Bersedia sebelum graduasi
.
Saya dulu ketika belajar, result pun ok. Aktif society juga. Tapi satu je saya lupa nak 'build up' yakni…
.
Survival skill.
.
Saya dulu PTPTN tapi tak sampai beribu setiap sem. Hanya lepas separuh bayar duit yuran. Duit belanja, guna dana PAMA. So sebab malu nak minta lebih-lebih dari parents, saya pun berjimat sikit. Tapi disebabkan pinjam duit PTPTN sedikit, Alhamdulillah dah selesai konsisten bayar lepas dua tahun graduate guna gaji kerja kontrak.
.
Dulu ada juga niat nak bekerja part-time ketika belajar. Tapi parents kata biarlah fokus belajar, duit kerja ibu ayah cari. Betapa tinggi pengorbanan parents kan. Plus anak perempuan, so parents tak bagi kerja yang kat luar-luar. Saya pun naif so saya pun kerjanya belajar sahaja takut ibu ayah tak redha kalau saya buat kerja part time selain belajar. Bersociety takpe, asalkan jangan bekerja pesan mereka.
.
Cuma lepas graduate, barulah saya nak fikir survival skill. Baru nak tahu macam mana nak buat duit. Baru nak berjinak-jinak bisnes part time, cuba bisnes itu ini, belajar skill itu ini, belajar hal pengurusan kewangan, belajar hartanah, macam mana nak beli rumah dan lain-lain yang saya cuba 'cari diri sendiri' sebelum dapat kerja tetap.
.
Yelah. Kadang-kadang nak harapkan gaji kerja tetap pun tak cukup sekarang ni. Kena usaha lebih agar kita dapat beri lagi lebih.
.
So adik-adik sekarang ni, walau dah aktif society dan rajin belajar, jangan lupa untuk build up 'survival skill'. At least sementara kita dapat kerja tetap tu, kita boleh 'survive' dengan kemahiran dan bisnes kecilan kita yang kita dah bina dari zaman study.
.
Entah-entah dengan bisnes kecil itu rupanya makin lama makin maju lepas graduate. Dan akhirnya kita bekerja sendiri. Who knows?
.
At least kita tak ambil masa yang lama menganggur selepas graduate untuk cari duit. Ada back up plan.
.
Dan ibu bapa percayakanlah anak-anak yang mahu buat kerja part time ketika mereka masih belajar. Redhai mereka. At least mereka dah tunjukkan mereka ingin berdikari dan tidak mahu manja.
.
Btw saya tak salahkan parents saya kerana tak membenarkan saya kerja part time. Tapi saya salahkan diri sendiri kerana tak kreatif untuk cuba yakinkan mereka yang saya boleh berdikari. Sedangkan ada kerja yang tidak perlu saya keluar dari kampus. Antaranya dropship.
.
Tapi tulah. Dah graduate baru saya tahu apa itu dropship. Haha.
.
So, bersedialah dari sekarang.
Bukan untuk menjadi sempurna.
Tapi sekurang-kurangnya kita menjadi lebih baik dari tidak bersedia langsung.
.
Doakan saya agar dapat cari 'identiti diri' untuk bina hidup. Walau sedikit lambat tersedar, at least saya sudah sedar.
.
Jangan jadi 'terlambat' seperti saya.
– Olaf