Berapa ramai anak muda sekarang macam ni agaknya? Gaji baru RM5000(tak bersih lagi tu) dah gila nak pakai kereta besar-besar. Honda Volkswagen Toyota, installment RM1000++ sebulan. Belum pikir minyak lagi tol lagi, roadtax honda city setahun pon dah 2000++ tau. Tak dan nak menyimpan duit. Manusia sekarang terlalu pentingkan status. Nak nampak kaya di hadapan orang lain. Nak pakai iphone nak pakai kete besar, handbag branded, semua sebab nak puaskan mata orang lain, bukan sebab nak reward diri sendiri ke.
Ok nak kenalkan diri jap, aku umur 28tahun, dah kawin dan ada anak. Kerja biasa2 je, lepas kawin suami suruh berenti, tolong ayah bisnes jela. Alhamdulillah lepas berenti masa tu umur 25, Allah kurniakan rezeki melimpah ruah kepada suami. (Yela suami redha isteri tak kerja mestilah Allah bagi rezeki melimpah ruah, jadi lelaki sila buat baik kepada isteri anda supaya lancar rezeki hehe) Dan sekarang gaji suami aku lebih dari 10k sebulan. Kerja ofis saje, bukan engineer, bkn pilot, takde buat bisnes sampingan atau side income lain. Tapi, kami, masih hidup seperti biasa, macam masa awal2 kawin, gaji 3.6k je dulu, boleh gi jalan2 oversea, banyak duit lebihan boleh belanja adik beradik makan, hulur lebih kat mak ayah, bayarkan bil2 rumah. Gembira hidup boleh berbakti macam ni. Sungguh gembira.
Nak tahu apa yg kitorang buat sampai boleh ada duit lebih banyak bulan2? Kitorang tak sibuk nak bermewah macam orang lain, tak sibuk nak tukar kereta bagi lagi besar, pakai kereta malaysia je, tak sibuk nak modify kereta, tak sibuk nak beli barang mahal untuk jamu mata orang lain. Rasa macam terlalu cukup dah dengan apa yang ada. Ada duit lebih boleh keluarkan bila2, boleh kumpul duit beli rumah. Kami dah ada 2 rumah dah. Alhamdulillah.. Kami bezakan mana aset dan mana liabiliti. Liabiliti tu kami tolak tepi dulu.
Banyak dah depan mata ni aku tengok kesengsaraan mereka2 yang terlalu pentingkan status depan mata orang lain. Biarlah orang hina ko takde duit ke apa ke, bukan dorang tahu dalam akaun ko dah ada berjuta lemon ke, ko kene ingat kalau dorang muda2 dah pakai kete besar handbag mahal tapi keje swasta je, takde bisnes atau side income lain, sah memang sah, dorang tak sempat nak menyimpan pun. Saving pun ntah ada 1000 je. Berbanding ko yang pakai kete biasa2 je. Ini fakta ye, celah mana nak korek duit nak wat bayar kete besar2 ni kalau setakat gaji ofis je.
Aku tak hina orang yang pakai kete besar2, nampakla kebanggaan bila jumpa kawan tu, cuma aku nak kita belajar hidup jangan nak pikir nak impress orang je. Brape ramai kawan2 aku yg macam ni, sangat ramai, pentingkan status, nak nampak berjaya je. Barang branded tp saving pun takde.
Dah tu, tak dapat nak berbakti kat mak ayah, hulur lebih sket, tengok dorang senyum, berkat tu berkat, bagi lebih Allah tambah lebih lagi(tapi yg jadi suami jgn sampai bg semua gaji kat mak ayah plak, berdosa plak awk nanti, berbakti pada orang tua tapi dalam masa sama nafkah isteri tak bagi, neraka jugakla yg tarik awak, jgn salah konsep ye). Tapi walaupun aku slalu hulur duit kat family, kadang adala masa takde duit jugak tu, saving tinggal sikit (sebab nak bahagiakan orang lain punya pasal, dan kadang2 sebab aku ngan suami suka pergi jalan2 ke negara orang hahahhahahah) tapi tapi tapi, Allah ganti jugak ke lain, sebab kami jual sebuah rumah kami dapatlah bersih dalam 30k +++( hasil tunggu apreciation stahun je, beli rumah stahun pastu terus jual), oklah sori melalut panjang, apa yg aku nak tunjuk kat sini adalah, didik diri jangan guna duit kita untuk impress orang. Tapi gunalah untuk bahagiakan diri kita.
Takperlu pakai iphone masuk kedai keluarkan sebab nak tunjuk aku mampu beli barang kat kedai ni(hasil dengar cerita dari orang yg rasa insecure ngan diri), berjalanlah dengan perasaan yg yakin, bersyukur, nampak gagah dan berani, sebab tahu ye, aku ada duit, ada saving yg banyak, tak perlu rasa tak secure nanti orang pandang dia takde duit ni, huh, peduli apa dengan pandangan orang. Kadang yang hina kita takde duit tu, dia la yang sebenarnya takde duit. Kita je taktau. Dan dia je tak sedar diri. Hahahhaha
Duit bukan segalanya tapi ye segalanya perlu duit. Rancanglah duit anda dengan sebaik2nya. Jangan berbelanja utk impress orang. Takde guna. Lainlah memang dah jadi milionaire. Dan ingat satu benda, org yg betol2 kaya, memang dah tak kesah dengan harta, nampak humble je, sbb apa? Sbb dia dah biasa merasa semua benda sampai tahap tak kisah dah. Yg bajet2 baru nak kaya je suke tunjuk semua benda yg dia baru dapat, baru beli, stereng kete la, gambar rumahla, kenapa kene tunjuk? Sebab kurang self esteem jadi nak nampak yakin kene tunjuk dulu aku ada itu ada ini(menurut kajian ye, sila google low self esteem, atau pape yg patut,pandai2 la da besar kan hihi) ok.. Jadilah org yang yakin dgn diri sendiri.
– N
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
Muhasabah diri sedikit sedara. Itu sdh jatuh RIAK. Kamu tahu ke setiap manusia ada tujuan dan is bergantung kepada NIAT. Apa NIAT saudara dgn artikel yg disebarkan ini membantu dr segi Apa yg baik utk bangsa dan agama? Sdh tercapai? Renungkanlah….
Kak ni nak bagi nasihat tapi dia plak kena nasihat -takbaik gelak org
Untung laaa hang kak.tak keje .laki gaji 10k. Langit tu slalu cerah kaaa