Assalamualaikum; entah tak tahu aku mana nak mula. Sebenarnya aku tak pernah anggap ini satu masalah pon. Tapi biasa aku pon manusia; rasa terkilan tentulah ada.
Aku anak bongsu dari ibu pertama. Bila aku lahir; adik beradik atas semua dah berkeluarga. Tapi macam2 lah ujian. Korang tahulah; bila yg atas banyak sangat drama; biasa inshaAllah yg bongsu akan tahu lah bawak diri.
So mula lah perjuangan aku sendiri. Masa tingkatan 4 aku nak keluar dari rumah; tapi tak tahu mcm mana nak mohon semua2.. tak der org nak guide. Katanya aku belum bersedia. Oooo.. tingkatan 1 pon aku ada apply; begitulah seterusnya sampai habis spm & stpm dirumah sahaja. So; bila orang dok tahan2 aku keluar; biasalah. Mula rasa diri disayangi sangat.
Aku dapat tawaran masuk universiti jugak akhirnya. Masa nak pergi tuh mulalah drama doakan aku ni akan lupa diri lah. Dieorg takkan mintak sesen kalau aku senang.
Nak dijadikan cerita; aku tak graduate sebabnya mcm aku cakap semua aku berdiri kari sendiri. Bila ada paper yg flop; aku jadi lost. Tapi Allah permudahkan rezeki aku.. dapat jugak aku kerja syarikat besar. Masa tuh tak der pon ahli keluarga tanya macam mana; bagaimana.. pepandai kau lah…
Sampai aku dapat jawatan yg buka mata dieorg jugak. Aku diiingatkan suruh sentiasa menghulur..
Mak abah pula asyik keluar masuk hospital; tapi rezeki aku murah jer melawat mereka.
Mula2 arwah abah pergi dulu. Oklah.. kasih sayang ibu cukup. Tiba2 2 tahun kemudian; arwah ibu pulak meninggal. Aku dah nampak… semua dah start haluan masing2. Nak balik berhari raya dah tak tahu ke mana.. balik kampung dah macam menumpang. Mulut cakap kenapa tak balik… tapi bila aku balik lain pulak cerita.
Mula2 aku tak der cita2 nak berkahwin.. tapi bila aku nampak semua dah lain macam; aku ambil keputusan menikah buat kepala aku; ala simple. Bila aku inform abang aku sorang jer yg muncul. Itu pon sebab nak jadi wali.
Pesan aku pada anak2 bongsu bersedialah berdikari. Jangan mengharap.
– Aurora
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit