumahtangga mereka. Orang panggil istidraj kan?
Yang macam ni lagi bahaya, sebab mereka tak nampak kecelakaan yang mereka telah buat terhadap diri mereka. Nauzubillahi min zalik.
Walaupun sudah berkahwin, bercinta itu tetap salah dan harus disesali.
Pada pengamatan aku, yang bercinta ni mesti kemudiannya akan terpaksa menerima akibat akan kesilapannya dulu. Secara halus atau terang. Sebab kebanyakkan mereka melihat perkahwinan secara dasar dan tidak keseluruhan. Wallahualam.
Mungkin ada yang berpendapat, bercinta tu perlu untuk kenal. Mungkin. Tapi biarlah dengan saluran yang betul. Melalui ibubapa. Istikharah. Tawakkal. -Jalan2 yang Allah redha.
Sebab belum tentu, kita dah kenal sebelum kahwin, kita akan kenal selepas itu.
Bagi aku lah, kalau kita betul2 tetapkan ketawakkalan pada Allah. InsyaAllah, pasti akan dapat membina sebuah keluarga yang cemerlang. Tak perlu berhubung pun sebelum kahwin, sebab kalau Allah redha, bukan ke kita akan beruntung? Wallahualam.
Put your trust in Allah! Find Allah and happiness will follow you. Love Allah and everything that He created will love you. Obey Allah and He will show you a way of every difficulty.
Wallahualam.
Maaf pada salah silap bicara. Ambil mana yang baik. Tegur mana yang kurang. InsyaAllah.
Thank you admin post kan :)
May Allah bless all
– Takut bala Allah
Kongsi luahan anda disini –> https://iiumc.com/share-your-stories/