Kuatnya Mak Aku

Bismillah. Terima Kasih buat admin sekiranya confession ini disiarkan buat para pembaca.

Tujuan aku bercerita sebenarnya untuk bertanya pendapat akan apa solusi yang patut aku lakukan.

Aku seorang mahasiswa universiti. Anak bongsu daripada lima orang adik-beradik.

Jujur aku cakap hubungan kami dengan ayah tidak semesra keluarga yang lain. Aku pun tidak tahu kenapa tapi bila dengan ayah, aku rasa segan dan kurang nak bercerita.

Bila masuk universiti, aku cuba untuk ajak ayah berbual tapi ayah aku seorang yang introvert dan perbualan kami hanya hidup untuk beberapa minit sahaja.

Namun, walaupun ayah aku introvert, ada satu rahsia besar yang aku sangat tidak sangka berlaku dalam keluarga aku. Hanya aku, kaklong dan mak sahaja yang tahu tentang rahsia itu.

Setiap hari aku mesti akan dihantui dengan perkara itu. Aku kesian dengan mak aku. Titis air matanya. Tangisnya bila dapat tahu ayah aku dah ada isteri yang lain.

Aku dapat tahu pun apabila aku korek cerita dari kaklong aku. Kenapa mak aku selalu menangis.

Rupanya baru aku tahu diam-diam ayah aku tu pun, yang aku tengok rajin, baik tak banyak cakap rupanya dah ada tiga isteri. Mak aku isteri pertama.

Aku sangat sangat terkejut bila dengar benda tu. Tapi, ayah aku baik. Cumanya aku tak sangka ayah aku membelakangkan mak aku.

Mak aku simpan rahsia ni dah lama. Ayah aku kahwin yang kedua bila aku masih kecil lagi dan sekarang aku dapat tahu yang ayah aku dah kahwin tiga.

Aku tak sampai hati nak tengok mak nangis selalu. Mak aku kuat sangat. Kalau silap gaya, boleh jadi depression. Tapi tak, mak aku kuat.

Sampaikan mak aku pernah cerita, aku pernah masuk wad sebab aku ada masalah kesihatan dekat seminggu macam tu.

Ayah aku tak dapat jenguk aku sebab dia di luar semenanjung. Tapi, hari last aku nak balik rumah, baru dia ada sebab mak aku kata dia nak pergi umrah.

Rupanya, ayah aku pegi umrah, lepas tu dia kahwin yang ketiga.

Mak aku nangis-nangis cerita pasal tu dekat aku. Aku tak tahu nak bantu mak macam mana. Sekarang ni, aku rasa nak berhenti belajar nak duduk dengan mak.

Abang aku dia dah berkahwin, tapi aku stres sangat sebab dia asyik minta duit mak aku. Aku geram. Aku nak sangat marah tapi aku sedar aku ni anak bongsu. Aku tak ada kuasa.

Sampai saat ini, aku tak faham kenapa ayah aku sanggup buat mak macam tu. Kenapa lelaki tak boleh setiap pada yang satu ?

Semua ahli keluarga tak tahu pasal ni. Aku cukup geram dengan atok perempuan belah ayah aku, dia sangat sokong perkara ni. Seolah-olah dia bukan perempuan. Dia tak faham perasaan mak aku.

Aku sangat tertekan dengan benda ni. Tapi, aku tak tak tahu apa yang aku boleh buat.

Allah yang paling tahu betapa hati ni luluh sangat tengok mak kadang-kadang menangis cerita pasal ayah aku.

Apapun, aku belajar satu perkara. Kadang-kadang mereka yang kita lihat baik tu tak semestinya dia baik. Tapi, sebab Allah tutup aib.

Percayalah, pakaian, personaliti bukan ukuran kepada kebaikan seseorang tapi HATI.

Sekarang, aku seperti ke arah nak drop course aku untuk terus ada di sisi mak sebagai penguat.

Walaupun suasana rumah aku muram dan tak bahagia tapi cukuplah ada mak aku sebagai penyeri.

Semoga dipermudahkan urusan semua. Terima kasih sudi baca confession aku :(

– Husna (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *