Bila kakak2 dan ‘first love’ persis model.

Assalamualaikum.

Aku nak share jugak cerita aku berkaitan ‘cantik’ ni. Aku dilahirkan dalam family yang mana adik beradik aku semua cantik-cantik. Kakak-kakak aku semua level model. Tinggi, hidung pun sama naik tinggi, muka jangan cakap. Walaupun aku tak pernah puji kakak aku depan-depan, memang tak dapat dinafikan diorang ni cantik. Aku la paling kalah, aku la muka tak nampak Arab sangat, aku la paling tak bergaya, Tinggi ja aku ikut. Satu ja aku lebih sikit daripada kakak-kakak aku, aku kedepan sikit bab belajar dan agama. Bukan nak buat ukuran iman siapa lagi hebat, Cuma ilmu agama aku lebih sikit la, aku la yang nak buat ceramah terapi hati kalau kami berkumpul.

Dalam family aku memang tak ada masalah. Kawan-kawan pun tak ada sangat, Cuma bila kami semua satu family berkumpul, akan ada yang membanding-banding. Aku dah lali, nak terasa pun dah tak larat. Selalu sangat dengar, usaha aku tak mampu nak lawan kecantikan diorang. As a normal human being, kadang-kadang aku terasa sangat bila dibandingkan depan orang ramai.

Tapi Alhamdulillah kakak-kakak aku ni baik-baik belaka, tak pernah nak banding-bandingkan aku dengan diorang, tak pernah nak buat aku rasa terpinggir. So, aku tak pernah merendah diri dengan diri aku. Satu kelebihan yang aku sangat bersyukur.Dan aku tak pernah bercinta, jadi diorang sangat ‘menjaga’ aku, jangan bercinta sebab kau tak terjebak lagi. Aku ikut ja cakap diorang, lagipun aku tak pernah berani nak bercinta. Setakat feeling-feeling sorang-sorang sehari dua tu ada la. Lepas tu dah, lantak la apa pun, aku memang tak pernah nak stress bab-bab hati ni.

Tapi ujian tu akan ada. Aku diuji bila ada lelaki yang cukup semua syarat dan ciri-ciri yang aku nak sebagai seorang suami. Yang lebih susah bila dia terus menunggu biarpun aku completely tutup hati aku bertahun-bertahun. And of course, I’m out of his league. Muka kitaorang nak dekat sama tapi sebab kakak aku cantik, semua expect dia tu kekasih kakak aku. Family kitaorang memang dah kenal, so of course ada yang mengusik bila anak-anak dah besar. Normal la kan. Mulanya aku tak kisah, I acted like normal tapi bila perlahan-lahan aku pun ada hati dekat dia, it somehow disturbed me.

Dan aku mula rasa tekanan. Makin hari makin bertambah tekanan aku bila aku tahu kakak aku pun suka dekat dia. Ha, dah macam drama dah cerita aku. Aku mula rasa tak tenang dan aku tahu ni ujian untuk aku. Nak kembali pada allah atau terus melayan perasaan aku yang entah kemana. So, I decide to turn back to allah. Aku focus balik kepada usaha memperbaiki diri aku sendiri. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik. Aku percaya jodoh aku ada ja, daripada aku menunggu buta, lebih baik aku memperbaiki diri aku dulu. Bila masanya dah sampai, sampai la jodoh aku. First love aku terkubur macam tu, tak tercakap ‘saya suka awak’ walaupun dia dah bagi hint dia ada hati dekat aku.

Perubahan paling susah aku nak buat ialah bertudung labuh. Keinginan tu tersangatlah lama ada dalam hati ni, tapi aku tak ada keberanian sebab aku jenis suka bergaya jugak, aku tak boleh nak stick kepada satu jenis gaya. Pakaian aku still menutup aurat cuma hati aku masih rasa tak cukup.
One day, aku capai tudung labuh aku yang aku pakai time sekolah. Time ni, aku nak pakai bukan sebab syarat nak pergi sekolah, aku pakai sebab aku memang nak ubah gaya aku. Maybe betul-betul lillahi taala. Aku pakai depan cermin, allahuakbar, aku rasa tersangatlah tenang. Rasa macam aku dah jumpa siapa diri aku sebenar. Aku menangis depan cermin tu punyalah lama. Dah bergetar badan-badan aku, rasa sangat tenang. Tak boleh aku nak gambarkan. Kenapalah aku try lebih awal.

This is me, the real me. I found myself who was hiding for too long inside me. Who was wandering alone to find my true soul. That;s when I’m promise to completely change myself and I somehow influenced my sisters. Alhamdulillah, semuanya dah bertudung labuh hasil ‘terkesan’ dengan pengalaman aku. We’re sisters forever until Jannah, inshallah.

This is the true beauty, I guess. I no longer feel insecure about beauty and that kind of stuff. We found our true beauty and together. When you found the beauty of your soul, the beauty of yourselves will come out. People will be able to see it.

And my first love, dia dah jumpa mak ayah aku. Inshallah tahun depan nikah. Rupanya masa aku sibuk nak berubah, dia pun turut sama nak ubah diri sendiri. And the journey, is not easy. Susah bila nak lawan sikap dan berkurun dalam diri sendiri. Kadang-kadang tersungkur jugak. My point is, tak payah nak susah hati bab cantik n jodoh ni, kecantikan tak kekal dan jodoh dah ditentukan. Bila kita kuatkan hati, cari diri kita sendiri, inshallah kita tak akan terkesan dengan cakap-cakap manusia.

– miss n

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *