REPLY: Suami & Duit

Assalamualaikum & Salam sejahtera,

Saya menulis untuk menceritakan perihal saya dan suami dari kisah tt, (https://iiumc.com/su4mi-duit/).

Saya berkelulusan diploma manakala suami ijazah. Alhamdulillah, bahasa inggeris saya agak baik berbanding suami.

Syukur dari darjah 1 sampai tingkatan 5, bahasa inggeris saya sentiasa A atau A1, berbanding subjek lain yang sering ke laut

Suami pula sederhana, memang bahasa inggeris dia kurang baik, nak berbual sehari2 pun dia kurang pandai.

Alhamdulillah, itu dulu.

Sejak suami diterima bekerja di salah sebuah syarikat yang terbesar di Malaysia, yang baru2 ni digembar gemburkan dapat bonus berbulan2 tu, bahasa inggeris dia pun bertambah baik walaupun dia dapat teguran dari boss untuk improve dan pergi kelas.

Kami pun macam tt dulu, masa mula2 kahwin gaji saya tinggi sikit berbanding suami tapi alhamdulillah sekarang gaji suami hampir 2x ganda gaji saya.

Perkahwinan 15 tahun, kami dikurniakan 3 orang anak. Dari segi perbelanjaan saya memang tak kisah, tak berkira, selagi cukup untuk saya & anak2, saya akan terus bantu suami lunaskan perbelanjaan bulanan.

Mana yang kami boleh save, kami save. Ada rezeki lebih, kami makan sedap2, cuti2 dekat negeri sebelah2 je, pi oversea sebelum ada anak, adalah.

Saya tak pernah push suami, tapi saya sentiasa support dia tiap2 kali pi interview. Tolong karang email in english tu memang dah biasa sangat.

Dulu2, nak isi borang interview pun dia akan call saya. Saya layankan aje. Alhamdulillah, sekarang dah bertambah baik.

Sebenarnya, bahasa inggeris tak layak dijadikan kayu pengukur performance atau intellectual seseorang. Sangat2 unfair. Tapi ini yang dipandang masyarakat kita sekarang. Cuma, usaha tu kena ada kalau nak kerja dengan MNC.

Sekarang dah ada google translate etc, slow2. Kalau tak minat juga, tak guna paksa. Kalau rezeki tu dah tertulis, memang akan jadi milik kita.

Macam saya, tak minat managerial post sebab sibuk nak urus anak2, tapi bila interview sekarang, memang post tu je sesuai untuk gaji dan experience saya.

Akhir kata, man jadda wa jadda.

Kita berusaha, merancang tapi Allah sebaik2 perencana. Stop comparing ourselves to others & teruskan BERSYUKUR.

– Mama P (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *