Kami berkenalan melalui aplikasi game, aku masih ingat lagi dimana waktu itu aku memang kaki mengayat, jika aku melihat nama wanita aku pasti mencuba.
Terlalu leka sampai satu nama ku lihat membuatkan aku lebih mendekatinya (dalam game) aku pun try la dia. Akhirnya dapat, masa tu aku di taman permainan, waktu tu nak maghrib.
Aku berikan no. aku pada nya untuk teruskan perbualan. Dia pun setuju.
Sampai di rumah dia pun menegurku dan kami berinteraksi melalui video call, makin rapat hubungan kami dan seperti dilamun cinta aku dibuatnya.
Apa yang aku tahu dialah student di Universiti di Nilai (kalau tak silap)
Sejak perkenalan kami, aku dikejutkan dari tidur melalui calling, kami sentiasa meluangkan masa bersama jika free.
Dia seorang yang manja, kulit manis berbadan kurus dan suka pakai baju kurung yang fit, aku suka melihat dia memakai tudung bawal, sangat ayu seperti ustazah muda dan gadis melayu.
Nak dipendekkan cerita, telephone ku rosak dan aku lost contact dia. Lama juga mungkin berbulan dan kami tidak berbual sejak tu.
Aku repair phone ku tak silap aku ada buat icloud backup, dan aku yakin pasti ada chat2 sebelum ni aku dengan dia. Aku hampa, tiada data darinya.
Aku tak putus asa, aku cari nya di Youtube dan aku pasti dia ada sebab sejak berkenalan aku tahu dia ada upload video dia di youtube.
Aku dapat lihat ada video baru dia upload. Aku melihat dia makin jelita walaupun memakai kaca mata, dan bersopan seperti mana seorang student.
Aku mula teringat kenangan dengan dia walaupun tak pernah jumpa.
Dia selalu menggembirakan aku dengan kemanjaannya ketika aku sunyi.
Aku malu, aku tahu sejak aku lost contact aku yakin dia pasti melupakan aku dan lagipun dia seorang student ada rupa bagiku,
Dan tempat dia belajar pasti ada lelaki walaupun aku tak pernah berada di alam U aku lihat ada budak2 lelaki juga di tempat study nya.
Sejak tu, fikiran aku melulu tanpa bukti aku mula syak dia pasti ada orang lain.
Pada satu hari, aku on la media social aku teringat dia pernah chat dengan aku pada aplikasi tu tapi sekejap,
Dan apa yang aku lihat di profile picturenya, dua pasang kaki sebelah kanan aku yakin pasti dia sebab memakai baju kurung yang sendat dan kain berwarna perang sebelah kiri pula seluar jean hitam.
Dua2 berkasut. Jarang aku rasa wanita memakai seluar jeans. Aku tak yakin itu kawan.
Berapa hari kemudian dia tukar gambar profile dirinya sendiri, tapi tutup muka.
Aku tidak tahu siapa yang tangkap, last perbualan aku bertanyakan dia adakah dia yang aku berbual selama ni selepas lost contact, dan ya memang dia.
Tapi di berkata padaku ‘ex lain kot’ sejak tu sampai kini fikiran ku bertanya2 adakah dia fikir aku ada orang lain?
Aku tak nak disakiti mahupun dimalukan aku buat keputusan untuk menjauhinya. Even berinteraksi di media social pun dah sakit apatah lagi berjumpa depan2.
Aku tak tahu apa yang dia lakukan, dia jauh, ada rupa seorang yang manja dan selalu menghiburkan.
Kini, aku selalu menunggunya datang padaku sebab kau tau kalau aku hadir pasti sakit.
Aku bersyukur aku tak usaha lebih padanya dan walaupun umurku makin menaik aku cuba untuk melepaskan teruna aku pada orang yang benar.
Dia sangat cantik walaupun dia berkulit manis, aku selalu lihat dia di youtube bila aku merinduinya.
Terima kasih H kerana berada dalam hidup A walaupun sementara.
Aku cuba menjauh takut2 dia dah berpunya, tak kira la teman wanita/ tunang/ isteri/ bekas isteri orang aku tak nak disakiti. Semoga berbahagia dengan insan pilihannya.
Pesanku pada pembaca : bila anda berkenalan pada seseorang yang membuatkan anda gembira dan selesa. Jangan terlalu berharap padanya.
Bersederhanalah ia tak mencuba takkan mendapati hasilnya, tapi dari soal perasaan. Berwaspada lah.
Maaf jika jalan cerita tunggang langgang. Terima kasih sudi membaca.
– P (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit