berhenti belajar

Assalamualaikum warga iiumc..thanks admin sudi post confession sy…saya bkn student iium..sy skrg berada dlm sem 2 di universiti sy dlm prgram ism bahasa arab..sebelum ni sy x pernah termimpi atau terfikir untuk ambil kursus ni di peringkat ijazah dan sy x pernah masuk kan dlm senarai permohonan upu..sy x tahu mcm mna sy boleh di tawarkan kos ini di universiti yg sama semasa diploma…oleh sbb x ada pilih lain sy menerima tawaran tersebut dan sy bertekad untuk tukar kos selepas tamat sem 1 kerana syarat untuk sy tukar kos di universiti ini,sy perlu menghabiskan 1 sem dhulu..sy dh cuba yg terbaik untuk mendapatkan result yg baik kerana sy btl2 bertekad untuk tukar kos..tp masalah timbul apabila sy tidak berjaya untuk tukar kos dan sekarang sy seperti hilang arah..sy tak tahu sama ada sy perlu berhenti atau meneruskan kursus ini yg mengambil masa 4 tahun..4 tahun bukan sekejap untuk sy bazirkan kpd perkara yg sy langsung x minat..kawan2 yg lain cuba beri nasihat supaya sy teruskan pengajian tp sy tahu kemampuan diri sy dlm bahasa arab..sy x yakin sy mampu untuk memberikan keputusan yg baik setiap sem..seperti pelajar lain sy juga ingin merasai mendapat keputusan dekan atau grad dgn pointer yg baik dan bkn pointer ckup2 mkn..jika sy teruskan,sy akan bazirkan wang ringgit dan masa..tp klau sy berhenti skrg sy x tahu apa yg perlu sy lakukan dan mungkin sy akan menguburkan impian sy untuk belajar…sy amat mengharapkan nasihat dri warga iium..

– cik keliru

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *