Berhati-hati menaiki bas

Kisah aku berlaku pada hari Isnin bersamaan 7 Mac 2016.Perjalanan dari tempat aku belajar untuk pulang ke rumah mengambil masa 2 jam.Aku selalu balik rumah sorang-sorang naik bas express.kalau dah balik sorang-sorang itu bermaksud kau tak akan tahu sapa yang akan duduk sebelah kau.kalau sebelah kau tu sama jantina kira kau beruntung la tapi kalau berlainan jantina tu yang kena berjaga jaga tapi kalau bas tu byk kosong bolehla ubah tempat duduk.Pernah jugak tak ada sesiapa duduk sebelah aku memang aku rasa bahagia tidur pun selesa.Sepanjang aku balik menaiki bas kebanyakannya lelaki duduk sebelah aku.Bila lelaki yang duduk sebelah aku memang aku berjaga-jaga, aku sanggup tak tidur walaupun mengantok macam mana sekalipun.Aku akan mengecilkan badan aku selagi bpleh walaupun hakikatnya badan aku bertubuh gempal.

Pada awalnya aku rancang nak balik esok petang sebab aku ada kelas tapi kelas tu batal sebab hari rabu aku nak teman emak aku pergi hospital.Jadi aku buat keputusan balik petang isnin jugak sebab dapat spend time dgn mak aku lama skt.Aku dapat tiket plg awl pukul 7 ptg sebab aku ada kelas harinin smpi pukul 5.Aku naik bas bila dah pukul 7 dan orang yg duduk sebelah aku td ialah lelaki melayu.Aku dh jd tak selesa, kebetulan harini bas tu penuh plk dan kebanyakannya couple nak tukar tempat dh tak boleh jadi aku pun mcm biasa bila berlainan jantina aku akan mengecilkan tubuh aku dan jaga jarak tapi nak jadikan cerita harini aku tak berapa nak sihat kepala pening drpd pg td jadi aku boleh terlelap dalam bas.Aku tersedar bila terdengar azan isya' drpd phone aku.Bila aku tersedar apa yang aku nampak tangan lelaki yang duduk sebelah aku td btul2 ats tempat yang tak sepatutnya dia letak.Ya aku dh kena cabul dan aku tak tahu berapa lama tangan lelaki tu ats aku pnya tut.Azan isya' tu yang menyedarkan aku sebab aku klu tidur memang dh tak sedar ape lagi2 plk kepala tgh pening harini.Bila aku tersedar aku tolak tangan dia dan dia boleh buat2 terlelap dan kebetulan time tu dh nak smpi ke tempat perhentian bas.Perasaan aku time tu hanya Tuhan je yang tahu.Bila bas berhenti je lelaki tu kelam kabut trun dri bas.Aku dh tak tahu nak buat ape.

Aku teruskan jgak perjalanan aku dari perhentian bas ke rumah dengan menaiki tren.Dalam tren aku dduk tepi tiang dan aku menangis dan trus menangis aku dh tak peduli org pandang aku time tu.Nak bgtau mak tp mak aku tak berapa sihat mak aku ada darah tinggi,kencing manis dan salah seorang pesakit kanser.Mak aku tak boleh tertekan jdi aku smpan je ape yg terjadi kat aku.

Kesimpulannya, kepada kaum hawa berhati-hati la ketika pulang ke kampung halaman masing-masing.Kita tak tahu ape akn jdi pada diri kita.Aku sendiri tak sangka bnda ni blh jdi kat aku sedangkan aku selalu blk sorang sorang naik bas tapi klu bnda nk jadikan.Jadi aku tak nak perkara yg terjdi aku td terjdi kt korang.Aku masih trauma dan aku tak tahu nak luahkan kat sape jdi aku luahkan kt sni supaya dpt dijadikan pengajaran kepada kaum hawa diluar sne dan aku nk ingtkan supaya berhati hati.Kalau boleh jgn blk lewat ptg sekiranya tak ada kwn nk blk.

– -Aku mangsa-

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *