Bidadari Syurga Yang Terluka

Masuk tahun ini usia ibuku menginjak 57 tahun. Bila aku lihat wajah ibu ada garisan halus menghiasi wajah cantik itu. 

Garisan halus itulah bukti betapa kuatnya ibu melalui segala ujian hidup yang mendatang. Penat lelah dia membesarkan kami tiga beradik. 

Demi Allah ibu sangat kuat, dari kecil ibu hidup susah namun susahnya ketika itu mendatangkan kebahagiaan tapi tatkala ibu menikahi Walid… Susah ibu waktu itu mendatangkan luka di hati ibu. 

Ibu cerita pada aku, di awal usia perkahwinan mereka.. Hari-hari ibu akan makan taugeh sebab sayur itu paling murah dikala itu dan tidur ibu berlapikkan toto nipis.

Tapi ibu kata dia sanggup hidup susah sebab dia percaya satu hari nanti Walid akan senangkan ibu. 

Namun kepercayaan ibu dihancur ranapkan oleh Walid. Bila Walid senang, ibu di duakan berkali-kali, setiap malam ibu tidur ditemani air mata.

Ibu sabar… Ibu maafkan Walid sehinggalah satu hari ibu perasan perangai Walid lain sangat dan Walid kerap outstation. Ibu angkat tangan dan berdoa supaya Allah tunjukkan perkara yang sebenar. 

Doa orang teraniaya memang tiada hijab… Doa ibu dimakbulkan oleh Allah.

Hari Walid berada di Kedah, ibu dapat panggilan dari Walid.. Ibu angkat tapi yang kedengaran hanya suara Walid berbual dengan seorang wanita. Ibu cuba fikir positif dan dia letak telefon.

Sekali lagi ibu dapat panggilan dari Walid dan sekali lagi ibu dengar Walid berbual dengan seorang wanita. 

Ibu dah tak sedap hati.. Ibu letak telefon dan dia telefon Walid semula. Berkali-kali ibu menyoal Walid dan akhirnya Walid mengaku yang wanita itu ada isteri kedua Walid.

Hati ibu remuk.. Ibu menangis meraung semahunya. Aku yang menyaksikan semua turut menangis bila aku melihat keadaan ibu begitu. 

Walid balik ke rumah dan cuba berbincang dengan ibu namun hati ibu dah tak dapat menerima. Dia menuntut perpisahan tapi entah bagaimana sampai ke hari ini Walid taknak lepaskan ibu. 

Bila aku tanya perihal perasaan ibu terhadap Walid.. Ibu kata sayang ibu terhadap Walid dah lama mati, yang tinggal hanya simpati. 

Kenapa ibu bersimpati? Sebab selepas ibu dapat tahu Walid bernikah dua, hidup Walid huru hara. Duit sentiasa tak cukup dan Walid ditimpakan penyakit. Ketika ini aku memang yakin balasan Allah itu benar. 

Hubungan Walid dengan kami adik beradik pun renggang. Kakak sulung paling marah dengan Walid sehinggakan dia cakap taknak Walid jadi wali untuk pernikahan dia nanti. 

Aku pula sebagai anak kedua cuba bersikap neutral.. Marah tetap marah tapi untuk apa aku menambahkan minyak dalam api yang masih membara.

Manakala adik lelaki aku yang oku turut menjarakkan diri dari Walid… Dia seolah-olah memahami apa yang berlaku dalam keluarga kecil kami. 

Tapi ujian ibu tak habis di situ… Kenapa aku cakap macam tu sebab aku lah ujian ibu yang seterusnya. 

Allah uji kesabaran ibu melalui aku. Aku mangsa r°g*l dan dah berkali-kali aku cuba commit s*****e. Boleh dikatakan aku kerap masuk emergency disebabkan aku attempt untuk unalive kan diri aku. 

Tiap kali aku masuk red zone.. Ibulah orang pertama yang datang kepada aku. Menangis untuk aku.. Pegang tangan aku dan tunggu aku dengan penuh sabar. Bibir dia tak berhenti berdoa untuk keselamatan aku.

Dan dikala aku dimasukkan ke wad psikiatri.. Boleh dikatakan hari-hari ibu akan telefon wad untuk tanya perihal keadaan aku. Hari-hari tanpa gagal. 

Kuatkan ibu? Ketika aku mencoret luahan ini, air mata aku tak berhenti turun. Rasa bersalah pada ibu kerana membuat hari tuanya penuh dengan air mata. Maafkan kak ngah ibu.. 

Kalian.. Doakan ibu saya dikurniakan syurga tanpa hisab… Dialah malaikat dan dialah syurga saya. 

– Mawar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *