Berpurdah tapi tak berhijab… MOTIF? Part 2

Berkenaan post sebelum ini… Alhamdulillah ada yang dapat menerima teguran dan ada juga yang sebaliknya. Mungkin meseg yang nak disampaikan salah ditafsir… mungkin? Mungkin point ke-4 tidak begitu penting sangat. To clear things out, saya bukanlah "benci" atau "anti" atau "hina" niqabis ye… Saya suka je tengok niqabis sebab masih ada yg mengamalkan sunnah ni. Niat saya hanya untuk menegur sebilangan daripada golongan niqabis yang salah niat pemakaian purdahnya. Saya hanya seorang muslimat yang ingin membantu niqabis yang tersasar dari niat sebenar. Mungkin saya terlampau kasar atau too straightfoward atau "tidak berhikmah". Walaubagaimanapun, saya hanya seorang confessor bukanlah pendakwah yang hebat dalam hujahnya. Kalau nak tunggu orang yang sempurna dari segala aspek untuk menegur, memang sampai kiamat pun tak de sape boleh tegur sebab memang semua manusia tak sempurna. Saya cuma kesal dan sedih apabila segelintir niqabis yang memandang enteng terhadap pemakaian purdah. Niqabis yang betul-betul jaga adabnya, alhamdulillah, (saya tahu ramai niqabis yang dah lama berniqab kan dan berdepan dgn pelbagai "komen" sepangjang pemakaianya tapi relaks la, awak tak buat pun 4 point tu kan? so tak perlu la terasa) bagaimanapun niqabis yg tidak begitu menjaga adab, saya hanya berharap awak betulkan balik niat awak. Siapa makan cili terasa pedasnya. Ya, saya tahu masih ramai tak setuju dgn post sebelum ni, ada kata "knapa org suka cari point nak bash org berpurdah erkk?? dah muak baca"- saya bukan nak sangat pun bash, saya tak bash pun cuma menegur… lagi pun dah nampak depan mata takkan nak senyap je? kenapa org susah sgt nak terima teguran? ego maybe? Ni lah dia bila kita tegur sikit, salahkan kita pulak … suruh pulak kita pegi nasihat golongan yg buat kesalahan yg lain… bukan apa, golongan niqabis ni bawa imej pemakaian agama yang sungguh mulia jadi haraplah jaga sekali adab supaya seiring dengan pemakaian. renungkan kembali… Tolong JANGAN jadi fitnah kepada agama sendiri. JANGAN jadikan purdah sebagai "trend" Yang penting niat kena betul… niat kerana Allah bukannya likes dan pujian, Ada juga yang kata "mata tu bukan aurat", ya tu betul tapi bagaimana pula berhias lebih-lebihan itu namanya tabaruj, tabaruj pula diharamkan betul tak? dan itulah yg saya maksudkan dlm post sebelum ni.
Maaflah kalau tersinggung perasaan. Kita memang tak boleh nak puaskan semua hati manusia.

– Silverstar

Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->

Click Here

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *