Berdikarinya Seorang Isteri

Aku Afzah, ibu kepada seorang cahaya mata lelaki dah isteri kepada lelaki yang merupakan satu-satunya anak tunggal lelaki dalam family dia (adik beradik dia yang lain perempuan).

Aku nak buat satu confession lah kenapa perempuan patut berdikari even mungkin yang akan kata “lah memang tugas laki kan cari nafkah”.

Ye awak, saya faham maksud awak tu, tapi sedarlah yang dunia ni tak macam awak inginkan. Memang betul tugas suami cari nafkah, tapi kena sedar yang suami beri apa yang kita perlu dan tak semua suami mampu bagi apa yang kita mahu.

Perempuan dan keinginan memang tak dapat nak dipisahkan. Tipulah kalau tak pernah rasa situasi di mana kita nak kan sesuatu, tapi mampu pendam jer sebab kita tahu yang suami kita cukup-cukup jer gaji dia kan?

So ya, same thing happen to me. Namun, aku rasa macam a bit makan hati lah.

Cerita dia jadi dari awal aku dirikan rumah tangga lagi. Masa tu husband mampu sewa rumah flat jer.

Faham-faham lah keadaan flat macam mana kan, lagi flat kos rendah yang tak ada maintainance, pluss kejiranannya penuh warga asing.

Hari-hari bila nak keluar tanpa suami sebagai contoh nak buang sampah kat tingkat bawah pun aku rasa takut sebab warga asing ni bila diorang lebih ramai, diorang makin berani.

Pernah lah masa awal kahwin tu aku cuba nak biasakan diri jalani hidup di rumah kami yang dulu tu kan, tiba-tiba ada one of bangla ni dok tengok aku atas bawah siap senyum-senyum.

Lepas tu dia bawak geng dia pergi lepak kat tangga tempat yang patutnya aku lalu untuk balik ke rumah yang berada di tingkat paling atas (tingkat 4). Serius seram.

Sepanjang aku duduk rumah flat tu, tak ada pun adik beradik husband or parents dia nak melawat kami atas alasan rumah kami tu tinggi and kotor.

Bila dah ada anak pulak, makin gigihlah mak mertua and bapak mertua aku suruh husband pindah sedangkan diorang tahu kewangan kami masa tu macam mana.

Bila husband aku sentuh bab ekonomi kami yang tak stabil, mula lah diorang bahaskan aku,

“Lah isteri kau kan belajar tinggi-tinggi, tak kan tak nak kerja? Anak kau tu pun tak sesuai duduk kat flat tu. Dah lah kotor, bangla banyak situ. Nak keluar mesti rasa tak selamat jer kan”.

Hmm… Ya, aku tahu apa yang mak mertua aku dan bapak mertua aku cakap tu benda betul.

Aku belajar tinggi-tinggi, sepatutnya aku bekerja kalau dah keadaan ekonomi keluarga pun tak kukuh mana. Kadang tu aku tersinggung jugak lah bila orang yang aku anggap family pun persoalkan status aku jadi suri rumah yang sah-sah tak bergaji.

Suami aku ni pulak jenis kalau duit tak cukup ke , nak kena cut perbelanjaan ke, apa semua dia tak nak bincang kat aku atas alasan tak nak aku rasa serba salah. Tapi dia lupa yang deria rasa seorang isteri ni kadang-kadang tu tajam.

Aku dapat rasa yang dia tak cukup duit and terpaksa berpinjam, dan yaaa apa yang aku duga betul sebab aku ada perasan masa aku pinjam phone dia untuk call mak aku, aku perasan time tu wasap dari mak mertua aku masuk dan yaaa… Aku terbaca segala benda tu.

Hampir setiap bulan lah aku perasan yang mak mertua atau bapak mertua aku bank in kan suami duit untuk support kehidupan kami laki bini anak beranak.

Mungkin suami aku rasa benda tu patut since mak mertua and bapak mertua aku tu parents dia kot. Tapi tak bagi aku.

Aku perasan sejak tu tanggapan mak mertua aku makin teruk kat aku. Dia macam nak kata yang aku ni lah punca husband aku tak cukup duit.

