Bersedia Sebelum Graduasi (Part 2)
Sebelum ni aku ada pernah cerita yang kalau kau build up ‘survival skill’ sebelum habis belajar, banyak kau dapat buat lepas bergraduasi sebelum dapat kerja tetap.
.
Takkan memanjang tunggu kerja (baca:menganggur) dan tak buat apa-apa duit.
Itu kalau dapat kerja, kalau tak dapat?
Takkan nak mengharap duit parents lagi, kan?
.
So, di sini aku nak share beberapa perkara yang korang boleh BERSEDIA sebelum graduasi. Di mana aku rasa menyesal sangat aku tak build up ‘survival skills’ ni time belajar dulu! :’(
.
———————-
1. Belajar SPSS.
———————-
.
SLEU ada anjurkan bengkel SPSS ni, kira dah rate murah dah tu berbanding kat luar. Sesuai bagi mereka yang nak sambung belajar Master/PHD. Takpun, kau boleh je ambil upah bantu student tu buat research guna SPSS. Buat upah personal coaching SPSS ke.
.
————————————-
2. Belajar Adobe Photoshop.
————————————–
.
Kau ada skill ni, macam-macam kau boleh buat. Banyak taw aku jumpa iklan orang nak upah yang pandai buat poster. Takpun, kalau kau dah expert, kau iklan upah buat poster dengan bayaran sesuka hati. At least adalah kan duit masuk dari kau duduk sahaja. Plus, mana tahu tetiba kau terfikir nak buka bisnes suatu hari nanti, kau design je poster kau sendiri tanpa perlu bayar kat orang. Belajarlah time masih belajar ni, ramai club buat kelas ni dengan harga terlampau murah berbanding kat luar.
.
—————————————-
3. Berniaga barang ‘physical’
—————————————-
.
Tak kira barang apa. Asalkan barang tu kau kena fikir student suka, keperluan dan mampu bayar. Kalau kau tak yakin dengan sistem MLM yang kena cari orang, kau berniaga benda ‘physically’ macam makanan, homemade kerongsang, tudung, sarung kaki dll. Duit pinjaman pendidikan/biasiswa tu kau gunakan sikit sebagai modal. Tak payah guna modal besar, cuba guna modal sikit dulu.
.
—————-
4. Dropship
—————
Kalau kau malas nak cari bahan berniaga atau tiada duit, kau berniaga dropship. Kau tak perlu keluarkan modal,tak perlu simpan stok. Just buat iklan kat FB/insta kau je. Kalau kau dapat customer yang minat, adalah dapat komisen. Lagi ramai, lagi banyak komisen kau dapat.
.
———————-
5. Agent Top up
———————-
.
Yang ni aku tak tahu sangat macam mana cara nak jadi agent top up semua telco ni. Tapi, market luas kot sebab student of course nak top up lebih-lebih lagi time urgent atau malas nak turun kiosk.
.
——————————————
6. Sewakan Kereta/Transporter
——————————————
.
Kalau kau ada kereta, kau sewakan kereta kau tu. Tapi kalau kau tak berapa nak percaya orang lain drive kereta tu, kau jadilah transporter. Kira macam kau ni driver teksilah. Kalau kau ada motor pun, kau boleh jadi transporter taw. Minyak motor sikit je, so kau boleh caj tambang murah berbanding transporter kereta. Lagilah orang nak kalau terdesak nak pi somewhere.
.
————-
7. Runner
————
.
Kalau kau pandai, kau jadilah runner produk makanan panas yang orang suka. Kau deal dengan tuan kedai nak jadi runner. Kau kumpul order customer, ambil order kat kedai dan hantar semula ke orang dengan caj lebih sikit. Mat/minah motor paling jimat dan pantas kalau nak jadi runner.
.
———–
8. Tutor
———–
.
Kalau kau pandai ajar orang, jadilah tutor. Berlambak sebenarnya orang nak cari tutor kat area UIAM Gombak ni lebih-lebih lagi private tutor. Takpun, ada je pusat tuisyen cari tutor.
.
——————–
9. Ajar mengaji
——————–
.
Ajar mengaji lagilah ramai nak private teacher. Senang sebab guru mengaji datang rumah mereka. Kalau kau baik dengan lecturer, kau ajar anak-anak lecturer je. Ramai je sebenarnya mencari. Lagi senang, kau boleh ajar anak-anak diorang kat bilik lecturer tanpa perlu keluar dari kampus. Bayaran sesuka hati.
.
————————
10. Cleaning services
—————————-
.
Kau boleh kerja bersihkan bilik student lain dengan harga student. Atau kau boleh bersihkan rumah orang luar kampus dengan harga lebih berbaloi sebab orang luar ada duit berbanding student. Kau tak perlu keluarkan duit pun, hanya perlu pandai kemas rumah je. Takpun, kau ambil upah dobi dan servis lipat/iron sekali. Timbang berat baju untuk tentukan harga. Sekarang ni, ‘masalah’ dijadikan bisnes kerana orang kerja sekarang tak sempat nak kemas rumah/basuh/lipat baju.
.
———————
11. Upah jahit
——————–
.
Bagi yang ambil ‘sewing skill’ tu selalunya ada mesin jahit. So, korang ambillah upah jahit. Ambil contoh baju diorang untuk kau copy paste. Jimat masa dari nak set appointment ukur badan. Takpun, ambil upah alter baju/tudung pun dah kira okay dah.
.
————————
12. Photographer
————————
.
Kalau kau ada camera DSLR, kau jadilah photographer. Nak senang, kau buat servis burn on disk sahaja tanpa hasilkan album gambar. Lebih-lebih lagi musim konvo, lagi ramai nak.Tapi pastikan harga dan gambar berbaloi la ye.
.
———————————–
13. Pengurusan Kewangan
———————————–
.
Belajarlah hal-hal pengurusan kewangan. Macam mana nak menyimpan, pasal pelaburan, takaful dll. Boleh start follow FB ikon-ikon kewangan dan pelaburan. Kalau tak mampu nak pi seminar, kau boleh start baca buku-buku berkaitan dulu.
.
————————
14. Ilmu Hartanah
————————-
.
Harga rumah makin lama makin naik. Payah nak jatuh, just ada diskaun je time musim gawat ni. So lagi awal kau tahu pasal hartanah, lagi banyak kau bersedia macam mana nak beli rumah lepas graduate nanti. Kalau kau pandai, kau bukan sahaja nak ada rumah, tapi kau tahu macam mana nak melabur dalam hartanah sebagai passive income kau. Bukan macam aku, lepas graduate, baru nak terkedek-kedek nak tahu pasal hartanah dan start kumpul duit untuk cukupkan deposit rumah sahaja. Baru nak cari part-time dan passive income untuk cantikkan profile loan aku, so rasa sakit sikit menunggu. Kalau kau dah start cari part-time dan passive income dari zaman belajar lagi, rekod transaksi elok-elok sebab nanti ia berguna untuk kau mohon loan rumah nanti. Melainkan kau mampu beli rumah cash, itu lagi hebat!
.
————————
15. Kursus kahwin
————————
.
Walau kau tak kahwin lagi, pergilah kursus kahwin yang UIA anjurkan tu. Sebab rate dia lagi murah berbanding kat luar dan kau tak perlu keluar duit minyak drive keluar kampus. Dan pergi dengan geng, lagi seronok ramai-ramai. Kalau kat luar, jangan pergi berdua dengan pasangan sebab ada satu slot tu dia agak ‘malu’ sikit kalau pasangan kau ada sekali. Ahaks.
.
———————
16. Ilmu agama
———————
.
Haa, ni lagilah. Kalau ada event/kelas agama kat UIA tu, pergilah sepuas-puasmu sebab dah la free, banyak pula tu sampai schedule kau tu kalau isi kelas-kelas agama sahaja, dah taraf schedule Perdana Menteri dah! Penuh dia kemain berderet~~ Kalau kau dah graduate, payah sikit nak jumpa atau kau sendiri susah nak pergi. Tengok tempat tinggal kau tu aktif tak majlis ilmunya.
.
———————-
17. Lesen Kereta
———————-
.
Seeloknya kau dah ada lesen kereta sebelum habis belajar. Bukan setakat ada lesen, kena pandai bawa kereta sekali. Sebab ada majikan/syarikat letakkan syarat pekerjanya kena ada lesen, senang nak outdoor work. Plus, dia nampak kau lebih independent dan senang nak buat kerja (in case kalau perlu jumpa client).
.
———————-
18. Networking
———————-
.
Kalau kau pandai, kau dah start bernetworking dengan orang hebat. Dalam bisnes, dalam pelaburan, dalam apa-apalah. Nak paling senang, kau join society/club jadi komiti, lagi luas networking kau. Sebab apa? Sebab mana tahu suatu hari nanti kau tetiba nak buat bisnes, at least kau dah ada orang yang kenal dengan budi pekerti kau, so diorang senang nak beli produk kau sebab dah percayakan kau.
.
Sebab aku pernah nampak kawan aku dia ni tak join sangat society belajar dahulu, buat hal sendiri dan belajar je. Then, dia iklan bisnes dan post dia pun nampak macam suram je. Berbanding kawan aku yang memang aktif society dulu, once dia post iklan bisnes, ramai deal dengan dia. Tapi bukanlah bermakna bisnes kawan ‘suram’ aku tu takkan berjaya, cuma dia kena usaha kuat sikit nak promote produk dia.
.
—————————————
19. Simpan, Labur dan Belanja
—————————————–
.
Duit bisnes yang kau dapat hasil kerja part-time tu, kau janganlah belanja semua reward diri. Kau simpan elok-elok. Lagi pandai kalau kau reti melabur untuk jadikan passive income kau, tapi kena ada ILMU. Tak pun, kau gunalah duit simpanan tu untuk pergi seminar berbayar untuk upgrade ilmu kau.
.
—————————————————————————-
.
Ok. Itu sahaja yang aku nak kongsikan perkara yang aku terlambat nak lakukan ketika belajar dulu. Sekarang baru nak merangkak ‘bina hidup’ so it takes time. Korang boleh pilih mana yang sesuai korang boleh lakukan. Hiraukan rasa penat untuk bina ‘survival skill’ ketika belajar, kerana ia lagi penat menunggu kerja tetap untuk survive selepas bergraduasi.
.
Dan ingat, bergaullah dengan perilaku yang baik. Jangan buat hal-hal sendiri atau sakitkan hati orang sebab kita tak tahu apa akan berlaku pada kita suatu hari nanti. Kerana boleh jadi mereka yang kita berkenalan inilah yang akan membantu kita teruskan hidup nanti.
.
Bersedialah dari sekarang terutama perempuan. Jangan hanya mengharapkan lelaki semata untuk sediakan segalanya. Jadilah wanita berdikari kerana kita tak tahu apa akan jadi pada diri. Mungkin suami kita akan meninggal awal, atau kita bercerai. Who knows? Nau’zubillah min zalik.
.
Dan doakan aku agar segera mendapat jawapan lamaran aku kepada seorang lelaki yang aku hormati ini. Aku lebih lega lamaran ditolak walau pastinya kecewa nanti berbanding resah menunggu jawapan yang tidak kunjung jua. At least aku dah berusaha kan sebab jodoh tak jatuh dari langit.
.
Btw, kalau korang ada idea/cadangan bisnes untuk tambahkan apa-apa yang perlu seorang mahasiwa persiapkan sebelum graduasi, bolehlah kongsi-kongsi idea kat ruangan komen. Aku pun tengah nak tambah lagi kerja yang boleh buat side income sebelum dapat kerja tetap ni.
– Kakak Olaf
Kongsi luahan anda disini –> https://iiumc.com/share-your-stories/