Berkulit gelap ? So, what’s wrong with that haa ?

Sedih sangat bila dibandingkan pasal kulit. Pernah rasa betapa kecilnya hati bila kita dihina. Berkulit gelap, So what's wrong with that ? Bila kau bergambar dgn kawan2 kau, dan kau jadi yg paling gelap malah kau diperli kerana kau gelap. Pernah rasa ? its hurt. Kau jugak nak jadi cantik, ada kulit cerah, cantik macam orang lain. Tapi nak buat macam mana dah Allah yang bagi, terima jelah. Masa sekolah dulu, kau sering dengar kengkawan cerita/mengadu kulit dah gelap sebab bersukan sedangkan kau dah biasa jadi gelap. Diorang mengadu macamlah diorang dah tak boleh putih balik siap cakap "kau takpe, mmg dh gelap. Aku ni haa, sunburn wei. Ya Allah. Hitamnya ? Apa nak buat ni ?" Kau rasa patut ke kau tak terasa ? Ataupun "Ya Allah, dah lah hitam kau ni. Pergi bersukan lagi kang dh nampak gigi je." Okey, its hurt. Bila bergambar reramai pulak, "Eee. muka aku gelaplah!" dan pada masa tu kau tahu kaulah yang paling gelap dalam reramai tu. Dan aku pernah rasa orang cakap kat aku "Nasib baik kau tersengih, nampak jugaklah gigi tu. Kalau tak, tak terperasan aku". "kau pakailah pencuci muka ke krim muka ke bagi cerah sikit kulit tu." Sedih kan ? Tapi tulah yang aku hadap hari2. Orang yang dah putih dok ngadu dah gelap. Bukan perempuan je cakap, kengkwn lelaki pun cakap mcm tu. hari2 kena kutuk. Sampailah timbul dlm hati aku ni, "apa kena kalau jadi gelap? mmg hodoh terus ke kalau gelap?" Akhirnya aku down. Tak semangat langsung nak hadap orang. Aku tak pernah pakai warna terang dan cerah. Asyik warna suram je. Sampailah makcik aku kata aku ni macam orang tua. Saban hari tau kau dengar orang cerita pasal kecantikan sampai kau rasa yang diorang ni tak reti bersyukur ke. Tapi aku lupa, aku lupa aku jugak manusia tak bersyukur tu. Kenapa aku nak kena sedih dgn adanya kulit gelap ? Ya Allah, tak bersyukurnyalah aku ni. Asyik jeles dgn orang kulit putih je. Okey, dan sampai sekaranglah aku masih terasa. Tapi dah lali dan setiap kali aku down, aku akan tengok kekurangan orang lain cth mcm orang oku ke muka kena asid ke kiranya aku akan bandingkan apa yang aku ada dan orang lain takde. malas dah aku nak tengok kekurangan aku ni, kang makin down. So, dari situlah aku akan belajar terima segala yang Allah bagi. Tak moh mengeluh, tak moh dah jadi orang yang tak bersyukur ni. Aku cerita ni sebab nak orang yang berkulit gelap janganlah sedih sangat. Nanti ada lah tu orang yang nak kat kita ni. Bersyukurlah diberikan peluang untuk hidup dimuka bumi ni. Boleh kumpul pahal. Tak moh sedih2. Percayalah hitam itu manis. Biarkan unsur negatif ditepi, jangan diserap. Kepada yang berkulit putih pulak, engkorang bersyukurlah dan tak perlu takut jadi gelap sebab korang boleh putih balik haa dan jangan pernah bandingkan kulit korang dgn orang yg kulit gelap(kalau member rapat takpe, sbb dh rapat kan). Ingat! tak perlu bandingkan sbb orang berkulit gelap ni mudah down bila sentuh pasal kulit ni. Konklusinya, janganlah kita jadi orang yag tak reti bersyukur. apa yang ada pada diri kita terima jelah. Sebabnya hanya taqwa yang menjadi ukuran di akhirat sana. Terima jelah ye, dah Allah yang bagi. Percayalah, ada hikmahnya.

Aku rasa lega pulak lepas taip pepanjang ni. Tapi penat. Segala salah dan silap mohon diampun. Ini cerita aku. So, cerita kau pulak ?. hmm..

– NewtMR

Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->

Click Here

53 Comments

  1. Jgn risau, hidup lebey kurg 65 tahun then mati, kat syurga nanti dah. Kesah hal kecik camni. So live your life happily coz bak kata Garnier, your worth it.

  2. Haha. Kelakar la orang yg suka menghina ni. Tak tau apa function dia hina. Its okay. Bilal bin robbah pon hitam. But,di sisi allah, dia sgt mulia. Yg pnting,hati tu putih bersih. Kalau muka je cantik,putih tapi hati tak bersih,its useless. Hidup kat dunia tak lama,baik usaha untuk putihkan hati kita.Semoga bahagia,confessor. :-)

  3. Xpe dik…dont give up…pedulikn ap org ckp…akak dlu pn gelap jugak..smpai pakcik panggil akak intan payung sbb hitam legam (tp pakcik syg)…panggilan manja gitu….tp ble da kerja nie…alhmdulillah…kne pandai pilih product yg sesuai tuk kita….x perlu mahal…janji ad kesan… =)

  4. Hahaha babe..why you so down about ur skin??chillex da..aku hari2 kene compare sape lagi putih ngn mmbe2..mostly aku la pling gelap..and even dorg ckp ‘haha kau hitam’ or ‘weyh kau hitam doe’ aku rilex n buat bodoh je..sbb among friends im okay..and bile out of ‘area’ pnggil aku hitam aku just ckp ‘asalkan hati aku tak sehitam kau’ da fullstop..kalau dy cri gado blah je n buat dang..but kau kene tegar la nk luahkan kate tu..dude,dyg norfaizah hitam but sweet..lagi sape artis yg gelap..boleh chill je..tyra banks hitam negro..model kot..hah so stand up and be who you are..persetan kan anasir2 yg berterbangan tu..

  5. Hmm..chill babe..aku pun slalu kne hina dgn mk n adik bradik aku..sbb aku jee yg gelap sikit..dyorg smua pulun pkai produk..aku je yg kurg berduit sbb fokus on study..tp tkpe..putih2 pun nk kemana kn?aku sedar aku org melayu :/

  6. Biasanya yang kulit gelap ni raut wajah dia cantik cuma org x perasaan sebab kulit kite gelap. Yang kulit cerah biasanya raut wajah biasa2 je tapi nampak cantik sebab putih. Tu jer. Tak kisah la ape pun janji hati mesti mau baik punye.

  7. Aku penah rasa. Sbb aku ikut kulit ayah yg agak gelap sikit. Ramai yg suka banding2kan kulit aku dgn akak2 dan adik aku lg2 time kecik dulu. Bila org ckp pasal kulit je buat aku nk mati awal and aku byk kali minta Allah ambik nyawa aku sbb aku rasa ramai tak suka aku (perasaan aku je) sbb sedih sgt masa tu. Tp paling terasa kalau laki yg ckp. Paling kesian dulu aku slalu salahkan mak ayah aku sbb aku fikir ni sume sbb dorg. Teruk perangai aku ni ye, tak reti bersyukur. Bila da besar ni da malas nk fikir sgt sbb Allah da janji manusia yg berada dlm syurga nti semua hensem2, lawa2 dan muda sentiasa. So marilah utamakan Allah dan ibu bapa.

  8. Cuba ko compare dgn yg lagi gelap dr kau….bersyukur la…aku ade kawan afrika..bila aku telek2 kulit dia .ternyata…hitam2 dia pun..kulit dia cantik and lain dr org2 yg cerah2 ni…n betulla..klu imagine kulit dia tukar jadi putih…mmg cantik la..sbb raut wajah dia tu pun cantik jugak..tp sbb dia hitam kan..org pun pandamg sblh mata..melainkan kaum2 dia

  9. aq pon di kalangn bkulit gelap..paling teruk zaman skola la mngata itu ini..rasa down la jgak..tp kuatkn ht..pduli kata org…x jamin ape2..pon lau kulit yg cntik gebu putih melepak..tapi otak mcm tin kosong..mmg x bguna..

  10. awat rmai mgaku gelap tp dp nmpk putih jer??? adakah sbb make up? atau gambar edit? atau mmg mindset perempuan gelap sikiiiiiiit jer, tp dh dianggap gelap giler??? hmmm..

  11. Rileks. Dulu aku anak cina nampak urat hijau kat lengan. Sekarang banyak berjemur tengah panas, dah jadi negro dah. Beza lengan dengan badan macam filem P.Ramlee.

  12. Babe, rileks je. Aku pun hitam. Aku dan adik aku hitam. Hitam manis kata org. Huhuhu. Dr kecik smpai besar, org pggl kami bangla la apa la. Ada sekali tu kami kena bezakan dgn atap rumah yg drpd kayu warna hitam. Tu mmg terasa snpai aku nangis. Dan yg cakap tu sepupu aku. Sehitam mana pun kita, kalau hati baik babe, serius org suka. Aku suka tolong kwn2 aku study, antara kwn2 aku semua putih aku paling gelap. Tp dia org kwn ngn aku sbb die org kata aku baik. See? Org tak tgk pun kegelapan atau keputihan kita utk berkawan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *