Berdosakah Aku?

Kisah aku sama macam cerita, (https://iiumc.com/ist3ri-patung-cendana) ni, tempoh perkahwinan pun sama tapi tidak la sampai tidak disentuh.

Aku tidak disentuh sejak 2 minggu sebelum puasa sampai la harini. Singkatkan masa, tapi memberi impak besar dalam rumahtangga kami sekarang.

Aku merajuk dengan husband. Aku dah pakai seksi, dah awal masuk tidur. Dia boleh main phone sampai pukul 12.00am.

Lama aku tunggu dalam bilik. Akhirnya aku keluar, aku tanya memang nak tidur luar ke. Dia cakap dia malas.

Aku merajuk, aku pujuk diri sendiri. Nangis pon sendiri. Dia tak pernah mula dulu. Kalau isteri merajuk, selalu suami pujuk kan. Aku tak ada orang pujuk.

Tak pernah dia ‘MULA’ untuk body contact, communicate hal-hal untuk merapatkan hubungan suami isteri ni, semua aku mula dulu.

Nak dia peluk aku, dia cakap aku panas. Mestilah, sebab body heat kan. Nak aku jadi ‘sejuk’ dulu kot baru nak mula peluk aku.

Harini dah masuk hari ke-6 Ramadhan, sudah 3 hari tiada komunikasi antara kami. Aku senyap, dia lagi senyap. Sebab apa-apa aku yang mula dulu.

Aku tiada selera makan sekarang. Tapi masa sahur aku masih siapkan makanan untuk dia. Aku minum susu makan kurma sahaja. Aku teman dia makan, tapi tak ada borak-borak. Berdosakah aku?

Aku jadi makan hati, itu yang kenyang je. Aku bekerja, cross-border. Aku harap aku bertahanlah dengan perjalanan pergi balik dengan kurma sahaja.

Betullah orang cakap, duit banyak pun belum tentu bahagia kan.

Aku google kenapa isteri tidak disentuh, jawapan yang keluar salah satu suami dah tak sayang. Ye la kan, kahwin atas dasar family, tak kenal, perasaan tu tidak wujud lagi rasanya dekat dia.

Aku balik kerja tak pernah tanya apa-apa pun. Sebelum ni, dia balik kerja macam-macam aku tanya. Aku penat la semua nak aku mula dulu.

Kalau aku merajuk lama-lama, berdosa tak? Aku pergi balik kerja dia hantar/ambil. Tapi dah macam naik grab, tiada komunikasi cuma tak payah bayar.

Untuk dia, kalau dia ‘nak’, dia pakai short-pant, kalau dia taknak, pakai tracksuit. Memang dia je ke yang boleh bagi hint macam tu? Aku?

Tiap-tiap malam aku yang peluk dia dulu, dia seingat aku tak pernah mula peluk aku. Mungkin sebab tak sayang kan. Ataupun sekarang bulan puasa, tak boleh buat?

Aku google jawapan cakap boleh. Dia malas kot.

Aku tulis ni pun aku menangis. Perempuan hati tisu.

Aku kena tanya dia ke kenapa tak sentuh aku? Kenapa tak pujuk aku? Kenapa tak peluk aku? Ke aku kena hantar artikel dekat dia macam mana nak pujuk isteri?

Aku terfikir dah nak pakai tudung dekat rumah. Entahlah. Aku nangis sendiri je sekarang.

Minggu depan birthday aku. Aku tak tahu dia ingat tak. Sebenarnya aku tak kisah pun tapi nak jugak rasa 1st time birthday dapat wish dari husband.

Family dia pon nak datang bermalam dekat rumah aku nanti. Aku tak tahu macam mana keadaan waktu tu. Dah berbaik, habis pujuk atau sama je macam sekarang.

Kepada semua, tolong kalau ada kawan-kawan yang dah kahwin, tanya dia isteri merajuk dekat rumah, apa dia buat?

Mana tahu, tiba-tiba ada pembaca yang tertanya dekat husband aku, rasa baru dia aware kot? Share banyak-banyak.

TQ korang..

– Perempuan hati tisu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *