berkat

berkat

Ayah kerja sendiri orang panggil penjaja..x mkn gaji..kalau sakit tak adalah gaji..kadang untung 50-60 ringgit sehri.kadang2 ada la lebih sikit.Sampai sekarang pun tak ada rumah sendiri, kereta burok 2nd hand .Tapi satu je yang sy sebagai anak perasan, ayah x ada hutang dengan sapa2. Walaupun masa kecik2 x pernah mkn kfc, pizza n makan luar tapi kami alhamdulillah cukup makan , telur goreng air tangan mak pun dah rasa sedap. Mak suri rumah dan pandai jahit. Jadi kebanyakan baju kitaorg mak jahit. Jadi jimat kat situ. Kakak sulung x berapa cemerlang sangat dalam pelajran tapi alhamdulillah dapat suami baik alhafiz.So dia kahwin awal. 4 orang daripada kami dapat masuk Uia dan alhamdulillah dapat biasiswa jpa n x menyusahkan mak ayah. Sorang lagi masuk ipta lain. Yang bongsu masih lagi sekolah. Result spm sy biasa sahaja dapat 9A .Mak ayah gembira dan cakap ingatkan dapat sikit je A sebb saya ni jenis malas baca dan masa exam kat sekolah x pernah pun dapat A subjek sains selalunya dapat C je. Tapi adik saya lagi 3 orang dapat 12 A spm masyaAllah saya pun terkejut.Mestilah mak ayah gembira sangat2.. sekarang ni 3 orang dah bekerja. Doakan kami dapat berbakti kepada orang tua kami yang mendidik kami menjadi orang berguna. Walaupun tak kaya tetapi yang sedikit tetap dirasakan mencukupi dan itulah berkat. ALHAMDULILLAH dan tqvm mak dan ayah

– kakak

Kongsi luahan anda disini –> https://iiumc.com/share-your-stories/

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *