Assalamualaikum dan hai.
Saya ada terbaca mengenai confessions tentang perempuan gemuk dan perempuan kurus (2 confessors yang berbeza). Masing-masing memberitahu keburukan menjadi gemuk tinggi dan kurus tinggi serta sukar untuk mereka mencari pasangan hidup. Saya ingin menceritakan satu perbualan yang terjadi di universiti saya. Perbualan ni berlaku antara seorang pelajar tempatan(Islam) dan pelajar foreigner(non-muslim).
Foreigner : saya suka dengan cuaca di Malaysia. Di negara saya, kami perlu berjemur untuk tan kulit. Bagi kami kulit tan tu cantik.
Local : oh ye ke? Kami pulak di Malaysia ni kalau boleh nak putih. Beli produk macam-macam untuk putihkan kulit.
Foreigner : (ketawa) Kita manusia ni tak pernah rasa cukup dengan apa yang kita ada.
Perbualannya pendek sahaja. Ni saya guna ayat dan bahasa sendiri. perbualan sebenarnya menggunakan bahasa inggeris dan saya tak dapat ingat apa lagi yang dibualkan. Tapi apa yang saya cuba sampaikan ialah isinya.
As a Muslim, saya tersentak dengan apa yang dikatakan foreigner tu. Human never have enough with what we have atau erti kata lain kita ni tak reti bersyukur. Saya sangat setuju dengan kenyataan tersebut sebab saya pun selalu merungut kenapa aku macam ni?kenapa aku tak macam dia?
Untuk confessors yang sebelum ni, saya salute dengan you all sebab ada yang ambil inisiatif dan berjaya kuruskan badan. I know it's not easy because my physical kinda similar with the old you. Dan confessor lagi sorang pun, kudos to you sebab you succeed in being grateful to Allah. I should learn that from you.
Soal jodoh dan teman hidup, itu semua kuasa Allah. Andai kata ada rezeki untuk bersuami/beristeri di dunia, maka adalah. Jika tidak, insyaAllah di akhirat sudahhh ada yang menunggu.
– Kikikikiki
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Ye ok