Bila ada events family kan, mak mertua mesti kondem aku like 

“Anak aku tak ada belikan kau baju ke? Kenapa baju kau pakai ni nampak buruk”, 

“Anak aku tak bagi yang kau nak ke? Kenapa kau macam teruk sangat”, 

and macam-macam lah.

Dia jugak perdebatkan isu “berdikari”.

Ya aku tahu dulu dia jenis ibu yang bekerjaya, dia mampu beli rumah kereta sendiri, dia mampu ambik pengasuh untuk anak-anak tanpa libatkan duit suami dia, dia mampu hantar anak dia sekolah mahal-mahal, and serba serbi dia mampu buat sendiri.

Benda tu memang tak sama dengan keadaan aku masa tu yang memilih jadi suri rumah jadi benda dia tak suka, makin rancaklah dia nak kondem aku baik fizikal aku, cara aku layan suami, cara didik anak, dan seangkatannya.

Dia siap pernah ungkit depan aku yang dia bagi suami duit sebab tak cukup duit nak tanggung kami (aku dan anak).

Persoalan aku, kenapa dia nak ungkit? Jadi makin kuatlah keputusan aku untuk bekerja.

Aku tak suka dilayanan seperti sampah, sampah pun ada harga. Ni tak, kadang tu mak mertua comparekam aku dengan calon menantu tak jadi dia which is perempuan yang dia teringin nak jadikan menantu.

Aku dengan perempuan tu jauh bumi dengan langit beza dia. Perempuan tu adalah karakteristik yang mak mertua aku nak kan which is pandai berdikari, pandai, cantik, ramah, dan ya dia terlampau macam perempuan melayu terakhir.

Dan hampir setiap events family lah mak mertua aku ni jemput dia lepastu dia pejam mata dengan kewujudan aku as isteri kepada anak dia, dia makin suruh perempuan tu rapat-rapat dengan suami aku.

Dan yaa… 1 tahun lepas tu, aku diterima masuk ke dalam satu company engineering.

Anak aku pun dah 3 tahun dan jenis yang banyak cakap, so aku tak risaulah letak dia kat pengasuh. Kot-kot apa-apa jadi dia boleh lah mengadu kat aku.

Dan memang rutin anak bila balik dari rumah pengasuh, dia akan bercerita. Alhamdulillah dapat pengasuh yang jenis sayang anak asuhan macam anak sendiri.

Pengasuh tu merupakan seorang pejuang garis dua, dah 15 tahun kahwin tapi tak ada rezeki zuriat. Dia pun dah berhenti kerja even kerja sebelumnya gaji masyuk, dia kata dia nak rehat tapi dia tak nak tak buat apa sangat.

Tu yang dia buat pengasuh. Hadirnya anak aku ibarat hadirnya cahaya baru untuk dia.

Selalu gak dia bawak anak aku jalan-jalan pergi masjid lah itu ini. Then suami aku pulak diberhentikan kerja atas alasan company dia bekerja dah tak mampu nak bayar gaji.

Memang aku rasa a bit tertekan masa tu sebab perbelanjaan keluarga kini tertumpu pada aku, tapi aku ada bagi tahu suami yang aku tak nak dia bagi tahu pun kat parents dia kondisi keluarga kecik kami macam mana sebab aku tak suka ada campur tangan orang luar.

Masa aku kerja tu, aku ada lah settlekan hal-hal aku macam lesen, beli kereta and all. Benda yang aku rasa susah tu Allah mudahkan even proses tu a bot lambat.

Dah 5 tahun kerja, then aku buat loan pulak untuk bukak business perabot rumah and open service interior design macam tu. Husband reti bertukang, jadi baguslah dia boleh handle.

Lepas tu aku letak jawatan sebab nak sama-sama husband handle business family, dan tahun tu jugak kita orang berjaya sewa rumah yang lagi selesa.

Mula-mula tu kan masa dapat rumah sewa baru tu, mak mertua dan bapak mertua adalah datang ziarah, tapi diorang macam mempersoalkan about harga sewa.

By the way, mak dan bapak mertua aku tak tahu yang aku bekerja as engineer sebab aku cakap kat husband jangan bagi tahu diorang.

Biarlah diorang nak pandang rendah kat aku macam mana pun, aku sedar diri. Aku tak nak sebab sekarang aku dah bekerjaya and mampu ada duit sendiri, maka layanan diorang berumah.

– Afzah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *